Posts

Showing posts from 2017

Ketahui 9 penyebab kenapa hidung tersumbat yang kita jarang ambil tahu.

Image
Ketahui 9 penyebab kenapa hidung tersumbat yang kita jarang ambil tahu . Hampir semua orang pernah mengalami hidung tersumbat, samada bayi, kanak-kanak atau dewasa memang sangat normal terkena masalah ini dan sesiapa sahaja yang mengalaminya akan terasa terganggu waktu tidurnya, susah bernafas, suara menjadi sengau, sakit kepala, terpaksa bernafas melalui mulut dan sebagainya. Kejadian ini berlaku disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Hidung tersumbat biasanya terjadi pada salah satu rongga hidung atau kedua-duanya. Ada beberapa sebab terjadinya hidung tersumbat, antaranya: a) Penyakit Ringan – Merupakan penyebab yang biasa terjadi dikalangan kita semua iaitu common cold, flu dan jangkitan sinus. Penyakit ini menyebabkan hidung tersumbat kerana timbulnya radang pada lapisan rongga hidung dan sinus yang merupakan jaringan yang kaya dengan pembuluh darah. Radang ini akan menyebabkan pembuluh melebar dan menimbulkan pembengkakan sehingga hidung menjadi tersumbat (tidak