Ketahui Rahsia Daun Thyme dalam kehidupan kita.
KETAHUI RAHSIA DAUN THYME DALAM KEHIDUPAN KITA.
Sebenarnya, sebelum ini kak z hanya kenal daun thyme ni semasa menonton rancangan Asian Food Chanel dekat Astrok. Suka sangat nengok diorang memasak. Ada petik daun ni, potong-potong dan campak masuk dalam masakan diorang. Ayam lah, daging lah. Tiap kali tengok, tiap kali tu jugaklah ku telan air liur. Terliur wess!
Ok. Berbalik pada daun thyme ni, rupa-rupanya banyak betul khasiat dan kelebihan dia kepada kesihatan kita. Korang nak tahu ke thyme ni apa? Yang pertamanya, thyme ni termasuk dalam keluarga mint tau. Geng lah dengan spearmint, pudina semua tu.
Daun ni ada sifat antioksidan yang sangat tinggi. Thyme ni kalau kita amal makan dia, ia berupaya melindungi tubuh dari radikal bebas dan berupaya menjauhkan kita dari stress melampau yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
Sini kak z mudahkan pembacaan korang. Apa lagi rahsia thyme?
a) Menyembuhkan jerawat – Wah. Ini sudah bagus. Oleh sebab daun ini bersifat antibakteria maka ia mampu mengusir jerawat dari badan kita. Tak hairanlah untuk kulit pun dia handal beraksi.
b) Mengawal tekanan darah – Tanaman thyme ni ada banyak ekstrak air yang dapat kurangkan tekanan darah seseorang yang alami hipertensi.
c) Cegah rambut gugur – Thyme ni mampu menguatkan akar rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut. Yang mana agak-agak 'sinar mentari diufuk jingga tu' elok la sapu minyak yang ada thyme. Atau korang nak lebatkan rambut baby korang. Leh la cuba.
d) Meningkatkan kesihatan tulang – Daun thyme ni ada banyak vitamin K, zat besi, mangan dan kalium. Jadi ia dapat meningkatkan kekuatan tulang dengan memberi nutrisi kepada tulang kita. Nak ganti susu. Leh amal teh thyme
e) Melancarkan pencernaan – Daun teh yang mengandungi thyme sangat bagus dalam membantu mereka yang ada masalah penghadaman dan kembung perut. Minyak sapuan pun membantu saat perut kekembungan.
f) Membantu masalah pernafasan – Dengan minum air panas yang dicampur daun thyme dapat mengubati masalah batuk, kahak dan bronkitis. Part ni memang kak z bangga. Pasai apa? Sebabnya dalam minyak AO kami terdapatnya campuran daun thyme ni. Sapu lah disaat korang batuk, selsema atau berkahak, mesti perkara ajaib berlaku. Cewahh!
g) Merawat anemia – Zat besi yang tinggi dalam thyme sangat membantu menyembuhkan mereka yang mengidap anemia.
Itulah beberapa manfaat dan kelebihan daun thyme yang jarang kita ambil tahu kecuali memasukkan dalam masakan sahaja.
Mungkin sesetengah pembaca sudah kenal dan tahu khasiat thyme tetapi mungkin ada juga yang masih tak tahu dan tak sedar tentang kelebihan yang thyme miliki. Jadi tak salah kak z berkongsi ilmu herba yang kak z dapat. Yang mana baik, kita kongsikan. In shaa Allah.
Tamat sudah perkongsian kak z mengenai tumbuhan herba ini. Next time herba lain plak kak z kongsi ya.
nice post! makasih infonya gan
ReplyDeleteHi mommy Z
ReplyDelete