Bercuti di De Rhu Beach Resort, Balok Kuantan yang hebat.


Kali ini kita bercuti pulak ye....seminggu yang lepas my family and me went to De Rhu Beach Resort. ceeeehhhh..macam ayat karangan BI pulak...hihihi. Okay...aku plan dengan my sis nak bawa anak-anak mandi kolam. Then I suggested De Rhu ni. Kolam dia sangat lah cantik, bersih, besar dan bayaran per entry murah je derr..takde lah semahal Gambang tu..opssss..

Resort ini terletak di Balok, Kuantan. Hanya 1 jam setengah dari Dungun, hanya beberapa minit dari bandar kuantan. 

ini bahagian kanak-kanak yang memang tak dalam.


Gambar ini adalah gabungan pelbagai gambar setelah aku hapload die kuar senget lah ape lah...senang cite kita combine all together..hihi

Kolam terpanjang di Malaysia kalau tak silap aku. Sebab kolam ini bersambung. Dari tempat kanak-kanak tu, ada palang then jalan lagi (kedalaman 3 feet) boleh berjalan je..tapi anak sulung aku berenang je. Dia dah pandai menyelam dan berenang sikit-sikit. Tapi ibu dia memang takut terus nak menyelam.hahahah. Kolam sana ada yang 3 kaki, 5 kaki dan 9 kaki....

Okeh....Bayaran masuk per entry untuk kanak-kanak 4 tahun hingga 12 tahun RM 7

Manakala dewasa RM10 sahaja!! Tapi kami bayar sikit jer. Kalau dua orang dewasa pegi, suamiku bayar 1 orang je...Bukan check pon!!

Lagi satu, memang dinyatakan no outside food allowed! tetapi hari kami pergi bulan lepas ada jer family yang bawak bekal. Siap bawak nasi ayam lagi. perggghhh..terliur!

Ok. Berbalik pada percutian kami dan kakak dan juga abang yang duduk kuantan, kami tiba di resort dalam jam 11 pagi...panas tu! Aku memang bawak bekal. Pukul 5 pagi lagi dok menggoreng. Bihun goreng, keropok, nasi putih, sardin, telur dadar dan ikan kering...aduhhhhh..terbang diet aku!!!!



My brother pulak bawak pulut pagi, air batu, keropok...berkelah semacam kami hari tu.


Budak-budak suka sangat lah main. Ada tempat boleh menyelam, aku pun turut serta berenang ala-ala je sebab ada pelampung. Abes lah sunburn budak-budak nihhh...

Mak pun ikut tetapi mak lepak je dekat makanan sebab dia susah nk bergerak. Tak apa lah. Asalkan kami bawa dia bersama dengan anak cucu.

Ok...abes dah....kami balik dulu...sesiapa yang plan nak bawa anak-anak main kolam, sangat lah recommended resort ni. Kalau tak salah aku, 1 malam standard room RM220. Skali dengan breakfast. Not Bad lah tu. Main sampai puas..heheheh



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Merawat Anak Demam Chicken Pox

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.