Posts

Separuh Muka Bayi Umur 1 tahun lumpuh, akibat gegendang telinga bocor!

Image
Bayi Umur 1 tahun kena serangan lumpuh separuh wajah. Masih segar dalam ingatan ketika umat Islam sedang berpuasa pada Jun 2016 dan kami diberi ujian ke atas anak ketiga kami Anas Mikael yang mengalami lumpuh sebelah mukanya.
Siapa perasan masa dia senyum? Senget sebelah kan. Seven nerves bell palsy namanya. Lumpuh sementara yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada saraf muka dia. Yang tak gerak tu lah yang kena serangan. .
.
Sebab? Gegendang telinga bocor. Kahak terlampau banyak sampai telinga berair. Lama-lama keluar nanah yang serupa kahak cair tu. Kuman dalam nanah tu lah yang serang saraf.
.
.
Sedih sangat masa tu. Bersalah biar dia batuk berkahak lama. Sampai tekanan kat gegendang telinga. Telinga basah pon effect kulat hidup juga ya di dalam telinga. Menyebabkan telinga Anas berair jernih selama seminggu, kemudian menjadi banyak dan bewarna perang yang pekat. Penuh telinga cecair tu. Seminggu kemudian menjadi warna nanah tetapi tidak berbau.

Setelah klinik pertama dah kami pergi, dokt…

Ketahui Rahsia Daun Thyme dalam kehidupan kita.

Image
KETAHUI RAHSIA DAUN THYME DALAM KEHIDUPAN KITA.


Sebenarnya, sebelum ini kak z hanya kenal daun thyme ni semasa menonton rancangan Asian Food Chanel dekat Astrok. Suka sangat nengok diorang memasak. Ada petik daun ni, potong-potong dan campak masuk dalam masakan diorang. Ayam lah, daging lah. Tiap kali tengok, tiap kali tu jugaklah ku telan air liur. Terliur wess!
Ok. Berbalik pada daun thyme ni, rupa-rupanya banyak betul khasiat dan kelebihan dia kepada kesihatan kita. Korang nak tahu ke thyme ni apa? Yang pertamanya, thyme ni termasuk dalam keluarga mint tau. Geng lah dengan spearmint, pudina semua tu.
Daun ni ada sifat antioksidan yang sangat tinggi. Thyme ni kalau kita amal makan dia, ia berupaya melindungi tubuh dari radikal bebas dan berupaya menjauhkan kita dari stress melampau yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
Sini kak z mudahkan pembacaan korang. Apa lagi rahsia thyme?
a) Menyembuhkan jerawat – Wah. Ini sudah bagus. Oleh sebab daun ini bersifat antibakteria maka ia mampu m…

Ketahui 9 penyebab kenapa hidung tersumbat yang kita jarang ambil tahu.

Image
Ketahui 9 penyebab kenapa hidung tersumbat yang kita jarang ambil tahu.Hampir semua orang pernah mengalami hidung tersumbat, samada bayi, kanak-kanak atau dewasa memang sangat normal terkena masalah ini dan sesiapa sahaja yang mengalaminya akan terasa terganggu waktu tidurnya, susah bernafas, suara menjadi sengau, sakit kepala, terpaksa bernafas melalui mulut dan sebagainya. Kejadian ini berlaku disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Hidung tersumbat biasanya terjadi pada salah satu rongga hidung atau kedua-duanya.
Ada beberapa sebab terjadinya hidung tersumbat, antaranya:
a) Penyakit Ringan – Merupakan penyebab yang biasa terjadi dikalangan kita semua iaitu common cold, flu dan jangkitan sinus. Penyakit ini menyebabkan hidung tersumbat kerana timbulnya radang pada lapisan rongga hidung dan sinus yang merupakan jaringan yang kaya dengan pembuluh darah. Radang ini akan menyebabkan pembuluh melebar dan menimbulkan pembengkakan sehingga hidung menjadi tersumbat (tidak dapat bernaf…

Rindu Kami Tak????

Image
Bismillah.
Allahuakbar. Hari ini ada rezeki update blog yang rasanya hampir setahun tak ku sentuh. Bukan nak buang. Tapi sungguh aku rindu pada saat menulis, aku suka menulis suka mencatat suka bercerita tetapi ada masalah dalam diri yang tak dapat nak dibendung. Salah aku. Bukan salah orang lain.
Ada cerita nak diberitahu. Ada projek nak diwar-warkan. Harap ada yang sudi membaca. Nanti iols update kisah-kisah kami yang tertinggal. Sebab kisah Anas Mikail belum ada dalam ni...Kisah kami sekarang belum dicoret. Kami coretkan untuk anak-anak baca, kenang bila mereka besar nanti. Kalau-kalau kami sudah tiada nanti.

Untuk anak-anak ibu, semoga kalian kekal baik antara satu sama lain, bertambah kasih sayang, jaga satu sama lain. 






Hari Produktif Sedunia.

Image
Salam semua. Misi nak mebuang sarang labah-labah pada blogku ini. Rasa almost 6months uols I left my blog empty. Poor me 😧Untuk sekian kalinya..update kali ini berkisar mengenai kehidupan ku setelah......setelah cuti sekolah bermula. Jadi surirumah sepenuh masa ye. Best yang amat 😄Okay. Baby? Oh..baby Alhamdulillah sudah 5 bulan lebih. Pandai banyak dah. Meniarap sambil bergolek-golek hingga jatuh dari TILAM. Bukan katil sebab kami dah 3 tahun tanpa katil. Huhuhu. Pandai gelak bila orang agah. Pandai beli jiwa orang bila nak orang dukung. Pandang je penuh kecomelan die. Ishhhhhh!!! Geram pulak.Dah banyak hari kain baju tidak berlipat. Ada 2 bakul 1 baldi..1 dekat ampaian. Uols imagine lahhhh. Tetapi belum sampai tahap gali dalam bakul yer. Masih ada dalam almari masing-masing. Well daku ni kategori rasanya tak rajin sangat bab kain tetapi lebih rajin sikit didapur sendiri. Dapur orang I tak reti sikit. Setiap hari memang tak miss breakfast lunch...malam kadang-kadang je. Suamiku ti…

Selamat Hari Ulangtahun ke 5 Arryan!

Image
Selamat Hari Lahir yg ke 5 tahun abang long!! 8/9/15.....masih segar dalam ingatan sewaktu melahirkan abang...bukan mudah nak melahirkan abang tetapi ibu ingat tempoh sakit ibu lahirkan abang hanya 1jam!
Ibu minta maaf sebab tidak dapat buat birthday party untuk abang memandangkan banyak perkara yang datang sewaktu hari kejadian. Esoknya pulak adik demam..jadi ibu dan papa sempat belikan abang beberapa potong kek secret resepi yang abang suka.


Ini adalah gambar abang semasa hari kejadian. Ibu sempat lah snap buat kenangan. Dia tidak minta hadiah tapi kami tetap rasa nak belikan hadiah. Kebetulan papa ada kerja diKL maka papa beli lah terus hadiah untuk abang.


Beg dan pensel warna!! Abang nak beg boboiboy tetapi papa kata tak jumpa. Tidak mengapalah..hihihi. Pensel warna ni dah ada tau..tapi budak-budak kan...selagi boleh minta dan dapat yang baru, selagi tu dia nak. Rasa ibu nak buka kedai pensel warna tau dak?? Tetapi mostly hilang merata...


Kenapa ada gambar laptop comel ibu ni?? Keran…

Anas Mikael Part 3: Berpantang!

Image
Berpantang!!! Semua ibu-ibu rasa tertekan apabila dengar berpantang....errr..bukan berpantang ajal sebelum maut yer...hihihi...bukan juga pantang undur sebelum operasi...ehhh??
Hari sabtu aku melahirkan, bersamaan Nuzul Al Quran, Ahad tengahari kami berdua boleh balik..horayyyyy! 
GAMBAR 1


Aku mula-mula agak cuak memikirkan penerimaan Umar (anak no 2) tentang baby yang baru keluar ni. Ye lah, sebelum ni dia memang tak suka aku pegang mana-mana baby..dah tu mana aku tak risau. Kang dia yang beriba, baby duduk bawah. 
Tetapi, masuk je kereta, wahhhhhh!!! Semua teruja...yang itu jerit yang ini jerit
"Baby!!"
"bibi"
"Baby "
"Bibi..!"
Alhamdulillah...Abang Umar suka sangat dapat baby!
Kali ini, anak ke tiga, aku berpantang sendiri. Mak aku sudah tidak larat untuk travel dan dia juga baru sahaja membuat rawatan Angiogram jantung. Maka aku terpaksa berdikari sendiri. Dalam hati Allah sahaja yang tahu.
Suami aku kerjanya mengambil tempahan baju melayu, jubah and s…