Posts

Showing posts from January, 2015

Perubahan Ketara sewaktu hamil anak ketiga

Image
Alhamdulillah, masih belum terlambat untuk ucap syukur ke hadrat Ilahi diatas rezeki yang Dia anugerahkan kepada keluarga kami. Pada hujung tahun lepas 2014, aku telah disahkan hamil anak yang ketiga. Perasaan bercampur baur jugak sebab tidak lah menjangka akan secepat ini, walau anak kedua sudah berumur 2 tahun. Tetapi excited juga sebab mana lah tahu kali ini dapat anak perempuan pula..hihihi..aminnnn!! Al-kesahnya, sejak mengandung ni, ku rasakan banyak juga perkara ala-ala morning sickness melanda. Tetapi jika nak banding dengan orang lain, aku tidaklah seteruk mane. Adalah kadang-kadang muntah, pening, penat, mengantuk..dan paling tak tahan sejuk yang melampau!! Nak mandi tu rasa macam takut gila dengan air. Sejukkkkk... Kali ini yang paling aku rasa lain ialah aku mengalami kegatalan kaki yang melampau. Sangat melampau hingga penuh betis dari depan ke belakang, lepas tu hingga ke paha...gatal bukan sebab salah makan tetapi entah....tersentuh kain pun boleh buat aku terg

Resepi Spaghetti Carbonara yang sedap.

Image
Bismillah....salam jumaat!! Sudah 2 hari berturut-turut aku berkampung didapur membuat spagetti carbonara. Mulanya aku yang mengidam nak makan. Nak beli yang dah siap, kang tak sedap panas pulak telinga suamiku nanti dengar rungutan aku! hihihihi....sebelum dia hangin dengan bebelanku, baik aku buat sendiri....hmmm.... Kali pertama buat, anak sulung ku try, sedap katanya!! Ibu buat banyak tak??? Ayat begitu maksudnya dia memang suka dan nak lagi. Alhamdulillah. Aku ingat aku seorang je yang suka. Rupanya ada geng from Arryan dan Umar. Besok pagi, ku suap balance yang ada setelah dipanaskan. Dia tanya ada lagi tak? Ishhhh...dah habes sebab buat sedikit sahaja. Balik sekolah nanti ibu buat yer!! Satu janji..huhuhu Okay....kalau para ibu nak cuba, meh aku share resepi yang mana aku oleh sedikit mengikut citarasa aku dan anak....uols pun boleh olah juga..silakan!!! RESEPI SPAGHETTI CARBONARA Bahan-bahan: 1 paket spagetti 1 tin susu cair 1 tin cendawan but

Apa Yang Ibu Bekerja Perlukan Dalam Kehidupan Seharian Mereka?

Image
Kenapa saya kagum dengan ibu yang bekerja? Maksud saya kerja diluar rumah. WAHM (Working At Home Mother dan suri rumah entry satu lagi ya!!) Semasa dalam kereta saya terdengar di dalam radio mengenai apa yang dilalui oleh seorang isteri juga ibu yang keluar bekerja. Apabila difikirkan balik, memang agak banyak yang perlu dilakukan oleh mereka dan banyak juga yang perlu dikorbankan oleh wanita hebat ini. Pertamanya, mereka perlu korban masa  bersama keluarga dirumah. Kedua, korban waktu tidur  oleh kerana menyediakan segala keperluan anak dan juga suami sebelum ke tempat kerja. Ketiga korban tenaga  melakukan segala aktiviti dipejabat dan juga dirumah, dan banyak lagi yang saya belum senaraikan. Pagi-pagi sudah bangun berkejar menyediakan sarapan kepada anak (jika bersekolah) untuk ke sekolah. Menyediakan pakaian anak-anak. Lebih cepat jika suami turut sama sibuk membantu isteri. Alhamdulillah. Di tempat kerja pula sudah menimbun kerja yang menanti. Rehat hanya sempat mak

Apa Perlu Buat Setelah Keluar Tanda Mahu Bersalin?

Image
Terlintas difikiran bagi ibu-ibu yang tiada pengalaman melahirkan kali pertama. Yalah, kalau yang sudah banyak kali bersalin, mereka tentu lebih arif. Tips ini ku kongsikan dengan para bakal-bakal ibu diluar sana mengenai bagaimana menghadapi saat menanti kelahiran, bagaimana mahu cepatkan proses bukaan os, dan bagaimana mahu handle hati yang berdegup kencang didalam hospital dan labour rom. hihihihi...(aku lah tu) Entry ini adalah pengalaman dan hasil bacaan aku sepanjang 2 kali melahirkan. Kali pertama ketuban air dan kali kedua ketuban darah. Dan aku mahu kongsi tips atau cara hadapi semua itu setelah ada show  atau tanda melahirkan fasa pertama samada pecah air ketuban, keluar lendir bersama darah atau jalan terbukan 3cm!!! Bagaimana mahu cepatkan proses bukaan jalan? 1. semasa diberitahu bukaan sudah 3cm, maka kita harus bersiap sedia bahawa kita akan menghadapi saat contraction yang makin hebat selepas itu. Jika tiada keluar darah, maka anda akan rasa lebih sel

Hari pertama ke sekolah baru. PASTI.

Image
Alhamdulillah....tahun kedua wafi arryan masuk sekolah. Last year sekolah perpaduan...tapi setelah meneliti..si abang ni mahir sedikit bab alif ba ta, jadi kami buat keputusan hantar ke sekolah PASTI pulak... Walau orang lain hantar ke sekolah swasta yang sampai ke petang, yang hebat-hebat, tetapi kami terima seadanya dan percaya sekolah kerajaan juga mampu ajar anak kita. Selebihnya adalah tanggungjawab ibubapa sendiri. Malam lagi sudah pesan tidur awal..tetapi malam tadi ada cerita hantu..cerah pulak mata dia...aduhhh...kol 11 jugak kami tidur. Jam 6 pagi dia bangun dah. Pujuk biar dia semangat nak ke sekolah. Papa pakaikan baju baru, beg baru. Syukur semua berjalan lancar. Sudah maklum..sekolah baru, dia tak biasa. Suami ku cakap mula-mula nangis juga sebab satu, jari dia luka bekas kena toreh dengan doktor buang nanah. Jadi risau kalau dia nak buang air atau makan. Plan asal nak daftar dan balik. Tetapi cikgu cakap its ok...ape lagi..menangis laaahhhh...siap beriba dengan cikgu.

Multivitamin Terbaik Bagi kanak-kanak Vita-Lea Kids Kembali lagi!!!

Image
Vita-lea kids atau MULTIVITAMIN kanak-kanak sudah kembali dipasaran!!! yeayyyyy!!! APA kelebihan/kebaikan jika anak-anak kita makan??? KELEBIHAN VITALEA FOR KIDS dari SHAKLEE #Lengkap dengan 8 komponen vitamin B. Vitamin B ni terdiri daripada 8 beradik iaitu B1, B2, B6, B12, FOLIC ACID, NIACIN, BIOTIN, PANTOTHENIC ACID. Kesemua komponen perlu hadir bersama untuk kesan yang optimum. Tetapi kebanyakan pengeluar tidak memasukkan beberapa komponen seperti biotin kerana harganya yang terlalu mahal. Ini menyebabkan kesannya tidak optimum. #Mengandungi vitamin dan mineral dalam 1 tablet!! # Rasa anggur yang manis-manis masam, tidak mengandungi pewarna, pemanis dan pengawet tiruan. # Diperasakan dengan xylitol yang membantu mengelakkan kaviti #Boleh dikunyah dan dikemam seperti gula-gula # Sebesar duit syiling 5sen!!! KANDUNGAN VITALEA KIDS - 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf - 2 kali le

Kenapa Vivix dikenali sebagai Ibu Shaklee?

Image
Alhamdulillah. Bulan ini sangat lah hebat promosi yang diberikan oleh Shaklee. Ada tiga promosi. kami panggil triple promotion!!! Ok..saya mahu cerita tentang VIVIX si Tonik Ajaib!  Kenapa tonik ajaib??? Kerana ia dikatakan lebih hebat 10x ganda dari RESVERATROL!!  Apa pulak resveratrol??? -  — ANTI-OKSIDAN YANG KUAT -  ANTI INFLAMASI - ANTI KANSER Resveratrol merupakan satu sebatian polyphenol yang dihasikan daripada tumbuhan. Polyphenol ialah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Berdasarkan kajian yang dijalankan resveratrol dipercayai mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi yang mana mampu menghalang kanser dan penyakit jantung (kardiovaskular). Bagaimana ia berfungsi? Mekanisme di bermain dan bertanggungjawab untuk banyak faedah kepada keadaan penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Melindungi dan pembaikan kerosakan DNA

Selamat Datang 2015, Selamat Jalan 2014

Image
Alhamdulillah....syukur kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup di tahun 2015 yang semua orang tahu serba mencabar sekarang.  Saya turut merasai kebimbangan menghadapi tahun-tahun berikutnya. Kerana semakin umur kita bertambah, semakin dekat kita dengan ajal kita. Sedangkan masih cukup kah amal yang dilakukan? Bersyukur kerana Allah masih beri saya kesempatan untuk melalukan lebih amal dan lebih banyak bertaubat padaNya. Selamat datang 2015!!! Semoga tahun ini membawa beribu erti bagi kami. Ye..keluarga kecil kami. Semoga tiada lagi halangan dan cubaan untuk memisahkan kami. Tipulah tiada halangan dan cubaan, tetapi saya berdoa agar kami sama-sama tabah, cekal dan kuat hadapi semua itu bersama. Bersama anak-anak dan keluarga kami. Membuka lembaran baru 2015....takut sebenarnya. Tetapi perlu ada azam, perlu ada objektif untuk majukan diri. Semoga perniagaan suami bertambah baik, bertambah maju, bertambah rezeki kami yang akan bertambah ahli awal bulan 7