Posts

Showing posts with the label Travel Tips

Tips Berjalan Jauh dengan Kereta Compact dan Anak Ramai

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Minggu lepas kami balik kampung Kelantan. Bunyi macam jauh je kan?? hihihihi.... Sebelum tu dah sembang dengan suami, kereta kita kecik..bagaimana nak urus tempat tidur budak-budak ni nanti baby keluar? Balik sekolah suami datang ambik, tunjuk seat kete yang dah direbahkan....(kami guna myvi) jadi kete compact ni bersambung seat dengan bonet kete. Eh, macam luas je kan? Anakku siap test tidur dalam tu..... ini gambaran awal sebelum dilapik comforter Khamis malam tu, aku pun turun kemas apa yang patut dalam kereta. Lapik dengan comferter seat tu..biar tebal sikit, bantal ready dua. Jadi barang beg hanya duduk dipermukaan depan bonet..tepi pintu bonet tu je...maka muat lag 2 adik beradik tu tidur lurus kaki. Mula-mula si angah agak akward kena tidur situ sebab selalunya menempek dekat ibu atas riba. Pujuk punya pujuk akhirnya setuju jugak. terpaksa luaska tempat tu sebab abang dia tidur buas sikit..adik statik je. Lena tak hingat dunia ...