Tempurung Lutut tergelincir


Assalamualaikumm..

Kenapa tetiba buka topik tempurung lutut bagai ni?? huhuhu..sebabnya ialahhhh::

Taraaaa!!! Malam tadi..ketika meniarap mengadap lappy..terasa nk bangun..so mula2 kn mesti bertongkat guna lutut..so ms beban sume kt lutut tu..tetiba ehh...tempurung lari..kuat juga n jauh juga gerakan lari tu.. masa tu Masyaallah..sakitnya..tp balik pd kedudukan asal...nasib baikkk...tp hasilnya pagi ni saya terhenjut2 berjalan..

so minta suami hantar anak2 kt umah pengasuh n jp lg nk g klinik..hhmm..dugaan..dugaan. Semua dari Allah. ada lah tu hikmahnya..

Jadi..terasa nk share sesuatu ttg LUTUT ni...dislocate ke? terkehel ke??atau tergelincir??

SELAGI tempurung lutut (patella) kekal dalam alur di lutut, anda boleh berjalan, berlari, duduk, berdiri dan bergerak dengan mudah. Namun apabila tempurung lutut mudah tergelincir daripada alurnya, berlakulah masalah dan kesakitan di bahagian depan lutut.
Tempurung lutut menghubungkan otot di depan paha ke betis (tibia). Apabila membengkok atau meluruskan kaki, tempurung lutut ditarik ke atas atau ke bawah. 
Tulang paha (femur) mempunyai takuk berbentuk V (alur femoral) pada satu hujung untuk menampung tempurung lutut ketika bergerak. Dalam lutut normal, tempurung lutut terletak elok dalam alurnya.



Namun jika alur tidak sekata atau terlalu cetek, tempurung lutut boleh tergelincir, mengakibatkan tulang tempurung terkehel separa atau keseluruhannya. 
Tamparan atau hentakan tepat kepada permukaan tempurung lutut, seperti ketika terjatuh, boleh menyebabkan tempurung lutut tergelincir keluar daripada alurnya. 
Gejala tempurung lutut tergelincir atau terkehel adalah seperti berikut: lutut seperti terkunci dan tidak boleh menyokong berat badan anda, tempurung lutut terletak di sisi sendi lutut, lutut menangkap ketika pergerakan, sakit di bahagian depan lutut yang meningkat dengan aktiviti, sakit ketika duduk, lutut kaku, lutut berbunyi atau bunyi retakan ketika pergerakan dan bengkak. 


Dignosis 


Ketika pemeriksaan fizikal, doktor akan meminta anda berjalan atau meluruskan serta membengkokkan lutut. Doktor juga akan berhati-hati memeriksa kawasan sekitar tempurung lutut dan mengambil ukuran bagi menentukan sama ada tulang tempurung terkeluar daripada alur tulang paha atau jika ada otot paha yang lemah atau mengecut. 


Sinar-X akan disyorkan untuk melihat kedudukan tempurung lutut dalam alur tulang paha. Doktor juga akan menentukan jika ada sebab lain kepada kesakitan lutut berkenaan, seperti kecederaan pada tulang rawan atau ligamen lutut. 



Rawatan 


Jika permukaan tempurung lutut terkehel sepenuhnya daripada alur tulang paha, langkah pertama ialah mengembalikan tempurung lutut ke tempat betul. Proses ini dikenali sebagai manipulasi kembali secara tertutup. 


Kadangkala, tempurung lutut yang tergelincir boleh masuk kembali ke kedudukan asalnya secara spontan. Jika tempurung lutut masih terkehel, doktor akan menolaknya secara perlahan kembali di tempatnya. 


Tempurung lutut terkehel sering merosakkan tulang rawan pada tempat sama dan alur tulang paha yang akan menyebabkan bertambah sakit pada lutut dan arthritis. 


Jika tempurung lutut hanya terkehel sebahagian, doktor mungkin mencadangkan rawatan tanpa pembedahan, seperti latihan dan penyokong lutut. 


Latihan membantu menguatkan otot di paha supaya tempurung lutut kembali bergerak dalam alur paha dengan sejajar. Berbasikal sering disyorkan sebagai sebahagian daripada terapi fizikal. Pendakap lutut juga boleh digunakan. 
Matlamat rawatan adalah membolehkan anda kembali kepada aktiviti harian seperti biasa dalam masa satu hingga tiga bulan. 



Dalam keadaan kronik, lutut menjadi tidak stabil, namun selalunya ia boleh dibetulkan dengan pembedahan. Sebagai contoh, pembedahan boleh dilakukan untuk menyelaraskan semula dan mengetatkan tendon bagi mengekalkan tempurung lutut di landasan betul, atau untuk melepaskan tisu yang menarik permukaan tempurung lutut keluar daripada alur tulang paha. 


Kesimpulannya, tempurung lutut yang mudah tergelincir atau terkehel boleh menyebabkan kesakitan hingga aktiviti harian menjadi terhad. Rawatan diberi bergantung dengan darjah ketidakstabilan tempurung lutut. 


Matlamat setiap rawatan, sama ada secara tanpa pembedahan atau dengan pembedahan, adalah untuk menstabilkan pergerakan tempurung lutut di dalam alur tulang paha.

Maknanya kondisi saya ni masih ok...cuma kena redakan bengkaknya jer..cehhh...jd doktor sendiri pilak..harap xde lama lah sakit ni...

Maknanya yg kedua..hihihi..kena amik Ostematrix lah ni...biar kuat sket tulang temulangku nih..

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Merawat Anak Demam Chicken Pox

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.