Posts

Showing posts with the label cheese

Home made cheese yang mudah.

Image
Bismillah. Selamat pagi semua. Pagi ini ku terasa mahu share dengan semua bagaimana ku buat spagetti bakar yang ada cheese melting banyak sangat diatasnya. Nak tabur cheese yang beli?? Mak oiiii...mahal betul...mozarella, Parmesan dan cheddar. Harga satu pek amatlah mahal dan kalau nak guna sayang sangat. hihihihi.. Jom saya ajar bagaimana nak buat homemade cheese yang lazat dan murah!!! Bahan-bahan:   3/4 butter 1/2 tin susu cair apa-apa jenama kiub ayam apa-apa jenama separuh sahaja garam sedikit 1 sudu kecil tepung jagung Cara-Cara: Cairkan butter dan susu cair Masukkan kiub ayam, garam dan tepung jagung kacau sehingga pekat. Jika masih belum pekat tambah tepung jagung lagi. Tuang diatas spagetti atau apa-apa sahaja yang nak dibakar. Samada pie, roti dan lain-lain. Maaf sebab saya tak sempat ambil gambar semasa membuat. Gambar ini je sempat snap. Selamat mencuba!! Sedap sangat!!