Posts

Showing posts from 2015

Hari Produktif Sedunia.

Image
Salam semua. Misi nak mebuang sarang labah-labah pada blogku ini. Rasa almost 6months uols I left my blog empty. Poor me 😧 Untuk sekian kalinya..update kali ini berkisar mengenai kehidupan ku setelah......setelah cuti sekolah bermula. Jadi surirumah sepenuh masa ye. Best yang amat 😄 Okay. Baby? Oh..baby Alhamdulillah sudah 5 bulan lebih. Pandai banyak dah. Meniarap sambil bergolek-golek hingga jatuh dari TILAM. Bukan katil sebab kami dah 3 tahun tanpa katil. Huhuhu. Pandai gelak bila orang agah. Pandai beli jiwa orang bila nak orang dukung. Pandang je penuh kecomelan die. Ishhhhhh!!! Geram pulak. Dah banyak hari kain baju tidak berlipat. Ada 2 bakul 1 baldi..1 dekat ampaian. Uols imagine lahhhh. Tetapi belum sampai tahap gali dalam bakul yer. Masih ada dalam almari masing-masing. Well daku ni kategori rasanya tak rajin sangat bab kain tetapi lebih rajin sikit didapur sendiri. Dapur orang I tak reti sikit. Setiap hari memang tak miss breakfast lunch...malam kadang-kadang je. Suami

Selamat Hari Ulangtahun ke 5 Arryan!

Image
S elamat Hari Lahir yg ke 5 tahun abang long!! 8/9/15.....masih segar dalam ingatan sewaktu melahirkan abang...bukan mudah nak melahirkan abang tetapi ibu ingat tempoh sakit ibu lahirkan abang hanya 1jam! Ibu minta maaf sebab tidak dapat buat birthday party untuk abang memandangkan banyak perkara yang datang sewaktu hari kejadian. Esoknya pulak adik demam..jadi ibu dan papa sempat belikan abang beberapa potong kek secret resepi yang abang suka. Ini adalah gambar abang semasa hari kejadian. Ibu sempat lah snap buat kenangan. Dia tidak minta hadiah tapi kami tetap rasa nak belikan hadiah. Kebetulan papa ada kerja diKL maka papa beli lah terus hadiah untuk abang. Beg dan pensel warna!! Abang nak beg boboiboy tetapi papa kata tak jumpa. Tidak mengapalah..hihihi. Pensel warna ni dah ada tau..tapi budak-budak kan...selagi boleh minta dan dapat yang baru, selagi tu dia nak. Rasa ibu nak buka kedai pensel warna tau dak?? Tetapi mostly hilang merata... Kenapa ada g

Anas Mikael Part 3: Berpantang!

Image
Berpantang!!! Semua ibu-ibu rasa tertekan apabila dengar berpantang....errr..bukan berpantang ajal sebelum maut yer...hihihi...bukan juga pantang undur sebelum operasi...ehhh?? Hari sabtu aku melahirkan, bersamaan Nuzul Al Quran, Ahad tengahari kami berdua boleh balik..horayyyyy!  GAMBAR 1 Aku mula-mula agak cuak memikirkan penerimaan Umar (anak no 2) tentang baby yang baru keluar ni. Ye lah, sebelum ni dia memang tak suka aku pegang mana-mana baby..dah tu mana aku tak risau. Kang dia yang beriba, baby duduk bawah.  Tetapi, masuk je kereta, wahhhhhh!!! Semua teruja...yang itu jerit yang ini jerit "Baby!!" "bibi" "Baby " "Bibi..!" Alhamdulillah...Abang Umar suka sangat dapat baby! Kali ini, anak ke tiga, aku berpantang sendiri. Mak aku sudah tidak larat untuk travel dan dia juga baru sahaja membuat rawatan Angiogram jantung. Maka aku terpaksa berdikari sendiri. Dalam hati Allah sahaja yang tahu. Su

Saat Kelahiran Anas Mikael Part 2

Image
Saat Cemas Di Dalam Kereta… 7pagi. Aku dan suami dah sedia nak ke hospital. Sakit dah tak tahan tiap kali contraction..tetapi boleh tahan sebab amalkan pernafasan tersebut. Angkut semua barang masuk kereta, angkut anak-anak. Dalam kereta nak hantar Umar, contraction dating..aku tak boleh cakap..tarik nafas..tarik nafas!!! Ya Allah….begini rasanya contraction yang cepat..aku doa dan doa. Selesai hantar Umar, suami pulak sakit perut!! Aduhhh..terus aku gelak….aku yang sakit, dia yang cuak..hihihii Suami kata dia kena patah balik rumah..tak selesa melepas hajat tempat lain..aku terpaksa menurut!! Laju suami aku bawak kereta...sebab aku ke sebab dia sakit perut?? Hahahhaa….gelak dengan dia..eh, nak datang dah contraction…diam...lepas contraction, sambung gelak.... Perjalanan ke rumah aku rasa lamanya...4-5 kali surge ni!! Menggila sakit ni..suami kata “ibu ni memang nak bersalin dah ni...muka berkerut semacam dah..” Tunggu pulak suami dalam kereta..aduhhhh..Ya Allah....

Saat Kelahiran Ahmad Anas Mikael Part 1

Image
Saat Kelahiran Lama dah tunggu masa nak update kisah kehamilan Anas Mikail ni..tetapi asyik tangguh saje. Memang salah aku sebab elalu tangguh. Ketika minggu ke 39 aku mulai gusar memikirkan bila agaknya aku akan melahirkan. Takut juga kalau-kalau aku dipaksa bersalin jika terlebih due date. Doa sering aku panjatkan agar aku dimudahkan bersalin, tempoh kesakitan sekejap, cepat bersalin. Pelbagai aktiviti yang aku dah lakukan untuk mempercepatkan bersalin. Contohnya aku cuci toilet secara mencangkung, aku banyak berjalan, lipat baju, potong bawang, sayur semua mencangkung. Naik turun tangga..makan buah nenas, minum air gas (ini aku rela yer..bukan paksaan…jangan tiru jika khuatir gula..) hehehehe. Esok adalah hari aku cukup 40 minggu berdasarkan kiraan mesin scan. Aku makin cuak. Tanda-tanda melahirkan masih belum ada. Ada juga rakan-rakan yang cerita mereka ada juga bersalin 2-3 hari selepas due date. Aku redha. Tapi malam tu aku ajak suami beli pizza hut. Terla

Pergerakan Terbaik Ketika Sakit Bersalin

Image
Alhamdulillah, sekarang sudah masuk usia 34minggu kehamilan. Waduhhhh..takutnya rasa. Lain kelahiran lain ceritanya!! Seram sejuk apabila fikir keadaan dalam labor room! Kehamilan kali ini banyak ilmu sikit yang saya dapat apabila membuat beberapa bacaan dan kajian. Cewahhh..macam R&D pulak.hehehehe...yelah..sekarang semua ilmu dihujung jari. Semua dapat dengan klik dan klik sahaja. Memandangkan anak ke 2 dulu ketuban darah..(tempoh sakit lama) jadi saya mula google kaedah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan rasa sakit semasa contraction stage 1 dan 2. (Masa itu belum masuk labor room lagi..jadi boleh amalkan) Saya dapat dari FitPregnancy  ,,,ada additional dari web lain juga. Jadi, bahasanya adalah dalam English dan harap dengan bantuan gambar anda boleh faham. Katanya, pergerakan semasa kontraksi dapat mengurangkan kesakitan semasa berlakunya kontraksi dan membantu memudahkan bersalin. Pergerakan ini membantu bayi melalui tulang pelviks dan membantu

Kembalikan susu yang merudum dengan power pumping!

Image
Assalamualaikum.  Saya banyak terbaca dalam ruangan FB ibu-ibu muda yang bertanya tentang masalah susu merudum, susu sedikit, bayi tidak puas menyusu. Saya faham sangat perasaan ini kerana saya pernah alami situasi seperti kalian. Tetapi first of all saya mahu ucapkan TAHNIAH!!! Kerana anda berniat untuk memberi anak anda susu ibu dimana susu ibu adalah sus yang paling bagus untuk si manja. KENAPA SUSU SEDIKIT SEMASA DALAM PANTANG? Pertama sekali, bagi ibu-ibu yang ekslusif beri susu ibu semasa dalam pantang, (tidak campur susu FM) susu badan anda sememangnya apabila perah(pump) akan dapat 1 atau 2 oz sahaja. Ini kerana bayi kita menyusu dengan kerap semasa berada dengan kita. Ada yang setiap 1jam baby nak susu, ada sepanjang masa mahu mengempeng 24jam.  Jangan stress yer ibu-ibu, kerana perut bayi waktu itu amat kecil dan susu kita pula sangat mudah hadam, bayi cepat kenyang dan bayi akan cepat lapar. In that case, kilang susu kita akan selalu dikosongkan dan ap

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Image
Bismillah. Sewaktu menulis entry ini hati sedang kerisauan mengenangkan keadaan mak yang baru sahaja dimasukkan ke hospital disebabkan masalah jantung. Rasanya ini sudah kali ke 5 atau 6 emak masuk hospital dan kali ke dua masuk wad jantung di Hospital Kota Bharu. Sebenarnya doktor pun tidak dapat menyatakan secara details tentang masalah emak. Hanya yang kami tahu sekarang keadaan jantung emak lemah dan mudah mendapat serangan jantung. Sesak nafas, sakit dada, itu yang selalu mak rasa. Dan serangan berlaku sekitar 12 malam ke atas. Hati siapa tidak risau sebab emak berada dikelantan, manakala aku berada di Terengganu. Cuti pun sudah habis dan mostly ambil semasa balik tengok emak dan juga masalah kesihatanku sendiri yang sedang hamil 33 minggu sekarang. Sebelum ini doktor menyatakan bahawa emak perlu menjalani pemeriksaan jantung yang dipanggil ANGIOGRAM. Aku sendiri tidak tahu apakah angiogram tu? Lebih menyayat hati HKB tidak menyediakan perkhidmatan itu. Kalau ada

Jaga Penampilan walau sarat mengandung!

Image
Terbaca kisah-kisah teman-teman saya yang menggunakan supplement sama seperti saya. Senyum sorang-sorang sebab lihat penampilan mereka makin cun, makin muda remaja. Bukan mahu cerita tentang supplement ya...hanya selitan mengenai kisah mereka sama seperti saya yang sudah 2 tahun lebih mengamalkannya. Berbalik pada kisah kehamilan dan penampilan diri. Benar kata sesetengah orang waktu mengandung ini kadang-kadang kita rasa leceh nak bersolek, nak bergaya. Tetapi pernahkan kita terlintas apa pandangan suami kita setelah kita hamil? Ada sesetengah suami suka sangat keadaan isteri dia yang sarat hamil atau dalam keadaan hamil. Seri yang kelihatan itu lain dari yang lain. ada yang kata isteri makin seksi apabila hamil. Itu pendapat masing-masing. Lepas ni pakat tanya suami yer..hehehehe. Bagi pendapat peribadi saya, saya lebih suka jaga penampilan diri semasa hamil lebih-lebih lagi. Entah lah, saya rasa selekeh sangat kalau tidak jaga penampilan semasa keluar dengan suami.

Kejang kaki sewaktu hamil. Merbahaya?

Image
Kaki kejang semasa hamil merupakan satu perkara yang kerap juga berlaku terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga.  Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.   Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu   malam   dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.   Saya juga mengalaminya pada kehamilan ke tiga ini. Masa mengandungkan anak pertama dan kedua tidak lah terlalu ketara kaki kejang pada waktu malam tapi kali ini mungkin makin banyak pergerakan maka makin kerap berlaku kejang kaki. Mengapa Kaki Kejang Semasa Mengandung? Ibu hamil kekurangan kalsium dan magnesium kerana diambil oleh bayi dalam kandungan Nutrien yang dise