Posts

Showing posts from September, 2014

Episod Menurunkan berat badan Part 1

Image
Bila rakan-rakan dah mula tegur badan makin berisi..muka makin bulat..Ohhh..I have to do something!! Tetapi aku suka makan. Bagaimana? Walaupun aku jual SHAKLEE tetapi kalau tak jaga makan, maka kelaut jugak diet tu. Aku nak turun banyak lagi. Disamping stok-stok shaklee belum restock. Memang jem lah sikit. Lalu aku godek-godek internet mengenai Diet Atkins! Hmm...penah dengar kawan buat diet ni tapi rasa tak perlu. Tapi aku ni kena jaga makan jer. Badan aku mudah turun dan mudah naik. Nanti aku cerita tentang Atkins nih di lain entry.  Aku mula berdiet pada Jumaat lepas 12/9/14. Masa tu memang mulut terasa nak makan jer. Tapi aku makan yang dibenarkan sahaja. Which is telur, ayam, daging, ikan, sayur. No karbohitdat. Mula-mula tu terliur sangat dengan bihun goreng yang aku buat dekat suami dan anak. Alahai....bila dah selalu makan..memang lah...Air putih aku tak kira tapi aku minum jer dan minum. Asalkan kerap ke tandas. Esoknya aku timbang sudah 77.8kg!!! Berat

Bercuti di De Rhu Beach Resort, Balok Kuantan yang hebat.

Image
Kali ini kita bercuti pulak ye....seminggu yang lepas my family and me went to De Rhu Beach Resort . ceeeehhhh..macam ayat karangan BI pulak...hihihi. Okay...aku plan dengan my sis nak bawa anak-anak mandi kolam . Then I suggested De Rhu ni. Kolam dia sangat lah cantik, bersih, besar dan bayaran per entry murah je derr..takde lah semahal Gambang tu..opssss.. Resort ini terletak di Balok, Kuantan . Hanya 1 jam setengah dari Dungun, hanya beberapa minit dari bandar kuantan.  ini bahagian kanak-kanak yang memang tak dalam. Gambar ini adalah gabungan pelbagai gambar setelah aku hapload die kuar senget lah ape lah...senang cite kita combine all together..hihi Kolam terpanjang di Malaysia kalau tak silap aku. Sebab kolam ini bersambung. Dari tempat kanak-kanak tu, ada palang then jalan lagi ( kedalaman 3 feet ) boleh berjalan je..tapi anak sulung aku berenang je. Dia dah pandai menyelam dan berenang sikit-sikit. Tapi ibu dia memang takut terus nak menyelam.hahahah. Kolam

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Makan Telur.

Image
Berbicara tentang telur, ramai yang memperkatakan mengenai telur. Jangan makan banyak telur nanti gemuk! Jangan selalu amik telur sebab telur banyak kalori!! Jangan itu, jangan ini...dan seperti biasa kita aka terima tanpa selidik dengan lebih mendalam terlebih dahulu.  tahukah anda??? Bahawa telur merupakan salah satu makanan yang paling kaya nutrisi . Kandungan nutrisi telur mengandungi lebih 90% kalsium dan zat besi pada kuning telurnya dan satu telur mengandungi 6gm protein berkualiti tinggi dan 9gm asid amino. Jika anda masih ragu tentang manfaat telur pada kesihatan anda, berikut adalah 5 sebab kenapa anda perlu makan telur!!  1. Mengandungi vitamin . Satu telur mengandungi vitamin yang penting iaitu: Vitamin B2 yang membantu tubuh anda menukarkan makanan kepada energi (Sebab itu dikatakan makan telur diwaktu pagi mampu membuat badan kurus!)  Vitamin B12 - penting untuk menghasilkan sel darah merah Vitamin A - bagus untuk MATA Vitamin D - Mengua

Resepi Apam Balik yang Mudah

Image
Assalamualaikum. Malam ini terasa nak share resepi pulak. Sebabnya petang tadi baru je selesai masak apam balik pada suami dan anak-anak. Sedap. Suami bangun tidur cakap kenapa bau macam apam balik?? hihihihi... Ini lah rupa yang tak seberapa. Tapi rasa awsome!! hihihihi.  BAHAN-BAHAN  2 cawan tepung gandum 2 biji telur 1/2 cawan gula 1/2 air 1sudu kecik baking powder 1 sudu kecik baking soda 2 sudu minyak secubit garam BAHAN ISI APAM gula kacang kisar jagung manis butter ikut perisa yang anda suka CARA-CARA 1. Pukul / blend telur dan gula hingga kembang 2. Masukkan air, baking soda, baking powder, minyak, garam 3. Masukkan tepung perlahan-lahan 4. Panaskan kuali non stick atau kuali ajaib 5. Tuang adunan mengikut selera masing-masing (tebal, nipis, kecik atau besar) 6. Tabur gula, jagung dan butter 7. Tutup kuali dan check samada sudah garing kulit bawahnya. Lipat dan boleh angkat. Ini yang saya buat. Maaf

Home made cheese yang mudah.

Image
Bismillah. Selamat pagi semua. Pagi ini ku terasa mahu share dengan semua bagaimana ku buat spagetti bakar yang ada cheese melting banyak sangat diatasnya. Nak tabur cheese yang beli?? Mak oiiii...mahal betul...mozarella, Parmesan dan cheddar. Harga satu pek amatlah mahal dan kalau nak guna sayang sangat. hihihihi.. Jom saya ajar bagaimana nak buat homemade cheese yang lazat dan murah!!! Bahan-bahan:   3/4 butter 1/2 tin susu cair apa-apa jenama kiub ayam apa-apa jenama separuh sahaja garam sedikit 1 sudu kecil tepung jagung Cara-Cara: Cairkan butter dan susu cair Masukkan kiub ayam, garam dan tepung jagung kacau sehingga pekat. Jika masih belum pekat tambah tepung jagung lagi. Tuang diatas spagetti atau apa-apa sahaja yang nak dibakar. Samada pie, roti dan lain-lain. Maaf sebab saya tak sempat ambil gambar semasa membuat. Gambar ini je sempat snap. Selamat mencuba!! Sedap sangat!!

Terbukti Collagen Shaklee Tak Bagus.

Image
Sudah acap kali ku ternampak di carian google mengenai kesan mereka yang menggunakan Collagen dari Shaklee . Rata-rata memberi komen yang menyesal kerana lambat ditemukan dengan collagen shaklee kerana perubahan pada kulit wajah , tubuh badan yang ketara.  Kolagen shaklee tidak bagus kerana membuat wajah mereka lebih muda dari umur!!! Kolagen shaklee membuatkan mereka lebih bertenaga , kulit lebih cerah . Kolagen shaklee tak bagus kerana membuatkan suami mereka ternanti-nanti (ehem..ehem.....bahaya!!) lebih mantapp!!! Kenapa collagen shaklee mahal? Kenapa collagen shaklee terbaik? Mahal ....kerana kaedah untuk mendapatkan kolagen itu sendiri yang amat rumit. For your information, kolagen shaklee diperoleh dari sisik ikan merah yang berada dilautan dalam . Jika anda tidak faham apa yang hebatnya lautan dalam? Laut dalam ini jika dicampakkan ke dalam laut dalam maka kereta tersebut akan kemek!!! Betapa kuat tekanan laut dalam itu. tetapi tidak pada ikan merah,

Selamat Hari Lahir Anakku ke-4

Image
Tanggal 08/09/2014 genaplah umur anak sulungku Ahmad Wafi Arryan bin Ahmad Faiz berumur 4 tahun. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur sangat-sangat kerana dikurniakan anak yang sangat bijak, petah berkata-kata, cerdik dan penyayang. Seorang abang yang sangat tolak ansur dengan adik. Ibu tahun ini ibu belum sempat nak buat majlis tetapi ibu sudah mampu buat sendiri kek untuk anak ibu walau rupa tak cantik namun ibu tetap puas hati anak ibu suka!! ini kek yang sangat lah carca marba..tetapi budak-budak kan...dorang nak tengok kek jer. Russian black and white cake....! Ucapan ibu dan papa semoga abang Wafi jadi anak yang berguna, anak beriman, anak soleh, penyabar, bijak, cerdik dunia dan akhirat!! Aamiin.  Ibu tempah juga kek untuk anak ibu bawa ke sekolah, makan dengan kawan-kawan.  cup cake biru putih. Ibu nak buat tak berapa pandai...tetapi In shaa Allah next year ibu buat cantik2.. We love you sayang, Ibu dan Papa, Adik.

Omegaguard membantu merawat lelah atau asthma

Image
Sumber: Ibu Hebat Sejak akhir-akhir ini ramai yang saya dengar masuk kecemasan sebab lelah atau batuk tanpa henti atau bronchitis. Lebih-lebih lagi kesian dengan kanak-kanak yang batul, tak boleh bernafas sebab asthma menyerang. Menurut Wikipedia, penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan   kesukaran bernafas . Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit . Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan. Pengambilan inhaler semasa serangan asma berlaku dapat melegakan pesakit.  Namun sampai bila kita nak bergantung pada inhaler atau nebulizer semata-mata? Tidakkah ada kaedah lain yang boleh dijadikan alternatif d

Krim Kulit Serbaguna Herbal Blend Shaklee

Image
Masalah kulit ini seringkali berlaku dalam sesebuah keluarga. Kalau bukan ramai, mesti salah seorang ada mempunyai masalah kulit . Samada alergik , gatal-gatal, ekzema , ruam dan sebagainya. Jadi krim-krim seperti antifungal dipasaran kebanyakannya mempunyai steroid yang tinggi yang mana lama kelamaan kulit kita makin nipis dan boleh luka akibat garu!! Bahaya..terutama pada bayi. Memang mudah hilang kesan ( ruam ) tetapi kesan sampingan terlalu kesian pada mereka, Shaklee sudah terkenal dengan produk mereka yang semulajadi, selamat dan bebas chemical maka ada satu krim ajaib yang direka untuk mereka yang mempunyai masalah kulit diluiar sana.  Ini adalah HERBAL BLEND sejenis krim semulajadi dan untuk pelbagai kegunaan.  Di ekstrak dari bahan semulajadi seperti sage,horse chestnut yarrow dan Rosemary dan yang penting bebas PARABEN . (paraben free) Kenapa perlu paraben free? Apa Fungsi Herbal Blend ?? - Ruam - Kena gigitan nyamuk - Alergik -

Kenapa perlu pilih produk Paraben Free?

Image
Sejak dua menjak ini saya terbaca tentang produk shaklee yang mengatakan PARABEN FREE!! Apa produk itu nanti saya cerita. Jadi saya rasa perlu faham dulu apa itu paraben? Sama macam steroid ke? Hasil pembacaan saya semasa blogwalking di Nanakimie  dan Sepet  ini dan apa yang saya faham::::: Paraben ini adalah sejenis serbuk macam serbuk kopi (korang cuba bayangkan) yang dijadikan sebagai bahan pengawet sintetik. Bahaya ke paraben ni?? Mengikut kajian, bayang je paraben ini nama keluarga dan nama family dia  Butylparaben ada Methylparaben, Propylparaben, Isobutylparaben...haaaa....itu memang ada paraben lah dalam ingredient produk tersebut. Jadi kalau korang check kat belakang kotak produk, ada perkataan paraben dibelakangnya maka memang ada paraben!!!! Paraben ni banyak digunakan dalam kosmetik, makanan, pharmaceutical (ubat pon ada!) dan juga deodorant!!! Check la produk kosmetik masing-masing. ada paraben ke tidak. Tanpa paraben produk korang tak akan bertahan lama

Set Asas Kulit Cantik

Image
Perasan atau tidak? Rata-rata kita samada wanita atau lelaki pernah disinggahi jerawat. Malah ada yang mengadu jerawat meninggalkan parut , ada yang naik tak hilang-hilang.  Ada yang bebas jerawat tetapi kulit kusam, bintik-bintik hitam , kulit berminyak dan tak tona wajah tak sekata . Stress bukan? Sebab wajah adalah perkara pertama yang diliht apabila berkomunikasi. Ia juga boleh menyebabkan kita merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan berhadapan dunia luar. Kadangkala kita lupa, masalah kulit ini boleh dirawat bukan hanya luaran malah dari dalaman kita. Adakala hormon dalam badan dan corak pemakanan kita memberi faktor kepada masalah kulit wajah. Sebagai contoh mereka yang alergik dengan kacang , belacan menyebabkan wajah ditumbuhi jerawat!!!  Shaklee ada menawarkan set kecantikan kulit untuk mereka yang ingin menjaga kecantikan dari dalam dan luar. Sudah semestinya semua mahukan wajah yang cantik, licin dan berseri kan?? Jadi mulakan dari dalaman kita. Bak