Cara Hilangkan Bengkak Susu.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Kali pertama saya mengalami bengkak susu semasa melahirkan anak pertama..aduhhh..menangis kt husband ckp sakit ni lagi kuat dr sakit beranak..hihihi..Kali kedua ms anak kedua, berada dlm wad sebab anak kuning,,,yg ni tahu sket nk manage bengkak ni..sebab baby df dan pam kerap2.. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Sesetengah ibu-ibu baru tidak tahu dan panik bila bengkak susu. Ada relative saya dah anak 3 tu still lg panic bila nk reda bengkak ni..ada caranya yer kwn2... Dapatkan maklumat lanjut di bawah. resource: PAMA Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapa...