Posts

Showing posts from November, 2014

Impian Setiap Isteri Di Dunia

Image
Impian setiap isteri even surirumah mahupun bekerja. Idea datang macam-macam semasa lapang, ini kisah aku seorang cikgu dan juga mereka yang bekerja. Sama tak dengan impian saya??kekekekeke. Apabila balik dari sekolah, dalam kepala macam-macam nak buat. Dalam tempoh jam 3 hingga 5.30. Ada lebih dari 10 perkara nak buat. hmmmmm.....apa ye?? 1) Basuh Baju Memang tak dinafikan baju banyak sangat perlu basuh. Nak-nak musim hujan pulak sekarang. Jadi masa dok basuh baju tu, fikiran mula melayang keadaan bilik laundry yang cantik, kemas....ohhhh..bestnya!!! Sedang membasuh tiba-tiba...... 2) Basuh Pinggan Mangkuk Nampak pulak beberapa pinggan atau botol susu yang belum berbasuh....sudu banyak pulak tu kat sinki..ishhhhhh...tak sedap tengok, sinsing lengan baju, mula menyental perkakas dalam sinki...fuhhhhh..baru tenang hati dan mata tengok!! mengidam nak kicthen begini....kalau lahhhhhh...(keep dreaming) 3) Tengah susun pinggan mangkuk, nampak

Curang: Alasan isteri busuk, hodoh, berubah!!

Image
Sebenarnya aku tak nak komen lebih-lebih. Tetapi hati rasa tak puas kalau tak berkata-kata walau hanya dalam alam maya. Walau hanya 2-3 orang yang baca! Pasti ramai yang dah baca email yang dihantar oleh Mah seorang isteri yang telah dicurangi selama 10 tahun!!!! MasyaAllah. Suami Mah memberi alasan didalam suratnya bahawa Mah sudah tidak menjaga penampilan, Mah lebih layan anak, Mah tidak bersolek, busuk, dan macam-macam lagi. Sayu dan pedih hati dengar. Faham sangat perasaan Mah. Alasan pasti ada. Semua orang pandai buat alasan. Bukan manusia kalau tidak pandai beralasan. Tetapi fikir dahulu, jika kita di situasi si isteri. Jika kita yang menjaga anak-anak kecil tu. Jika kita yang tak mampu nak rebah badan pun di siang hari???? Lelaki...memang tak salah berkahwin lain. Tetapi adakah ANDA MAMPU? Mampu dari segi keadilan dan menganggung dosa setiap apa yang kita lakukan dan kita tidak mampu lakukan? Ok...itu isu lain sebab suami Mah tak kahwin! Janda tu tak nak kawin. Na

Vitamin E kecutkan jerawat! Betul ke?

Image
Assalamualaikum semua. Nak kongsi sedikit tips dari cikgu Z tentang jerawat! Memandangkan CZ sedang ditumbuhi jerawat yang besar tu tapi tiada nanah, maka sangat tidak selesa. Sakit, berdenyut..alahai.... Lalu, teringat vitamin E yang ada dalam peti ais. Memang upline-upline pernah beritahu dulu yang vitamin E boleh buat masker juga. Hm....ku ambil sebiji vitamin tu,  ku gigit hujung vitamin tu, ku picit sampai keluar minyak ala-ala kehitaman. Bau agak tidak menyenangkan, ala-ala gamat tapi busuk sedikit. Ambil minyak tu sapu lah dekat tempat jerawat yang membesar tuh....nak sapu seluruh wajah pun boleh.  Sibuk lah dengan si kecik Umar tu nak sapu jugak. geram ibu. Ku ambil sapu kat hidung dia..haaaa..berlari keluar dapur sebab bau busuk..hihihihi. Selebihnya jangan buang, telan lah vitamin tu....2 in 1!! heheheeh 2 malam aku ulang buat ni, hari ini dah agak mengecil jerawat tu. Yang besar pon makin kurang berdenyut. Actually, aku la yang tak berapa r

Tanda - Tanda Awal Kehamilan yang kita tidak tahu.

Image
Dah lama tak share sesuatu regarding pregnancy atau kehamilan. Malam tadi ada blogwalking kat blogger dan website tentang tanda-tanda awal kehamilan ni. Mostly perkara yang sama dan biasa kita baca. I'm looking for the different. Bila aku cari, terjumpa satu blog ini dia simpan semua tanda-tanda yang dia peroleh maybe dari kawan-kawan. Jom kita sama-sama tengok: RATU HATI.COM Ada pelbagai tanda kehamilan dan ia berlainan bagi setiap orang. Kadang-kadang anda akan rasa tanda ini, tetapi tidak menyedarinya. Kadang-kadang suami anda yang merasainya. Ajaibkan. Mari kita lihat, apa tanda-tanda yang biasa dirasai oleh ibu-ibu sebelum mereka menyedari yang mereka hamil. Tanda-Tanda Awal Kehamilan yang Anda rasa sebelum Disahkan Hamil Haid sahih lewat sebab saya ni haid tetap - sue Badan asyik berangin sahaja - ibualya Selalu rasa seram sejuk, tidak boleh langsung kena air sejuk - hani Demam-demam, batuk-batuk dan selsema. Badan memang penat dan lemah sah

Murah rezeki dipagi hari.

Image
Tiada apa nak cerita tetapi tetap nak cerita. Hari Isnin lepas, setelah lihat anak-anak murid masuk dewan untuk menduduki SPM, ku atur langkah ke kantin sekolah untuk sarapan pagi.  Sedang enak menjamu selera, datang kakak jurujual kantin tanya harga makanan semua guru-guru yang sedang makan disitu. Kami pelik! Kenapa pula? Katanya ada orang mahu belanja hari ini...Alhamdulillah rezeki di pagi hari. Siapa kak? Tanya aku. Tu....tunjuk kakak itu ke dalam kantin..owh...Wakil Rakyat Dungun rupanya. Ustaz Hj Happandi. Orangnya sangat humble. Sebenarnya itu kali pertama aku lihat beliau secara face to face. Aku perasan lah ustaz ini masa pelajar SPM berkumpul pagi tadi. YB Dungun rupanya. Alhamdulillah. Baik orangnya dan nampak sangat beragama kerana beliau lebih dikenali sebagai Ustaz di sekitar Dungun. Semoga ustaz dimurahkan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT. 

Peserta Marathon Antarabangsa Rafiqin Hilang diSekayu.

Image
Bismillah...entry kali ini agak sensitif terutamanya kepada keluarga arwah Rafiqin dan rakan-rakan beliau. Saya terpanggil untuk memberi pandangan saya dan beberapa orang rakan saya yang mengenali ayah arwah iaitu En Azman. Sudah tentu ramai yang tahu mengenai kronologi kish arwah yang ketika itu menyertai marathon antarabangsa (junior) anjuran NGO. Berdasarkan maklumat yang saya dapat dari ibu kepada rakan sekolah arwah, pelajar tingkatan 4 itu menyertai pertandingan marathon yang dianjurkan oleh pihak luar di sekitar Hutan Sekayu, Terengganu dan bukan anjuran sekolah.  Sepatutnya, abangnya juga menyertai namun saya tidak pasti kenapa abang Rafiqin tidak menyertai marathon tersebut. Sumber yang saya dapat lagi katanya, adik Rafiqin hanya sempat melalui checkpoint yang pertama sahaja dan kemudian hilang dari kumpulan junior tersebut. Kehilangan itu disedari setelah semua pelajar tiba digarisan penamat dan beliau masih belum dijumpai. Menurut rakan saya yang lain, set

Mimpi Ngeri menghampiri Menopause (Putus Haid)

Image
Terdetik mahu cari maklumat tentang putus haid atau lebih dikenali  menopause  atau ramai yang sebut monopos!  huhuhuhu..mula-mula Cikgu Z tak heran sangat tentang putus haid ini lebih-lebih lagi umur masih 20-an..hihihi..perasan lah sikit sebab belum masuk 3 series. Tengahari tadi bersembang dengan guru-guru yang umur 40-an, mereka cerita tentang menopause ni. Oh, scary jugak. Korang tahu tak tanda-tanda putus haid @ menopause ni? Meh nak cerita. Menopause adalah simptom dimana wanita tidak lagi menghasilkan telur (ovom) dan tiada lagi darah haid yang keluar dari badan. Anda tidak lagi boleh melahirkan anak, haid akan mula berhenti secara mendadak atau slow motion, sebulan datang, sebulan tidak, sedikit dan makin sedikit.  Selalunya menopause melanda pada wanita yang berusia antara 48 hingga 55 tahun. Peringatan!!! Menopause juga boleh berlaku diawal usia 40 tahun yang dikenali menopause awal. Di saat ini, ovari tidak lagi berfungsi. Kes sebegini jarang berlaku te

Entry Khas Untuk Abang!

Image
Selamat malam semua!!! Sedang aku masuk bilik nak solat Isyak tadi, ku renung wajah anak sulungku Ahmad Wafi Arryan. Sayu hati apabila melihat dia. Lalu terus ku peluk dia. Ku cium dia. Ku usap rambutnya..ku doakan agar abang jadi anak yang soleh..beriman dunia akhirat. Aku berbisik padanya yang ibu mohon maaf sangat2 tatkala aku sering memarahi abang. Aku terasa bersalah kerana agak berat sebelah dalam melayani anak-anak. Ya Allah..berdosanya aku. Aku tahu, sejak ada adik, aku sering meletakkan dia ditangga kedua. Tetapi ada sesetangah hal aku dahulukan dia, makes him feel important to us. Tetapi kadang-kadang abang kena banyak mengalah dengan adik. Nampak muka dia memprotes tetapi aku pujuk cara lain sebab abang ni mudah dipujuk. Memang tak dinafikan setelah mempunyai adik, abang sering kena marah. Kena marah sebab bising adik nak tidor, kena marah sebab berebut mainan dengan adik, kena marah sebab mintak itu ini. ADUHHHH...bersalah betul aku. Rasa macam ibu yang tak be

Tadaaaa...Rebranding Our Blog CikguZack

Image
Alhamdulillah....akhirnya bertukar juga nama belog kita ni. Seribu ucapan terima kasih kepada En Hanif yang tolong saya menukar domain segala bagai ni. So, Sekarang cikgu zack ni berharap akan ramai lagi pengunjung yang singgah ke teratak CZ nih. Semangat berkobar-kobar tetapi semua terletak pada diri sendiri. jangan malas zairul!!!! November..semoga ada harapan cerah untuk cikgu zack nih. Semoga murah rezeki kami sekeluarga!