La Tahzan.. Kekasih pilihan Allah akan di uji dengan Hebat.
Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Mengetahui.. Saya menulis entry yang agak serius pd kali ini dengan memohon agar pembaca, saya sendiri diberi hati yang tenang, hati yang ikhlas dan dalam RahmatNya selalu. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara. Apabila manusia ditimpa musibah/masalah/ujian....maka ramai yang mempersoal."kenapa aku??" Apa salah aku?? MasyaAllah..kita mempersoal ujian Allah? Betul..tak dapat dinafikan sesiapa pon akan terlintas dihati..Ya Allah...beratnya ujianMu ini... Tetapi kita lupa..tempat mengadu yang PALING dekat dengan kita..Allah..Dia sentiasa ada dengan kita. Benar, dengan mengadu kepada Allah. Bedoa pdNya. Allah Mendengar rintihan kita. Allah tak pernah jemu mendengar aduan dan rintihan kita. Sesungguhnya kita perlu berdoa dengan rendah diri, buang segala ego, buang segala kemalasan..berdoalah pd Nya. Percayalah pd Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang. ...