Posts

Showing posts from 2014

Sambungan Kisah setelah sebulan Wean Off (Cerai Susu)

Image
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana usaha ku mendapat keizinanNya!! Memang pada awalnya agak mencabar kerana aku juga hampir putus asa. Satu sebab beberapa hari selepas itu kami ke Kuala Lumpur selama 4 hari dan selama itu juga aku banyak BF dia sebab tak nak dia meragam di tempat orang.  Apabila balik terengganu aku kemabli tekad sapu kembali bawang putih disitu. Aku siap tunjuk ini lah ubat ibu. Aku bagi dia cium bau bawang yang semerbak itu. Memang muka dia tak nak habes pada bau itu.  Setiap kali dia mintak susu, aku cakap "Umar nak bau ubat ibu??" cepat-cepat dia geleng kepala dan dia mintak susu botol. Lama kelamaan baru aku sedar yang dia dah lama tak menyusu siang hari dengan aku kecuali dalam kereta.huhuhuhu. Dan aku sedar, tiap kali dia mintak BF, cepat-cepat dia tukar mintak susu botol...alahai..kesian anak ibu. Tapi untuk kemudahan dia juga. Malam-malam aku perasan dia tak kenyang semata-mata BF..lalu aku paksa dia botol. No choise, lapar

Cabaran wean off (cerai susu badan)

Image
Bismillah...selamat malam buat mereka yang belum tidur. Apa kes cikgu tak tidur lagi jam 2.30 pagi ni??? Haaaaa..ni la nak cerita kat uols....sejak dua menjak nih, aku terfikir bahawa aku perlu stop breastfeed Umar memandangkan Umar dah nak 2 tahun. Susu pun dah kurang sebenarnya. Actually Umar nih jarang minum susu botol.  Aku rasa semua anak yang jenis Fully BF nih cenggitu perangai diorang. Botol hanya dirumah pengasuh. Susah weiiii..asyik nak melekap je 24jam. Nak bangun dari pembaringan memang masalah..last-last aku sendiri yang terlena. Dah tu, tak boleh tengok ibu baring-baring depan TV ..mula la nak menyelak..nak mengempeng aje kerjanya!!! Lalu, bila tiba musim cuti ni, mak aku kata eloklah buat waktu cuti nih..sebab waktu nak melepas susu, anak akan menangis, tak lena tidur dan meragam tengah malam. Aku amik teknik bawang putih yang ditumbuk manja-manja..sapu dekat Miss N kiri dan kanan. Yg baki aku selit je kat Miss B_a. Pedih wooooo!!! Garlic nih panas dan ped

Impian Setiap Isteri Di Dunia

Image
Impian setiap isteri even surirumah mahupun bekerja. Idea datang macam-macam semasa lapang, ini kisah aku seorang cikgu dan juga mereka yang bekerja. Sama tak dengan impian saya??kekekekeke. Apabila balik dari sekolah, dalam kepala macam-macam nak buat. Dalam tempoh jam 3 hingga 5.30. Ada lebih dari 10 perkara nak buat. hmmmmm.....apa ye?? 1) Basuh Baju Memang tak dinafikan baju banyak sangat perlu basuh. Nak-nak musim hujan pulak sekarang. Jadi masa dok basuh baju tu, fikiran mula melayang keadaan bilik laundry yang cantik, kemas....ohhhh..bestnya!!! Sedang membasuh tiba-tiba...... 2) Basuh Pinggan Mangkuk Nampak pulak beberapa pinggan atau botol susu yang belum berbasuh....sudu banyak pulak tu kat sinki..ishhhhhh...tak sedap tengok, sinsing lengan baju, mula menyental perkakas dalam sinki...fuhhhhh..baru tenang hati dan mata tengok!! mengidam nak kicthen begini....kalau lahhhhhh...(keep dreaming) 3) Tengah susun pinggan mangkuk, nampak

Curang: Alasan isteri busuk, hodoh, berubah!!

Image
Sebenarnya aku tak nak komen lebih-lebih. Tetapi hati rasa tak puas kalau tak berkata-kata walau hanya dalam alam maya. Walau hanya 2-3 orang yang baca! Pasti ramai yang dah baca email yang dihantar oleh Mah seorang isteri yang telah dicurangi selama 10 tahun!!!! MasyaAllah. Suami Mah memberi alasan didalam suratnya bahawa Mah sudah tidak menjaga penampilan, Mah lebih layan anak, Mah tidak bersolek, busuk, dan macam-macam lagi. Sayu dan pedih hati dengar. Faham sangat perasaan Mah. Alasan pasti ada. Semua orang pandai buat alasan. Bukan manusia kalau tidak pandai beralasan. Tetapi fikir dahulu, jika kita di situasi si isteri. Jika kita yang menjaga anak-anak kecil tu. Jika kita yang tak mampu nak rebah badan pun di siang hari???? Lelaki...memang tak salah berkahwin lain. Tetapi adakah ANDA MAMPU? Mampu dari segi keadilan dan menganggung dosa setiap apa yang kita lakukan dan kita tidak mampu lakukan? Ok...itu isu lain sebab suami Mah tak kahwin! Janda tu tak nak kawin. Na

Vitamin E kecutkan jerawat! Betul ke?

Image
Assalamualaikum semua. Nak kongsi sedikit tips dari cikgu Z tentang jerawat! Memandangkan CZ sedang ditumbuhi jerawat yang besar tu tapi tiada nanah, maka sangat tidak selesa. Sakit, berdenyut..alahai.... Lalu, teringat vitamin E yang ada dalam peti ais. Memang upline-upline pernah beritahu dulu yang vitamin E boleh buat masker juga. Hm....ku ambil sebiji vitamin tu,  ku gigit hujung vitamin tu, ku picit sampai keluar minyak ala-ala kehitaman. Bau agak tidak menyenangkan, ala-ala gamat tapi busuk sedikit. Ambil minyak tu sapu lah dekat tempat jerawat yang membesar tuh....nak sapu seluruh wajah pun boleh.  Sibuk lah dengan si kecik Umar tu nak sapu jugak. geram ibu. Ku ambil sapu kat hidung dia..haaaa..berlari keluar dapur sebab bau busuk..hihihihi. Selebihnya jangan buang, telan lah vitamin tu....2 in 1!! heheheeh 2 malam aku ulang buat ni, hari ini dah agak mengecil jerawat tu. Yang besar pon makin kurang berdenyut. Actually, aku la yang tak berapa r

Tanda - Tanda Awal Kehamilan yang kita tidak tahu.

Image
Dah lama tak share sesuatu regarding pregnancy atau kehamilan. Malam tadi ada blogwalking kat blogger dan website tentang tanda-tanda awal kehamilan ni. Mostly perkara yang sama dan biasa kita baca. I'm looking for the different. Bila aku cari, terjumpa satu blog ini dia simpan semua tanda-tanda yang dia peroleh maybe dari kawan-kawan. Jom kita sama-sama tengok: RATU HATI.COM Ada pelbagai tanda kehamilan dan ia berlainan bagi setiap orang. Kadang-kadang anda akan rasa tanda ini, tetapi tidak menyedarinya. Kadang-kadang suami anda yang merasainya. Ajaibkan. Mari kita lihat, apa tanda-tanda yang biasa dirasai oleh ibu-ibu sebelum mereka menyedari yang mereka hamil. Tanda-Tanda Awal Kehamilan yang Anda rasa sebelum Disahkan Hamil Haid sahih lewat sebab saya ni haid tetap - sue Badan asyik berangin sahaja - ibualya Selalu rasa seram sejuk, tidak boleh langsung kena air sejuk - hani Demam-demam, batuk-batuk dan selsema. Badan memang penat dan lemah sah

Murah rezeki dipagi hari.

Image
Tiada apa nak cerita tetapi tetap nak cerita. Hari Isnin lepas, setelah lihat anak-anak murid masuk dewan untuk menduduki SPM, ku atur langkah ke kantin sekolah untuk sarapan pagi.  Sedang enak menjamu selera, datang kakak jurujual kantin tanya harga makanan semua guru-guru yang sedang makan disitu. Kami pelik! Kenapa pula? Katanya ada orang mahu belanja hari ini...Alhamdulillah rezeki di pagi hari. Siapa kak? Tanya aku. Tu....tunjuk kakak itu ke dalam kantin..owh...Wakil Rakyat Dungun rupanya. Ustaz Hj Happandi. Orangnya sangat humble. Sebenarnya itu kali pertama aku lihat beliau secara face to face. Aku perasan lah ustaz ini masa pelajar SPM berkumpul pagi tadi. YB Dungun rupanya. Alhamdulillah. Baik orangnya dan nampak sangat beragama kerana beliau lebih dikenali sebagai Ustaz di sekitar Dungun. Semoga ustaz dimurahkan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT. 

Peserta Marathon Antarabangsa Rafiqin Hilang diSekayu.

Image
Bismillah...entry kali ini agak sensitif terutamanya kepada keluarga arwah Rafiqin dan rakan-rakan beliau. Saya terpanggil untuk memberi pandangan saya dan beberapa orang rakan saya yang mengenali ayah arwah iaitu En Azman. Sudah tentu ramai yang tahu mengenai kronologi kish arwah yang ketika itu menyertai marathon antarabangsa (junior) anjuran NGO. Berdasarkan maklumat yang saya dapat dari ibu kepada rakan sekolah arwah, pelajar tingkatan 4 itu menyertai pertandingan marathon yang dianjurkan oleh pihak luar di sekitar Hutan Sekayu, Terengganu dan bukan anjuran sekolah.  Sepatutnya, abangnya juga menyertai namun saya tidak pasti kenapa abang Rafiqin tidak menyertai marathon tersebut. Sumber yang saya dapat lagi katanya, adik Rafiqin hanya sempat melalui checkpoint yang pertama sahaja dan kemudian hilang dari kumpulan junior tersebut. Kehilangan itu disedari setelah semua pelajar tiba digarisan penamat dan beliau masih belum dijumpai. Menurut rakan saya yang lain, set

Mimpi Ngeri menghampiri Menopause (Putus Haid)

Image
Terdetik mahu cari maklumat tentang putus haid atau lebih dikenali  menopause  atau ramai yang sebut monopos!  huhuhuhu..mula-mula Cikgu Z tak heran sangat tentang putus haid ini lebih-lebih lagi umur masih 20-an..hihihi..perasan lah sikit sebab belum masuk 3 series. Tengahari tadi bersembang dengan guru-guru yang umur 40-an, mereka cerita tentang menopause ni. Oh, scary jugak. Korang tahu tak tanda-tanda putus haid @ menopause ni? Meh nak cerita. Menopause adalah simptom dimana wanita tidak lagi menghasilkan telur (ovom) dan tiada lagi darah haid yang keluar dari badan. Anda tidak lagi boleh melahirkan anak, haid akan mula berhenti secara mendadak atau slow motion, sebulan datang, sebulan tidak, sedikit dan makin sedikit.  Selalunya menopause melanda pada wanita yang berusia antara 48 hingga 55 tahun. Peringatan!!! Menopause juga boleh berlaku diawal usia 40 tahun yang dikenali menopause awal. Di saat ini, ovari tidak lagi berfungsi. Kes sebegini jarang berlaku te

Entry Khas Untuk Abang!

Image
Selamat malam semua!!! Sedang aku masuk bilik nak solat Isyak tadi, ku renung wajah anak sulungku Ahmad Wafi Arryan. Sayu hati apabila melihat dia. Lalu terus ku peluk dia. Ku cium dia. Ku usap rambutnya..ku doakan agar abang jadi anak yang soleh..beriman dunia akhirat. Aku berbisik padanya yang ibu mohon maaf sangat2 tatkala aku sering memarahi abang. Aku terasa bersalah kerana agak berat sebelah dalam melayani anak-anak. Ya Allah..berdosanya aku. Aku tahu, sejak ada adik, aku sering meletakkan dia ditangga kedua. Tetapi ada sesetangah hal aku dahulukan dia, makes him feel important to us. Tetapi kadang-kadang abang kena banyak mengalah dengan adik. Nampak muka dia memprotes tetapi aku pujuk cara lain sebab abang ni mudah dipujuk. Memang tak dinafikan setelah mempunyai adik, abang sering kena marah. Kena marah sebab bising adik nak tidor, kena marah sebab berebut mainan dengan adik, kena marah sebab mintak itu ini. ADUHHHH...bersalah betul aku. Rasa macam ibu yang tak be

Tadaaaa...Rebranding Our Blog CikguZack

Image
Alhamdulillah....akhirnya bertukar juga nama belog kita ni. Seribu ucapan terima kasih kepada En Hanif yang tolong saya menukar domain segala bagai ni. So, Sekarang cikgu zack ni berharap akan ramai lagi pengunjung yang singgah ke teratak CZ nih. Semangat berkobar-kobar tetapi semua terletak pada diri sendiri. jangan malas zairul!!!! November..semoga ada harapan cerah untuk cikgu zack nih. Semoga murah rezeki kami sekeluarga!

Terpaksa tinggal anak?

Image
Allahuakbar.... Bila tengok gambar dan kes-kes anak kena ainianya dekat tempat asuhan mahupun rumah pengasuh. Sayu hati..!! Sampai hati mereka lakukan budak tiada dosa. Apa salah mereka. Kalau tak nak jaga budak jangan jaga!!! Kalau sebab nak duit, jangan buat keje mudah begitu. Aku bersyukur sangat sebab dua-dua anak aku mendapat pengasuh yang sangat lah baik. Malah aku rasa mereka jaga anak aku lagi baik dari aku sendiri. Syukur walau kami tidak berpendapatan tinggi tetapi anak2 kami punya rezeki yang banyak dari segi pengasuh mereka. Alhamdulillah. 2 anak lain-lain pengasuh tetapi semua Alhamdulillah cukup baik. Kadang-kadang terasa seperti keluarga kita juga. Ujian besar bagi ibubapa yang terlibat dengan kes tersebut. Syukurlah mereka dapat tahu. Syukurlah Allah nak selamatkan anak2 itu. Sabarlah wahai ibubapa sekalian. Aku faham kita terpaksa tinggal anak ditaska atau pengasuh kerana kita tiada pilihan. Kita terpaksa keluar mencari rezeki untuk keluarga. Besar ujian dan luluh h

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Image
Bismillahhirrahmanirrahim. Story ini saya dah lama simpan dari hari Deepavali lagi. Tetapi masa ini sempat saya story mory....eh..boleh ke eja camtu?hihihi Alkisahnya begini, di suatu petang kami ambil Umar dari rumah pengasuh. Kemudian si Kakak Nurul tanya "akak, Umar kena apa ni kat perut?" Sambil selak baju Umar. Aku pon pelik...tak tahu pulak. tak perasan! Selamba mak jawab...tapi memang tak perasan pun. Balik rumah aku confuse nak sapu ape..ala-ala kudis..tapi macam ekzema dia. Hanya sapu minyak bahhatul sauda. Tetapi kami makin pelik apabila masa main air (mandi) dia tak nak basuh badan dia. Katanya akit, bakkk....(sakit..nk bubuh ubat) kesian anak ibu! ini gambar yang saya google tetapi sebijik begini perut Umar Maaf lah..gambar senget. Itu rupa kudis dia. Esokkan tu badan dia panas, aku pun amik lah cuti sebab kesian kat Umar. Tapi perasan gak, dekat lengan si Arryan pun ada kudis tu. Hishhhh...ape ni? Suami cakap, pantau gak Umar tu, ka

Selamat Pengantin Madu!!

Image
Slot TV3 menampilkan drama bersiri yang julung-julung kali bagi aku interesting sekali. Memang dah banyak drama yang sebegini tetapi jalan cerita ini lebih masuk dalam jiwa aku..cehhhhh.. Kisah Hana yang berumahtangga dengan Zul dan mempunyai 2 orang anak yang sudah bersekolah rendah. Agak-agak mereka sudah cukup matang untuk faham kisah ibubapa mereka. Disangkakan keluarga sudah lengkap kerana mereka mempunyai segalanya tetapi malangnya Zul mula terpikat dengan Masmira ketika mereka berkursus bersama. Lalu mereka berkahwin senyap-senyap selama 7 bulan!! AKhirnya Hana dapat tahu berita ini dan sangat kecewa. Anak-anak terlalu sedih dan kecewa setelah mendapat tahu ayah mereka kahwin lain. Dalam erti kata lain mereka fikir papa sudah tidak sayang mama dan mereka berdua. Jalan cerita ini seperti tak boleh dijangka. Kerana BFF hana sering beri kata semangat, beri dorongan kepada Hana untuk hadapi suaminya. Pelbagai tips diberikan untuk menjernihkan suasana. Hana tidak mahu p

Rawat Resdung Kanak-Kanak dengan Shaklee

Image
Kadang-kadang kita pelik zaman sekarang kanak-kanak pun ada yang mengidap kencing manis, darah tinggi. Kenapa? Puncanya ialah pemakanan kita sendiri. Kali ini saya mahu share sedikit cara merawat resdung bagi kanak-kanak sendiri. Kesian mereka. Kecik-kecik lagi sudah gatal-gatal, bersin, selsema berpanjangan jadi baiklah kita cari alternatif yang selamat bagi mereka. Tanda-tanda, simptom masalah Resdung. Hidung kerap tersumbat.  Hidung kerap berair  Kerap bersin  Nafas berbau (Atau adakalanya timbul bau yang kurang enak dari hidung/pernafasan anda)  Migrain/sakit kepala  Gatal mata, telinga, hidung & muka  Jerawat batu atau jerawat yang tidak terkawal  Sakit tekak/gatal tekak yang berpanjangan/berulang-ulang  Sakit di atas dahi atau kening mata  Sakit di bahagian pipi atau kawasan gigi Sakit di bahagian belakang mata  Kurang deria rasa dan deria bau  Kelesuan, demam & kerap ti