Posts

Showing posts from July, 2014

Ostematrik Atasi Masalah Sembelit Saya.

Image
Entry kali ini berkisar tentang pengalamanku menggunakan ostematrix Shaklee. Bukan mahu promosi tetapi lebih kepada ingin membantu sesiapa sahaja yang mempunyai masalah sepertiku, ingin berkongsi perkara baik kepada anda semua. Dah banyak kali ku dengar, si polan menggunakan ostematrix ---> mudah membuang . Si polan amik vitamin kalsium ostematrix ---> sudah tidak sembelit lagi . Ku terasa ragu-ragu. Betul ke benda begini? Lalu setelah ku membeli 1 botol vitamin ostematrix ( guna keahlian yang ku ada...jimat sikit,,,hihihi) ku mula ambil 4 biji sebelum tidur . Esokkan harinya ku rasa macam nak membuang tapi bukan sakit memulas. Ohhh...rupanya memang tepat kata-kata si polan tu yang memang LANCAR pembuangan ...hehehehe...maaf bunyi macam tak selesa sikit. Daku yang selama ini payah dan kadang-kadang sembelit rasa happy lah....(sebab culas minum air masak)  Satu lagi testimoni suamiku pon mengalami masalah yang sama. Lama termenung setiap pagi. Ku paksa a

Merawat anak demam dengan SPONGING??

Image
Sponging !!! Apa itu sponging? Spongebob square pants ke ape??? Haaa…selalunya istilah ini kita selalu dengar apabila ada anak atau bayi demam . Sebab sponging ini adalah kita lembapkan tubuh anak sepanjang suhu dia tinggi dan hingga suhu menurun . Berikut adalah beberapa tinjauan yang saya buat mengenai sponging dan cara menurunkan suhu demam anak. Normally, Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius. Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius. Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius. Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius. Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak. 2. Boleh buat “ sponging ” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu. “Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak .  Cara untuk   melakukan   sponging ; 1. Sediakan air suam dalam be

Anak Kuning Lebih Sebulan Tanda Berpenyakit?

Image
Salam 7 Ramadhan. Alhamdulillah sudah seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Dalam saya berfikir nak update blog, saya terlihat search keyword yang ramai jenguk blog saya mengenai bayi kuning atau jaundice atau demam kuning . Saya rasa saya perlu tambah informasi mengenai jaundice ini dan kali ini saya ingin tekankan bayi demam kuning lebih dari satu bulan atau nama saintifiknya prolong jaundice. Tetapi jangan risau, jika anda baca sehingga akhir artikel ini, maknanya anda akan tahu samada anak anda berpenyakit atau tidak kerana saya sudah terangkan seperti dibawah.  Bayi kuning   atau   jaundice   adalah suatu keadaan di mana kadar bilirubin dalam darah tinggi dan terjadi pada minggu pertama kehidupan si bayi. Kadar bilirubin dalam darah bersifat toksik bagi perkembangan sistem saraf pusat bayi.Ini  dapat mengakibatkan kerosakan saraf , oleh itu perlu kepada campur tangan doktor dengan segera dan tepat.  Hampir 60% bayi yang baru lahir akan terli

Wanita Hamil dan Menyusu Boleh Berbuka?

Image
3 Julai..alamak...dah miss 3 entry nih...ampunkan hamba... kali ini hamba nak kongsi penjelasan mengenai pengecualian berpuasa atau kelonggaran dalam ibadat berpuasa bagi wanita hamil dan ibu menyusu. Dalam erti kata lain, sesiapa yang hamil atau menyusu anak dibolehkan berbuka dalam bulan Ramadhan..tetapi ada kemusykilan mengenai qada' puasa dan fidyah. Di sini saya selit artikel yang saya cari dan teliti satu persatu dan ini yang terbaik, in shaa Allah. Artikel di bawah pula dr Jabatan Hal Ehwal Syahriah mengatakan tetap wajib menggantikan puasa HUKUM BERPUASA BAGI WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK Menurut hukum syara‘ perempuan yang hamil sekalipun hasil dari perzinaan dan perempuan yang menyusukan anak ( murdhi‘ ) walaupun anak itu kepunyaan orang lain disebabkan menderma atau diupah, adalah diharuskan bagi mereka untuk berbuka puasa semata-mata kerana dua perkara tersebut. Sekalipun demikian, persoalan lain yang timbul, apakah hukum yang berbangkit d