Wanita Hamil dan Menyusu Boleh Berbuka?
3 Julai..alamak...dah miss 3 entry nih...ampunkan hamba...
kali ini hamba nak kongsi penjelasan mengenai pengecualian berpuasa atau kelonggaran dalam ibadat berpuasa bagi wanita hamil dan ibu menyusu. Dalam erti kata lain, sesiapa yang hamil atau menyusu anak dibolehkan berbuka dalam bulan Ramadhan..tetapi ada kemusykilan mengenai qada' puasa dan fidyah. Di sini saya selit artikel yang saya cari dan teliti satu persatu dan ini yang terbaik, in shaa Allah.
HUKUM BERPUASA BAGI WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN
ANAK
Menurut hukum syara‘ perempuan yang hamil
sekalipun hasil dari perzinaan dan perempuan yang menyusukan anak (murdhi‘)
walaupun anak itu kepunyaan orang lain disebabkan menderma atau diupah, adalah
diharuskan bagi mereka untuk berbuka puasa semata-mata kerana dua perkara
tersebut.
Sekalipun demikian, persoalan lain yang timbul,
apakah hukum yang berbangkit dari berbuka puasa itu? Adakah diwajibkan ke atas
mereka qadha atau lain hukum mengenainya?
Dalam hal ini para fuqaha telah merumuskan
hukum-hukum mengenainya. Rumusan hukum dan perbincangan mereka lebih tertumpu
kepada perkara-perkara yang menyebabkan mereka berbuka puasa.
Tetapi jika mereka berbuka puasa kerana takut
akan kemudaratan kepada anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan itu
sahaja, maka wajib ke atas mereka membayar fidyah dan juga
qadha pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkannya itu.
Jika mereka berbuka puasa kerana takut akan
timbul kemudaratan atas diri mereka atau kedua-duanya iaitu takut ke atas diri
mereka dan anak yang dalam kandungan atau anak yang disusukan, maka wajib ke
atas mereka mengqadha puasa yang ditinggalkan itu tanpa wajib mengeluarkan fidyah.
Jika perempuan yang hamil atau perempuan yang
menyusukan anak (murdhi‘) itu sedang dalam musafir ataupun sakit,
lalu mereka berbuka puasa dengan berniat rukhshah (kelonggaran)
atas sebab musafir atau sakit, bukan kerana takut akan kemudaratan kepada
anaknya, maka diwajibkan ke atas mereka mengqadha puasa itu tanpa membayar fidyah di
hari-hari puasa yang ditinggalkan ketika musafir itu.
Dalam keadaan musafir atau sakit, jika hamil
atau yang menyusukan anak (murdhi‘) berbuka kerana takut akan
kemudaratan anaknya dan bukan berbukanya itu atas rukhshah musafir
atau sakit, menurut pendapat yangashah dia juga tidak diwajibkan
membayar fidyah. Sebagaimana tidak diwajibkan membayar kaffarah kepada
orang musafir yang sampai ke kediamannya ketika siang hari puasa, lalu dia
melakukan persetubuhan di siang hari itu bersama isterinya yang tidak berpuasa
disebabkan baru bersih dari haidh atau nifas di siang hari itu juga. (Al-Majmuk:
6/272&375)
Berkait dengan hukum ini, ingin juga dijelaskan
apakah dia fidyah kerana meninggalkan puasa itu? Kepada
siapakah ia diserahkan dan bagaimanakah melaksanakannya?
Fidyah ialah denda atau tebusan yang
dikenakan kepada orang Islam yang melakukan beberapa kesalahan tertentu dalam
ibadah. Ia juga merujuk kepada menebus ibadah (kerana uzur dan disyariatkan),
dengan memberi sedekah kepada fakir miskin berupa makanan yang
mengenyangkan.(Ensiklopedia Islam 3:264)
Adapun makna fidyah dalam hal
puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab
tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengqadha puasa Ramadhan sehingga masuk
Ramadhan berikutnya.
Jenis fidyah itu ialah sama
seperti jenis zakat fitrah iaitu makanan asasi dan yang mengenyangkan bagi
sesebuah negeri seperti beras. Kadar yang patut dikeluarkan ialah satu mudd (secupak)
iaitu kira-kira lima belas tahil beras bersamaan 566.85 gram.
Pihak yang berhak menerima fidyah itu
ialah orang-orang fakir dan miskin sahaja. Fidyah itu boleh
diberi dengan lebih dari satu cupak kepada seorang miskin berlainan dengan kaffarah,
kerana ia hendaklah satu cupak sahaja kepada setiap seorang miskin hingga enam
puluh orang iaitu tidak boleh dua cupak untuk satu orang miskin bagi membayar kaffarah.
Membayar fidyah itu diharuskan
selepas terbit fajar di hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan kerana keuzuran
seperti orang yang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang terlalu
tua yang tiada berdaya untuk puasa dan perempuan yang hamil dan murdhi‘. Walau
bagaimana pun diharuskan juga mengeluarkan fidyah itu sebelum
terbit fajar bagi hari yang dikeluarkan fidyah itu dan
diharuskan juga mengeluarkan fidyah terlebih dahulu sebelum
berbuka, akan tetapi hanyalah satu fidyah sahaja di hari
berbukanya itu dan tidak harus mendahuluinya bagi hari kedua dia berbuka puasa.
Begitu juga tidak diharuskan membayar fidyah sebelum masuk
bulan Ramadhan.(Raudah At-Thalibin: 2/385)
WALLAHU A'LAM.
Sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=231163043573738
SoalJawab Daripada Laman Web JAIS
Assalamualaikum wrm wrbt.
Apakah hukumnya bagi seorang wanita yang
mengandung meninggalkan puasanya di bulan ramadhan atas sebab mengkhuatiri
kesihatan diri yang tidak berupaya melakukan kerja-kerja hariannya?
Jawapan
Menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa
wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib
berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha
puasanya kelak.
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi
berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah
meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi
wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan
dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa.
Wallahu A'lam.
Sumber: http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=249&Itemid=85
Sumber: http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=249&Itemid=85
Jadi, betul lah pemahaman saya yang jika ibu hamil atau menyusu berbuka kerana khuatir kesihatan dirinya dan anaknya, maka mereka WAJIB mengqada puasa sebanyak bilangan hari yang ditinggalkannya. Tetapi jika Ramadhan tahun yang ditinggalkan berganti tahun yang baru, masuk Ramadhan yang baru masih ada baki hari yang belum diqada, maka WAJIB bayar fidyah dan qada puasa mereka.
Call me for further info:
0134576329 / Ibu Umar Arryan (FB)
Comments
Post a Comment