Ketahui 9 penyebab kenapa hidung tersumbat yang kita jarang ambil tahu.

Ketahui 9 penyebab kenapa hidung tersumbat yang kita jarang ambil tahu.

Hampir semua orang pernah mengalami hidung tersumbat, samada bayi, kanak-kanak atau dewasa memang sangat normal terkena masalah ini dan sesiapa sahaja yang mengalaminya akan terasa terganggu waktu tidurnya, susah bernafas, suara menjadi sengau, sakit kepala, terpaksa bernafas melalui mulut dan sebagainya. Kejadian ini berlaku disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Hidung tersumbat biasanya terjadi pada salah satu rongga hidung atau kedua-duanya.

Ada beberapa sebab terjadinya hidung tersumbat, antaranya:

a) Penyakit Ringan – Merupakan penyebab yang biasa terjadi dikalangan kita semua iaitu common cold, flu dan jangkitan sinus. Penyakit ini menyebabkan hidung tersumbat kerana timbulnya radang pada lapisan rongga hidung dan sinus yang merupakan jaringan yang kaya dengan pembuluh darah. Radang ini akan menyebabkan pembuluh melebar dan menimbulkan pembengkakan sehingga hidung menjadi tersumbat (tidak dapat bernafas seperti biasa). MenurutNational Institutes of Health, keadaan penyakit ringan ini dapat sembuh atau hilang dengan sendirinya dalam waktu satu minggu.


2. Alergi
Rinitis alergi (alergi terhadap debu, habuk, bulu-bulu, bunga atau sebagainya) adalah reaksi tidak normal dari sistem kekebalan tubuh pada zat-zat tertentu yang dianggap asing oleh tubuh manusia. Umumnya, gejala ini akan diawali dengan rasa gatal di sekitar hidung dan hingus yang keluar begitu saja dari hidung meskipun anda tidak batuk atau selsema. Semasa batuk tekstur hingus anda sedikit pekat, tetapi hingus pada penderita alergi ini jernih dan cair. Kemudian, alergi ini juga akan menyebabkan hidung anda jadi tersumbat dan sangat mengganggu terutama ketika ingin tidur.


 3. Sinusitis
Ini merupakan jenis peradangan yang terjadi pada rongga hidung. Radang sinus ini biasanya dimulai dengan infeksi saluran pernafasan atas. Gejala umum dari sinusitis adalah sakit kepala, rasa nyeri di sekitar wajah dan gigi, hingus berwarna kuning atau kehijauan, nafas berbau dan hidung tersumbat. Gejala sinusitis memang sedikit sama dengan selsema biasa. Jadi, banyak penderita sinusitis tidak ambil berat pada awalnya, mereka menyangka bahwa penyakit yang menyerang mereka hanyalah selsema biasa. Padahal, radang sinus ini perlu segera dirawat agar tidak menjadi bertambah parah.

4. Vasomotor rhinitis (tindak balas kepada suhu sekitar)
Penyebab hidung tersumbat selanjutnya adalah rinitis vasomotor, iaitu keradangan di mukosa (lapisan tisu lembut) hidung. (turbinates ) Keadaan ini terjadi kerana kebiasaan mengambil minuman beralkohol, stres, dan perubahan pada suhu sekitar. Gejala umum dari rinitis vasomotor adalah hidung tersumbat. Namun, vasomotor juga kerap kali ditunjukkan dengan keluarnya hingus dengan tekstur yang jernih dan frekuensi bersin yang terus meningkat.

5. Polip Hidung (Ketumbuhan dalam hidung)
Penyebab utama dari hidung tersumbat adalah polip hidung, di mana mukusa hidung akan tumbuh secara berlebihan. Mukosa hidung (turbinates) terus terhasil kerada keradangan yang kuat disebabkan asma dalam jangka panjang,  infection yang berulang. Ianya berbentuk seperti teardrops, atau anggur. Lembut, tidak sakit dan tergantung pada bahagian atas rongga hidung. Bukan mengalami hidung tersumbat saja, tetapi penderita polip juga mengalami gangguan pada deria bau, sakit kepala dan berdengkur. Polip yang kecil tidak mengganggu tetapi polip yang besar akan mengganggu pernafasan dan ada juga yang menutup terus rongga hidung dan perlu dirawat segera. Tetapi ianya bukan sejenis kanser. (rujuk gambar)


7. Kehamilan 
Meskipun jarang, tapi kehamilan juga merupakan faktor penyebab dari hidung tersumbat. Biasanya, wanita hamil yang memasuki trimester pertama akan mengalami penyumbatan pada hidung. Ini terjadi kerana kehadiran hormon atau aliran darah meningkat pada saat wanita memasuki fasa kehamilan.

8. Septum membengkok (batang hidung yang membahagi antara rongga kanan-kiri yang seharusnya berada di tengah-tengah, malah membengkok samada ke kanan atau ke kiri). Ini disebabkan oleh kecederaan atau semulajadi menjadikan rongga hidung sempit. Menyebabkan aliran udara tidak lancar seperti biasa.

9. Benda Asing

Sering berlaku kepada kanak-kanak bawah 4 tahun. Dengan ciri-ciri hidung terus berair (berhingus), berbau, biasanya hanya sebelah hidung, cuba tanya mereka samada mereka pernah memasukkan apa-apa dalam hidung atau terus bawa jumpa doktor untuk dirawat.

Jadi, dalam kita berusaha merawat hidung tersumbat, kita juga perlu berjaga-jaga dan alert tentang 9 jenis ini supaya tindakan yang diambil setara dengan keadaan yang dihadapi.

Kredit juga: Dr Ahmad Muslihin, WebMD, MayoClinic

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox