Posts

Showing posts from April, 2015

Tips perjalanan jauh bagi ibu hamil trimester ke 3

Image
Assalamualaikum semua!! Kebetulan saya akan ke Kuala Lumpur malam ini, saya terfikir apakah tips yang boleh saya amalkan semasa perjalanan jauh nanti. Di usia kehamilah sudah memasuki 31minggu rasanya hampir masuk zon tidak harus melakukan perjalanan jauh.hihihi Lalu saya pun membuat bacaan dan kajian didalam internet dan ini yang saya dapat simpulkan dan berikan kepada ibu-ibu diluar sana sebagai panduan. PaMaKarangkraf Anda tidak digalakkan berjalan jauh terutamanya perjalanan yang  mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Apatah lagi jika laluan yang digunakan tidak rata.Ketahuilah, perjalanan jarak jauh yang dilakukan pada akhir usia kandungan, mendedahkan anda kepada risiko kelahiran pramatang. Sehubungan itu, wanita hamil yang kerap melakukan perjalanan jarak jauh turut berhadapan dengan risiko yang sama. Tetapi jika perjalanan terpaksa dilakukan juga, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum dan semasas mela

Apa jadi kalau uri dibawah semasa mengangdung?

Image
Plasenta previa ( placenta praevia ) adalah uri berada berhampiran atau meliputi serviks (pintu rahim). Uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os iaitu dimana laluan bayi akan keluar. Pada peringkat awal kehamilan, masalah uri dibawah merupakan perkara normal. Biasanya uri akan berubah normal ke atas setelah rahim anda makin membesar. Jika uri tidak berpindah ke atas dan masih berada berhampiran pintu rahim pada minggu ke 28 dan ke atas, ia dipanggil Placenta Praevia (PP). Kedudukan PP ini mempunyai 4 Jenis: PP Type 1 Low Lying - Uri berada dibahagian bawah rahim tetapi tidak menutupi bukaan rahim. Jaraknya antara uri dan bukaan rahim kurang dari 2cm dalam ultrasound scan.  PP Type 2 Marginal - Uri menyentuh tetapi tidak menutupi bukaan rahim PP Type 3 Partial - Uri menutupi sebahagian bukaan rahim PP Type 4 Complete - Uri menutupi seluruh bukaan rahim Add caption Apa yang akan berlaku sekiranya uri dibawah?

Pengalaman warded Hospital Dungun, Terengganu.

Image
Alhamdulillah....hari ini dapat juga daku menaip entry mengenai kisah dan pengalamanku sewaktu warded Hospital Dungun baru-baru ini. Sebelum ini sudah banyak cerita yang aku dengar tentang pengalaman masing-masing dimasukkan ke wad Dungun ni. Mula-mula aku rasa cuak jugak memandangkan 2 tahun lepas adalah kali pertama yang akan aku jejaki ke hospital tersebut untuk bersalin. ::::::KISAH 2 TAHUN LALU:::::::: AL kisahnya sewaktu 37 minggu, aku telah  warded disini kerana gerak bayi tidak comel. Lalu 3 hari aku berkampung disini. Aku ni memang takut dengan nurse sebab takut kalau buat salah mereka naik angin(maaf nurse!) dan aku sangat berhati-hati ketika bercakap. Tetapi, sedihnya, apa yang aku dengar tidak sama dengan apa yang aku alami sewaktu 3 hari disini. Alhamdulillah aku rasa sangat okay berada di hospital ini. Jangan kata aku tak jumpa nurse yang lain, aku dah jumpa 3 jenis shift diorang dah...pagi..petang..malam.. you name it!! Tetapi syukurnya semua m

Awasi pergerakan bayi dalam kandungan

Image
Dah nampak gambar?? Ini lah yang akan kita..eh..saya bincangkan hari ini...Macam nak bersyarah pulak.hihihi Okay..straight to the point. Isu ini saya nak share sebab sudah terjadi pada diri saya sendiri minggu lepas. Buat pengetahuan semua, saya sekarang masuk 29 minggu kehamilan. Anak ke 3. 2 minggu lepas saya alami migrain sakit kepala yang teruk selama 3 hari berturut-turut. Sakit sangat hanya Allah yang tahu. Cahaya tidak boleh, bunyi tidak boleh. Berdenyut macam nak pecah!!! Waktu itu saya rasa baby sudah mula kurang aktif. Saya lah yang rasa tapi diamkan dahulu.  Selepas berehat (MC) saya ke majlis adik ipar tunang, 2 hari di Kuala Lumpur. Balik Terengganu terus ke sekolah. Sakit kepala masih ada sisa-sisa. Hari Rabu saya rasa baby makin kurang aktif, waktu malam pun dia tidak kuat menendang and so on. Saya kira memang cukup 10x pergerakan tetapi saya tetap risau kalau apa-apa terjadi. Lalu hari Khamis serah diri di Hospital Dungun! Oh, ada cerita bakal di kongsi tenta

Kenapa saya perlu jana pendapatan extra?

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Selamat pagi..sebab sekarang jam 3pagi. Huhu...banyak benda berada dalam fikiran. Mostly tentang kehiduoan..tentang kewangan..tentang masa depan anak-anak. Benar, Allah sudah takdirkan swmua itu pada kita. Tetapi kita boleh ubah takdir dengan usaha dan tawakkal. Kisahnya setelah anak masuk dua. Dengan gaji yang sedikit mana mampu untuk berlebihan dalam segala hal. Suami memang bekerja tetapi cukup lah untuk bayar yang wajib maka perlu tambah dengan duit sampingan. Waktu itu lah saya terbuka hati mahu sertai sesuatu yang boleh mwndatangkan hasil. Maka kebetulan tengah guna Shaklee masa itu, upline saya cadang jadilah ahli...boleh dapat 20% less than retail price, ada bonus belian, ada car bonus, trip bonus pun ada. Wahhhhh...teruja sungguh..lalu saya DAFTAR yuran keahlian sebanyak rm75 sahaja untuk seumur hidup. 75 je????!!!!! Ya....shaklee menawarkan yuran keahlian yang paling murah bagi saya berbanding program lain. Tidak perlu modal ribu-ribu. Cukup lah

Berat Berlebihan Tanda Sukar Hamil?

Image
Bila cerita tentang KURUS ni, ada kaitan sebenarnya dengan KEHAMILAN. Apabila orang bertanya bagaimana mahu hamil? Saya sendiri tidak tahu apa kata-kata khusus untuk diberi.  Pelbagai usaha yang boleh kita ikhtiar.. Bukan hanya menanti dan menanti. Usaha suami isteri, usaha kita cari rawatan, usaha mengurut, usaha makan vitamin, usaha jumpa doktor...semua itu adalah usaha!! Dan perlu kita ingat bahawa Allah SWT menyuruh kita berusaha, doa dan akhir sekali tawakkal kepadaNYa. Saya ingin mengulas isu BERAT BADAN dan KEHAMILAN dengan lebih lanjut. Ceritanya begini, apabila ada customer-customer yang saya temui (berbadan agak besar -  obesiti) katanya perlu jaga berat badan, kawal pemakanan, lost some weight. Haaaa.....tak ke betul apa yang saya fikir!! Doktor sendiri yang syor.  TESTIMONI ialah saya sendiri. Saya hamil anak pertama selepas 2 tahun berkahwin, itu sebab kami duduk jauh jadi merancang untuk GAP sebentar. 3 tahun kemudian saya mencuba program menurunkan