Anak Kuning Lebih Sebulan Tanda Berpenyakit?
Salam 7 Ramadhan. Alhamdulillah sudah seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Dalam saya berfikir nak update blog, saya terlihat search keyword yang ramai jenguk blog saya mengenai bayi kuning atau jaundice atau demam kuning. Saya rasa saya perlu tambah informasi mengenai jaundice ini dan kali ini saya ingin tekankan bayi demam kuning lebih dari satu bulan atau nama saintifiknya prolong jaundice. Tetapi jangan risau, jika anda baca sehingga akhir artikel ini, maknanya anda akan tahu samada anak anda berpenyakit atau tidak kerana saya sudah terangkan seperti dibawah.
Bayi
kuning atau jaundice adalah
suatu keadaan di mana kadar bilirubin dalam darah tinggi dan terjadi pada
minggu pertama kehidupan si bayi. Kadar bilirubin dalam darah bersifat toksik
bagi perkembangan sistem saraf pusat bayi.Ini dapat mengakibatkan
kerosakan saraf, oleh itu perlu kepada campur tangan doktor dengan segera dan
tepat.
Hampir 60% bayi yang baru
lahir akan terlihat kuning pada minggu pertama setelah mereka lahir. Sekitar
5-10% dari mereka memerlukan rawatan khusus kerana kadar bilirubinnya yang
signifikan tinggi, sehingga memerlukan rawatan phototherapy -lampu atau
cahaya biru yg mengandungi khasiat tertentu. Tetapi tidak perlu risau, kebanyakan kes keadaannya
tidak berbahaya sehingga tidak perlu kepada rawatan yg khusus.
Sebenarnya, ada beberapa kategori jaundice yang perlu kita tahu. Antaranya ialah:
1. Hemolytic
Jaundice.
Hemolytic jaundice
juga disebabkan oleh beberapa hal, diantaranya seperti penyakit hemolitik
rhesus (Rh), ABO inkompatibiliti, adanya riwayat jaundice dalam keluarga serta
defisiensi enzim G6PD.
Bayi yang lahir dari ibu dengan
Rh-negatif dan ayah Rh-positif juga harus dilakukan pemeriksaan Rh
dan uji Direct Coombs’. Begitu juga dengan bayi yang lahir dari ibu dengan
golongan darah O dan Rh-positif hendaklah dipantau dan dilakukan
serangkaian pengujian, seperti test golongan darah dan uji direct antibody.
Anak kedua saya termasuk dalam golongan ini kerana Umar mengalami deficiency G6PD.
2. Jaundice
Fisiologi
Jaundice biasa yg dialami oleh hampir setiap bayi, keadaan ini
disebabkan oleh ketidakmampuan bayi dalam menangani terjadinya peningkatan
produksi bilirubin, disebabkan fungsi-fungsi organnya yang belum sempurna. Bayi
akan terlihat kuning pada masa 24-72 jam setelah lahir. Normalnya kadar
bilirubin dalam darah pada bayi yang lahir cukup bulan akan mencapai puncaknya
ditahap 6-8 mg/dL pada hari ketiga.
Seterusnya bacaan kuning akan turun di hari
berikutnya. Bayi dikatakan mengalami jaundice fisiologi jika peningkatan kadar
bilirubin mencapai 12 mg /dL,dan tidak lebih dari 15 mg/dL. Setelah hari ke-14 bayi sudah tidak
nampak kuning lagi.
Bagi kes jaundice fisiologi sebenarnya tidak memerlukan rawatan, hanya peranan
sang ibu amat diperlukan dan amat penting.. Dalam hal ini, ibu harus senantiasa
menyusui bayinya. Bayi yang kuning harus disusui secara eksklusif, tanpa
tambahan makanan yang lain, baik air ataupun dextrose. Pada asasnya jaundice
fisiologi tidak berbahaya, pemberian Susu Ibu akan sangat membantu bayi dalam
menangani tingginya kadar bilirubin dalam tubuhnya.
Tetapi perlu diingat,
jika kuningnya sudah menyebar sampai bahagian kaki, maka bayi harus segera dibawa lagi ke klinik, kerana hal itu
petanda bahwa kadar bilirubin sudah semakin tinggi dan segera memerlukan
rawatan pakar.
Pada ketika ini lah saya sering menekankan agar ibu-ibu sentiasa dalam keadaan sihat dan bertenaga kerana ianya akan mempengaruhi pruduksi pengeluaran susu. Malah mengambil supplement untuk badan si ibu amatlah penting kerana dalam waktu berpantang ini ibu banyak mengambil makanan yang serba sedikit dan perlu berpantang, maka zat dan vitamin terhad. oleh sebab itu pengambilan vitamin amat disyorkan.
Saya cerita mengenai saya mengambil Set Berpantang Shaklee semasa anak kedua jaundice 376 bacaannya. Hari kedua pantang, syukur tiada langsung kepenatan, tiada pening, saya bertenaga dan paling utama vitamin shaklee boleh diambil semasa anak kuning. Selamat!
3. Jaundice
Patologi
Pada keadaan ini kadar
bilirubin sudah melebihi 17 mg/dL, sehingga harus segera dipantau
penyebabnya dan perlu kepada perawatan khusus, seperti phototherapy. Jika bayi
kelihatan kuning dalam waktu 24 jam, peningkatan kadar bilirubin melebihi batas
normal (5 mg/dL/hari), dan bayi masih kuning bahkan setelah 3 minggu usia
kelahirannya, maka hal tersebut sudah dikategorikan sebagai jaundice
patologi.
Umar hari pertama dalam wad. dia takut sebab badan dia terbuka. kesian sgt!! |
Tanda lain ialah ,
biasanya feses bayi seperti tanah liat dan urine nya yang berwarna gelap
sehinggakan pakaian bayi menjadi kuning... Pada bayi yang mengalami jaundice
patologi juga akan didapati kadar bilirubin yang lebih dari 2 mg/dL ketika
sampel darah diambil pada bila-bila masa / direct bilirubin (tidak ada interval
waktu)
Semua bayi yang mendapat rawatan phototherapy harus melalui serangkaian pengujian, seperti ujian bagi penentuan golongan darah dan Coombs’ test (ujian mengesan antibodi dan protein komplemen pada penyakit hemolitik pada bayi yang baru lahir, untuk lebih lengkapnya lihat di Wikipedia); perhitungan darah komplit dan smear for hemolysis serta morfologi sel darah merah; perhitungan retikulosit dan estimasi enzim G6PD.
Hal tersebut dilakukan bagi mengetahui penyebab jaundice pada si kecil. Pengulangan pengukuran kadar bilirubin dalam darah, biasanya pada interval 24 jam, harus dilakukan selama bayi menjalani rawatan lampu phototherapy.

4. Menyusu
dan Jaundice
Jaundice pun juga boleh terjadi pada bayi yang disusui oleh ibunya. Jaundice ini biasanya muncul antara 24-72 jam dengan puncaknya pada hari ke-5 sampai hari ke-15 dan akan hilang pada minggu ketiga.
Kajian yang dilakukan Schneider menunjukkan bahawa 13% bayi yang menyusui memiliki kadar bilirubin tinggi hingga 12 mg/dL atau lebih tinggi 4% jika dibandingkan dengan bayi yang mendapat susu formula.
Hal tersebut dapat terjadi bukan kerana kandungan zat di dalam Susu Ibu, tetapi lebih kerana pola menyusui yang belum optimal. Frekuensi menyusui yang kurang, dapat menyebabkan munculnya jaundice fisiologi.
Oleh itu, ibu harus selalu senantiasa berusaha untuk menyusui bayinya, meskipun terkadang pada awal-awal kelahiran Susu Ibu belum keluar. Itulah sebabnya sokongan suami mutlak diperlukan memandangkan peranannya yang tidak sedikit.
5. Breastmilk Jaundice
Sekitar 2-4% bayi yang secara eksklusif disusui oleh sang ibu memiliki jaundice dengan kadar bilirubin lebih dari 10 mg/dL pada minggu ketiga.
Jaundice yang tetap ada setelah 3 minggu pertama kehidupan seorang bayi disebut prolonged jaundice. Jangan risau, ibu cukup menyusui si buah hati secara teratur.
Seiring dengan waktu kadar bilirubin akan berkurang. Tetapi jika si kecil semakin kuning (sudah sampai ke kaki) atau kadar bilirubin sudah melebihi 20 mg/dL segera hubungi doktor.
Rawatan Jaundice
Dapat dilakukan dengan beberapa cara, salah satunya adalah terapi cahaya (phototheraphy). Ia dilakukan dengan cara meletakkan bayi yang hanya memakai lampin sahaja tanpa pakaian lain dan matanya ditutup di bawah lampu yang memancarkan spektrum cahaya hijau-biru dengan panjang gelombang 450-460 nm.
Selama proses ini, bayi harus disusui dan posisi tidurnya diganti setiap 2 jam. Pada terapi cahaya ini, bilirubin ditukar menjadi senyawa yang larut air untuk kemudian dikeluarkan/dirembeskan.
Oleh itu harus sentiasa susukan bayi samada direct atau tidak. Kebaikan phototherapy ini adalah non-invasive (tidak merosak), efektif, relative tidak mahal, dan mudah dilaksanakan.
Sekiranya paras jaundis terlalu tinggi dan ia tidak berhasil melalui proses fototerapi, bayi mungkin memerlukan rawatan pertukaran darah.
Dalam prosedur ini, sejenis tiub yang halus dimasukkan melalui tali pusat bayi dan darah yang mengandungi bilirubin tinggi akan ditukar dengan penderma dewasa yang sihat.
Ia mengambil masa selama 1 hingga 2 jam dan hanya doktor sahaja boleh melakukan prosedur ini.
Rujukan: Informasitips.com
TANDA-TANDA JAUNDIS BERBAHAYA
Bagi sesetengah bayi yang mendapat jaundis, mereka akan mengalami warna kekuning-kuningan pada kulit dan mata sahaja. Terdapat juga tanda-tanda luar biasa dan membimbangkan yang harus diketahui oleh ibu bapa yang mendapat anak jaundis.
Antara tandanya ialah:
* Demam kuning yang perlu dirisaukan ialah jika ia berlaku setelah dua puluh empat jam dilahirkan atau mungkin semenjak lahir. Ini menandakan organ hati (liver) bayi itu mempunyai masalah hati samada jangkitan kuman atau masalah kecacatan sejak lahir (congenital defect)
* Jika kuningnya sampai ke tapak kaki.
Kuning bayi yang bermula dari kepala dan turun ke dada, perut, peha dan kaki mengikut tahap tingginya bilirubin di dalam darah. Jika tapak kaki bayi kelihatan kuning, ia membayangkan tahap jaundis telah tinggi dan berbahaya. Tindakan segera perlu dilakukan untuk berjumpa doktor.
* Bayi enggan menyusu.
Bayi jaundis enggan menyusu atau sentiasa menangis. Bayi juga boleh kelihatan kurang selesa atau tidak bermaya. Gejala ini menunjukkan bayi kurang sihat dan jaundis ini boleh membahayakan bayi.
* Warna kuning berpanjangan lebih dua minggu.
Jaundis yang berlarutan sehingga lebih dua minggu mungkin disebabkan oleh saluran hempedunya tersekat (biliari atreasia). Penyiasatan rapi dan teliti perlu dilakukan oleh doktor bagi memastikan saluran hempedunya tidak tersekat atau merosakkan hati bayi.
* Air kencing bayi berwarna kuning pekat seperti warna air teh O.
Ibu bapa disarankan segera bertindak sekiranya bayi mereka mendapat tanda yang membimbangkan ini.
* Bayi demam, sawan dan badannya kejang.
* Najis bayi berwarna putih bukannya kuning seperti bayi lain. Ini bermakna saluran hempedu bayi tersekat.
KESAN JAUNDIS
Demam kuning walaupun penyakit biasa, ia boleh meninggalkan kesan jika tidak dirawat lebih awal. Jaundis yang teruk boleh menyebabkan :
* Bahagian otak bayi rosak.
Jaundis dengan jumlah bilirubin lebih daripada 340 mmol/L mempunyai risiko tinggi mengakibatkan kerosakan otak bayi.
Kesan daripada kerosakan otak (kernicterus) ialah kerencatan akal dan serebral palsi jenis athetoid cerebral palsy.
* Kurang pendengaran atau pekak
* Terencat akal
* Athetoid cerebral palsy
* Menimbulkan masalah persekolahan apabila membesar kelak.
Jadi, sekiranya anak anda mengalami atau bacaan kuning tinggi maka, jangan takut untuk rujuk pada hospital kerana kesihatan anak memang tiada gantinya..biarlah hanya sedikit, jika doktor suruh masuk wad, akurlah demi kesihatan anak anda dan banyakkan membaca mengenai jaundice ini. Supaya kita tahu selok belok rawatan yang boleh menurunkan bacaan kuning. Wallahualam.
http://www.utusan.com.my/utusan

Anda juga mungkin mahu membaca tentang ini:
Zairul AKmal
0134576329
Anak saya dah 16 hari dan masih ada kuning. Pola menurun tp penurunannya sedikit sedikit. Walaupun sedikit penat kerana terpaksa berulang alik ke klinik, saya harus kuat. Alhamdulillah pengambilan vitamin dan suplemen sgt2 membantu :)
ReplyDeleteBetul...kita amik upplement sebab kita nak kuat semasa handle anak-anak. In shaa Allah tak sampai sebulan lah tu...asal turun.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHari masuk hari ke 13 anak sy kene demam kuning,ade penurunan tp sedikit demi sedikti.
ReplyDeleteAnk sy dh masuk 34hr masih kuning lg.dh mcm2 cara sy wat ikut petua.tp still kuning until now.dh masuk wad hr ke 7baby lhir .kluar dr ward kuning balik.
ReplyDeleteAnk sy dh masuk 34hr masih kuning lg.dh mcm2 cara sy wat ikut petua.tp still kuning until now.dh masuk wad hr ke 7baby lhir .kluar dr ward kuning balik.
ReplyDelete