Separuh Muka Bayi Umur 1 tahun lumpuh, akibat gegendang telinga bocor!

Bayi Umur 1 tahun kena serangan lumpuh separuh wajah.

Masih segar dalam ingatan ketika umat Islam sedang berpuasa pada Jun 2016 dan kami diberi ujian ke atas anak ketiga kami Anas Mikael yang mengalami lumpuh sebelah mukanya.

Siapa perasan masa dia senyum? Senget sebelah kan. Seven nerves bell palsy namanya. Lumpuh sementara yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada saraf muka dia. Yang tak gerak tu lah yang kena serangan.
.
.
Sebab? Gegendang telinga bocor. Kahak terlampau banyak sampai telinga berair. Lama-lama keluar nanah yang serupa kahak cair tu. Kuman dalam nanah tu lah yang serang saraf.
.
.
Sedih sangat masa tu. Bersalah biar dia batuk berkahak lama. Sampai tekanan kat gegendang telinga. Telinga basah pon effect kulat hidup juga ya di dalam telinga. M
enyebabkan telinga Anas berair jernih selama seminggu, kemudian menjadi banyak dan bewarna perang yang pekat. Penuh telinga cecair tu. Seminggu kemudian menjadi warna nanah tetapi tidak berbau.


Setelah klinik pertama dah kami pergi, doktor kat sana dah pesan, lepas 2 minggu jika masih berair telinga, tolong bawak jumpa pakar ENT untuk pemeriksaan lanjut. Tetapi kak z masa tu ambil ringan je. Dengan harapan Anas akan sembuh seperti biasa. Tetapi malangnya keadaan masih sama. Kami bawa Anas ke klinik di Dungun dan doktor beri antibiotik yang lebih kuat katanya.

Malam selepas makan ubat tu, Anas meraung tengah malam. Kuat sangat sehingga kami ingat dia kena sampuk. Dan bermula saat itu, esoknya muka Anas mula senget sebelah apabila dia senyum. Kami sangka dia hanya main-main tetapi saat itu kuman telah attack saraf muka Anas :(

Alhamdulillah. Syukur. Allah sebaik-baik perancang. Kenapa kami tergerak hati ke KL masa tu. Dan masa tu kami tergerak hati nak bawa Anas check sekali lagi berkenaan bibir dan mata dia yang herot tu. Kenapa tergerak hati nak ke sungai buloh jumpa adik ipar, cari klinik semua tutup. Tapi hospital pakar ni open. Dan terus doctor situ refer pakar ENT kebetulan pakar ada. Jantung nak pecah masa tu. Berdebar. Takut. Semua ada.

Ni baru kes biasa. Bagaimana lah perasaan ibubapa lain yang anak hadapi penyakit kritikal. Tabahnya mereka. Besar ujian. Besar juga hikmah Allah nak bagi.

Lepas jumpa pakar, doktor kata gegendang telinga anas dah bocor dan kuman dari nanah yang masuk telinga Anas dah menyerang saraf muka anak kami. Masa tu kak z rasa nak rebah. Kenapa? Sebab doktor kata Anas ni lumpuh bahagian sebelah muka dia. Kalau kita tidak matikan kuman tu cepat nanti khuatir masa depan dia lah nanti akan kekal macam tu selamanya. Jadi solutionnya Anas kena refer mana-mana hospital untuk antibiotik yang dimasukkan melalui suntikan. Ya Allah. Tak tahu nak cakap apa. Keliru. Takut. Masa dalam kete ibu dah berair mata. Rasa bersalah sangat kat dia.

Kata suami masa drive tu "Sabarlah yang. Kita kena bersangka baik pada Allah. Apa yang ditakdirkan pada kita adalah yang terbaik Allah dah aturkan. Takde siapa-siapa salah. Jangan salahkan diri. Kita tawakkal dan doa banyak-banyak. Semoga Anas cepat sembuh. Semoga mudah nak rawat Anas. Allah tahu kita boleh hadapi ujian ini. Allah uji mengikut kemampuan hambaNya."

Lepas dengar tu, rasa tenang mula mengambil alih tempat. Fikiran mula waras. Ku tenung Anas yang sedang tidur. Mencari sumber kekuatan dalam dirinya untuk kami berdua di hospital. Akhirnya ibu percaya. Allah Maha mendengar. Kita perlu doa dan doa.

Allah juga yang menggerakkan hati suami untuk kami refer ke Hospital sungai buloh. Lebih dekat untuk ulang alik sebab BIL duduk area situ. Kalau terengganu jauh dengan tempat kami. Susah nak ulang alik. Sini ada BIL ada kakak. Jadi kami putuskan ke HSB. Syukur disana ramai pakar. Kes pun ini yang pertama untuk kanak-kanak.

Bermula episod ibu berkampung selama 5 hari kat sana. Tekanan, risau, sedih semua yang negatif je ada. Dengan Anas melasak lagi. Sabar dan doa tak putus tiap kali pakar round ward. Dekat 20 orang datang berkumpul kerumun Anas nak check dan amik details tentang Anas. Macam-macam kaedah dibuat untuk kesan samada saraf mata effect juga atau tak. Melalak melolong si Anas. Sedih sangat ibu tak mampu buat pape saat itu.



Jenuh nak melayan dia melasak sebab tu papa belikan walker. Nurse belakang tu la yang selalu melayan anas.


Pape pun. Kami takkan lupa jasa pihak hospital. Semua. Dari guard, cleaner, misi dan doktor. Semua banyak tolong ibu kat sana. Selesa sangat wad 4 yang kak z duduk tu. Dah Anas taknak dengan orang luar. Kadang penjaga depan katil kami yang tolong dukung ke sana sini masa ibu solat. Aunty Indian sebelah katil kak z siap tolong dukung Anas masa kak z nak berbuka.

Terima kasih semua yang terlibat. Memang kami tak biasa dengan kes-keshospital. Ni lah kali pertama anak masuk hospital. Jadi cuak tu memang teramat. Plus ibu memang takut hospital dari kecik!

Kami doakan agar mereka yang ada masalah seperti kes Anas ni akan cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Siapa-siapa jua yang diuji anak sakit juga kami doakan agar kalian semua diberi kekuatan, ketabahan untuk hadapi situasi tersebut. Teruskan berharap pada Allah. Kerana Dia Maha Penyembuh. Semua yang berlaku adalah yang terbaik buat kita.

Ini Anas selepas seminggu keluar hospital. Nampak ok kan. tetapi apabila senyum atau nangis. Otot bergerak, nampak lah senget dia.
Senyum lah tu

Tapi syukur dapat juga dirawat melalui antibiotik dan fisioterapi. Fisioterapi ni kami kena urut muka dia sebelah muka yang normal tu menurun, sebelah yang sakit menaik sebab nak naikkan kembali otot sia. Almost 2 bulan gak amik masa nak back to normal.


.
Sekarang kak z nampak kadang-kadang masa bangun tidor tu yang sebelah kena tu plak yang terlebih gerak. Adakah kami lebih urut bahagian tu berbanding yang normal. Walau kalau dilihat secara random nampak tiada masalah dah. Tetapi sewaktu dia menangis tu, nampak lagi mata kiri dia sepet mata kanan kurang sepet. Kak z pun dah confius bahagian mana yang kena dulu. huhuhu. Dua tahun berlalu. Serik dah bagi dia selsema lama-lama. Nasib baik ada minyak AskMa Oil yang kami guna sejak dia keluar hospital sehingga sekrang 2018. Doakan Anas terus sihat ya kawan-kawan.
 


Love,
MommyMinyak

.

Comments

  1. Assalammualaikum puan...berapa lama muka anak puan jadi macam tu?..anak saya pun jadi senget jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox