Posts

Showing posts from February, 2015

Mane Lebih Jimat? Penapis Air Mudah Alih dan Mampu milik.

Image
Selamat pagi. Hari ini terasa mahu sharing tentang air!! Water!! Drink water!! Clean Water!! dan macam-macam lagi. Kenapa perlu tahu tentang penapis air yang sesuai dan berbaloi? Kerana air sangat penting dalam kehidupan kita. Memang jika dilihat kebanyakan penapis air dipasaran sangat mahal dan hanya sesuai untuk golongan bergaji sederhana ke atas sahaja. Bagaimana dengan golongan yang bergaji kecil? Mampu ke nak bayar beribu-ribu? Atau nak bayar beratus sebulan? Lepas tu kos penyelenggaraan yang tinggi pula. Sebab itu saya nak anda buka minda mengenai kepentingan air bersih dan tahu kewujudan penapis air mampu milik dan mudah alih. Sekarang ada 2 cara bagi mereka yang tidak mempunyai penapis air: 1) Minum air yang dimasak...TANPA ditapis 2) Beli air mineral atau air minuman yang ditapis. Jadi, mari kita lihat perbandingan antara dua pilihan tersebut: PILIHAN PERTAMA: Minum air yang dimasak TANPA ditapis. Pernah lihat tak keadaan tangki rumah anda?

Selamat ulangtahun ke 2 wahai khalifah kami Ahmad Umar Ukasyah!!

Image
Alhamdulillah Ya Allah. Banyak rezeki yang Engkau curahkan pada anak ini. Tanggal 22 Feb 2013 yang lalu....genaplah 2 tahun ibu dan papa menjagamu sayang. Semoga kani diberi rezeki untuk menjaga dan mengasuhmu hingga akhir hayat kami. Subuh.....waktu dimana aku turun tanda. Masa ini memang dalam hospital sebab 3 hari sebelum itu baby kurang gerak lalu admit hospital ptg rabu. Bosan yang amat. Siap sembang dengan orang sebelah..kalau keluar wad nih terus bawak baby kan bagus. Alhamdulillah...Allah Maha Mendengar. Dia tahu aku takut hospital. Akhirnya mema g keluar berdua...admit sorang..discaj berdua.... Bukaan jalan 3cm pagi tu. Sakit sikit2 je. Boleh baca novel lagi. Sampai tengahari aku dok hadap novel. Nurse tanya tak sakit ke siap bole baca novel? Aku senyum je sambil jawab boleh tahan lagi sakitnya. (Nurse kat situ semuanya baik. Alhamdulillah) rezeki aku dan Umar lagi. Bila dah petang...sakit makin kuat sehingga masa solat kena slow dan steady sebab tahan sakit. Kadang2 masa ba

Jangan Sesekali Balik Kampung!!!

Image
Aduhhhh.....nak kata menyesal balik kampung kali ini ada jugak...tapi seronok tu banyak. Maaf jika entry kali ini sensitip yer uols semua!!! CZ hanya meluahkan apa yang terjadi pd CZ sepanjang balik kampung. Khamis yang lalu kami bertolak balik ke Kelantan yg dirindui. Amaran yang pertama...jangan bertolak dengan perut kosong!!! Akibatnya anda akan stop dan stop untuk beli makanan...dah lapar kan??? Amaran kedua...balik pada waktu bukan peak hour...sebab Cuti tahun Baru Cina kali ini beri cuti yang banyak pada sekolah dan juga warga kerja yang lain. Maka memang terlajak ramai yang akan pulang ke kampung. Jadi kami tersangkut agak teruk dalam kesesalan lalu lintas sepanjang melalui jalan pantai. Stress suami ku sebab kena pandu slow and steady..huhu. Amaran ketiga....kalau anda tengah on diet pada masa itu....(i lah tu...) jangan sesekali balik waktu orang semua ada kat kampung. Sudahnya....haku menyesal sebab melantak tak hengat dunia.....umah mertua makan...umah kakak wat kendu

Dah la hamil, bulan puasa pun lincah? Apa Rahsia?

Image
Korang tau tak? Dulu masa mengandungkan anak pertama, due date dekat-dekat raya. Saya puasa memang tak cukup sebab kalau lebih dari 3 hari direct je baby dah tak gerak sampai lah ke buka puasa. Risau yang amat sebab kita tak tahu apa keadaan dia. Saya jadi penat sangat, mudah mengah, malas nak bergerak dan macam-macam lagi. Masa tu belum kenal Shaklee ni. Jadi banyak lah yang saya kena ganti masa anak pertama. Mengandung anak kedua, berpuasa semasa usia kandungan baru 2 bulan lebih. Ya ampun!!! Gila tak larat!! Dengan morning sickness, dengan penat...tak usah cakap lah. Saya pun lihat iklan-iklan tentang Energizing Soy Protein ESP dalam facebook. Saya pun cuba, Subhanallah....memang bertenaga sangat. Tak pernah rasa sebertenaga begitu...!! Sampai ke petang saya boleh buat kerja siap masak bagai... Bertenaga berpuasa hingga petang dengan ESP Supplement ni penting bukan untuk kita sahaja, malah, apabila kita bertenaga, baby dalam perut pun turut sama bertenaga sebab di

Air gula oh air gula: Peritnya peristiwa kali ini!!

Image
Alkisahnya hari ini daku kena minum air gula...( im pregnancy mommy 22w) hhmm...mengeluh..hihihi. Bermula jam 10 malam aku kena puasa makan dan hanya boleh minum air kosong sahaja. Biasalah bila ada sejarah family ada kencing manis, kami pun kena lah amik darah test. Esok pagi aku ke klinik tepat jam 8pagi. Fuhhh..makanan dah beli siap2 nih..pandang sepi je makanan. Aku pergi lah serah diri dekat misi. Ok...amik darah dulu. Kemudian dia beri aku 1 mug besar air gula....alamakkkkkk!!! Air gula aku sangkakan sebelum ini glukos, ataupun ada perasa sirap. Hari ini air gula segula-gulanya. PURE!! Sebijik mug ini lah.....penuh dan panas! Misi pulak buat panas. Baru plan nak minum seteguk sekali gus..huhuhu..akhirnya kena minum slow-slow. Mak aihhhh...azab gile..sebelum ni aku tak pernah komplain minum air gula tapi kali ini surrender awal...pedih tekak tiap kali teguk....1 teguk amik masa 20saat nak hilang manis nya....Almost 5 minit bertafakur dalam bilik tu nak habeska

Haid Tidak teratur buat suami bingung nak hadapi isteri???

Image
Testing..testing.... Waduhhh.........Pes time nih berjaya upload video!! Kagum sambil teruja nak share dengan anda uols semua yang selama ini haid selalu tak teratur ! Ishhh..tak bes la kan??? Nak merancang susah..... Suami pon effect tauuuuu !!! Dah namanya PMS (pre-menstrual sindrom) bukan projek memikat suami yer,,, Cer KLIK PLAY video kat bawah ni.....dengar apa akak cun kita ni buat..... dah setahun tak period ... .akhirnya haid datang juga! !memang kalau I yg bermasalah tentang haid...I sanggup terjah apa pun untuk tahu cara betulkan semula period kita. Hati suami kena jaga beb!!! So, uols yang ada masalah berkaitan, jangan segan silu bertanya pd saya yang bermurah hati nak menolong anda...sebab saya suka apabila pertolongan kita berjaya pada mereka! Alhamdulillah...... Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo . # GLA Complex # Vitalea #B Complex #Vitamin C Pengedar Shaklee Anda zairul akmal 0

Beratku naik mendadak!!!

Image
Tak boleh tunggu esok..nak cerita jugak malam ni..hihihi..tp schedule esok lah yer... Tadi pergi check up bulanan dekat klinik desa. Aduhhh..hari ini rasa dihantui sangat2. Mula-mula bab HB....dari berbelas-belas, hari ini 10.4 mol!!!! Ohmaigotttt!!! Ape kes??? Ha..jangan nak salahkan vitamin...sebab aku yang gatal p minum nescafe, teh tarik and so on. huhuhuu,,,,nak nangis rasa sebab selama ini hb memang cantik Alhamdulillah. Memang salah aku lah ni....makan tak ingat!!! Ikut sangat selera mulut nak air panas nescafe. Kononnya nescafe itu tak kuat cafien..tp ade ke cenggitu???? Taubat lepas ni nak disiplin balikkkkkk!! Insappppp!! Kedua!!! Berat naik mendadakkkkk!!!! Omaigottt sekali lagi... Aduhhhh...sebulan naik 2kg tu!! Mau tak terkejut misi kat situ. Sudahnya aku kena repeat checkup 2 minggu sekali dar 1x sebulan...perghhhhh..padan muka kau zack!! Seamatan aku...cehhhh..ayat...makan tak lah melantak sangat...kadang-kadang masa tengah makan tetiba dah tak bol

Perkembangan Janin 19minggu!! Sudah menendang ke?

Image
Alhamdulillah, hari ini checkup untuk minggu ke 19/20. Aduhai...tak sangka sangat! Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar sudah nak masuk bulan ke 5 kehamilan. Betul kata orang, apabila anak sulung, kemain kita ingat tarikh, minggu..setelah anak masuk 2, 3 tak sempat nak ikuti perkembangan kerana sibuk mengurus anak-anak yang lain. Sebelum tidur je sempat usap-usap perut. Masa tu baru terfikir, eh, kenapa hari ini baby kurang menimbul??Menegang??? Padahal kita sebenarnya tidak sedar dek kesibukan kerja harian. Dalam minggu-minggu sebelumnya, semasa dan selepas minggu ke-19 kehamilan anda, otak janin anda berkembang luar biasa cepatnya. Sistem-sistem lain terus bertumbuh. Saiz janin sekarang sudah kira-kira 15 cm. ( dah besar anak ibu )  Apabila hamil minggu ke-19, otak janin tersebut tersusun dari berjuta-juta neuron motor. Neuron adalah saraf-saraf yang membantu otot-otot dalam otak berkomunikasi. Perkembangan yang baru dan berterusan ini akan membantu janin memb

Air Halia adalah minuman syurga: Kelebihan halia.

Image
Dalam banyak-banyak bahan masakan, saya cukup suka dengan halia. Walau saya tidak suka air yang ada halia, namun setiap kali memasak, halia mesti ada dalam beberapa masakan saya. Anda pun sama kan??? Bangkit bau halia apabila menumis atau mereneh. Bercakap mengenai halia, baru saya tahu bahawa halia adalah makanan/minuman dari syurga!!! Allah s.w.t berfirman,  "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil. (halia) "  (Surah Al-Insan : 17). Jom sama-sama kita selidik kehebatan, kebaikan halia dalam kesihatan kita. Nampak sahaja seketul halia bewarna kuning, tetapi kandungan dalam halia, masyaAllah...hebatnya ciptaan Allah!!  Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala , sistem pen

Vitamin yang perlu untuk ibu hamil.

Image
Alhamdulillah, kerana anda disahkan hamil dan ada juga yang sedang merancang untuk hamil. Seperti yang semua sedia maklum, ibu hamil memerlukan zat makanan dan vitamin 2 kali ganda dari mereka yang tidak hamil dan mereka perlu vitamin dan mineral yang cukup bagi keperluan bayi dalam kandungan mereka. Bunyi macam mudah bukan?? Tetapi ramai ibu-ibu yang diluar sana tidak mengambil serius tentang perkara ini. Alasan mereka, ibu-ibu kita dahulu tidak makan pun segala vitamin ni, tetapi kita lahir sihat je semua. Yer benar. Memang zaman ibu kita dulu tiada supplement semua semasa hamil tetapi lihat juga corak pemakanan mereka zaman dahulu. Adakah sama dengan pemakanan kita yang serba SEGERA sekarang??? Let's think!! Selagi kehamilan anda sihat, cuma satu sahaja vitamin yang anda perlu ambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau   asid folik .   Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan anda memakan  pelbagai makanan yang sihat . Diet yang seimbang adalah c