Posts

Showing posts from May, 2015

Pergerakan Terbaik Ketika Sakit Bersalin

Image
Alhamdulillah, sekarang sudah masuk usia 34minggu kehamilan. Waduhhhh..takutnya rasa. Lain kelahiran lain ceritanya!! Seram sejuk apabila fikir keadaan dalam labor room! Kehamilan kali ini banyak ilmu sikit yang saya dapat apabila membuat beberapa bacaan dan kajian. Cewahhh..macam R&D pulak.hehehehe...yelah..sekarang semua ilmu dihujung jari. Semua dapat dengan klik dan klik sahaja. Memandangkan anak ke 2 dulu ketuban darah..(tempoh sakit lama) jadi saya mula google kaedah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan rasa sakit semasa contraction stage 1 dan 2. (Masa itu belum masuk labor room lagi..jadi boleh amalkan) Saya dapat dari FitPregnancy  ,,,ada additional dari web lain juga. Jadi, bahasanya adalah dalam English dan harap dengan bantuan gambar anda boleh faham. Katanya, pergerakan semasa kontraksi dapat mengurangkan kesakitan semasa berlakunya kontraksi dan membantu memudahkan bersalin. Pergerakan ini membantu bayi melalui tulang pelviks dan memba...

Kembalikan susu yang merudum dengan power pumping!

Image
Assalamualaikum.  Saya banyak terbaca dalam ruangan FB ibu-ibu muda yang bertanya tentang masalah susu merudum, susu sedikit, bayi tidak puas menyusu. Saya faham sangat perasaan ini kerana saya pernah alami situasi seperti kalian. Tetapi first of all saya mahu ucapkan TAHNIAH!!! Kerana anda berniat untuk memberi anak anda susu ibu dimana susu ibu adalah sus yang paling bagus untuk si manja. KENAPA SUSU SEDIKIT SEMASA DALAM PANTANG? Pertama sekali, bagi ibu-ibu yang ekslusif beri susu ibu semasa dalam pantang, (tidak campur susu FM) susu badan anda sememangnya apabila perah(pump) akan dapat 1 atau 2 oz sahaja. Ini kerana bayi kita menyusu dengan kerap semasa berada dengan kita. Ada yang setiap 1jam baby nak susu, ada sepanjang masa mahu mengempeng 24jam.  Jangan stress yer ibu-ibu, kerana perut bayi waktu itu amat kecil dan susu kita pula sangat mudah hadam, bayi cepat kenyang dan bayi akan cepat lapar. In that case, kilang susu kita akan selalu dikosongk...

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Image
Bismillah. Sewaktu menulis entry ini hati sedang kerisauan mengenangkan keadaan mak yang baru sahaja dimasukkan ke hospital disebabkan masalah jantung. Rasanya ini sudah kali ke 5 atau 6 emak masuk hospital dan kali ke dua masuk wad jantung di Hospital Kota Bharu. Sebenarnya doktor pun tidak dapat menyatakan secara details tentang masalah emak. Hanya yang kami tahu sekarang keadaan jantung emak lemah dan mudah mendapat serangan jantung. Sesak nafas, sakit dada, itu yang selalu mak rasa. Dan serangan berlaku sekitar 12 malam ke atas. Hati siapa tidak risau sebab emak berada dikelantan, manakala aku berada di Terengganu. Cuti pun sudah habis dan mostly ambil semasa balik tengok emak dan juga masalah kesihatanku sendiri yang sedang hamil 33 minggu sekarang. Sebelum ini doktor menyatakan bahawa emak perlu menjalani pemeriksaan jantung yang dipanggil ANGIOGRAM. Aku sendiri tidak tahu apakah angiogram tu? Lebih menyayat hati HKB tidak menyediakan perkhidmatan itu. Kalau ada ...

Jaga Penampilan walau sarat mengandung!

Image
Terbaca kisah-kisah teman-teman saya yang menggunakan supplement sama seperti saya. Senyum sorang-sorang sebab lihat penampilan mereka makin cun, makin muda remaja. Bukan mahu cerita tentang supplement ya...hanya selitan mengenai kisah mereka sama seperti saya yang sudah 2 tahun lebih mengamalkannya. Berbalik pada kisah kehamilan dan penampilan diri. Benar kata sesetengah orang waktu mengandung ini kadang-kadang kita rasa leceh nak bersolek, nak bergaya. Tetapi pernahkan kita terlintas apa pandangan suami kita setelah kita hamil? Ada sesetengah suami suka sangat keadaan isteri dia yang sarat hamil atau dalam keadaan hamil. Seri yang kelihatan itu lain dari yang lain. ada yang kata isteri makin seksi apabila hamil. Itu pendapat masing-masing. Lepas ni pakat tanya suami yer..hehehehe. Bagi pendapat peribadi saya, saya lebih suka jaga penampilan diri semasa hamil lebih-lebih lagi. Entah lah, saya rasa selekeh sangat kalau tidak jaga penampilan semasa keluar dengan suami. ...

Kejang kaki sewaktu hamil. Merbahaya?

Image
Kaki kejang semasa hamil merupakan satu perkara yang kerap juga berlaku terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga.  Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.   Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu   malam   dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.   Saya juga mengalaminya pada kehamilan ke tiga ini. Masa mengandungkan anak pertama dan kedua tidak lah terlalu ketara kaki kejang pada waktu malam tapi kali ini mungkin makin banyak pergerakan maka makin kerap berlaku kejang kaki. Mengapa Kaki Kejang Semasa Mengandung? Ibu hamil kekurangan kalsium dan magnesium kerana diambil oleh bayi dalam kand...