Kembalikan susu yang merudum dengan power pumping!
Assalamualaikum.
Saya banyak terbaca dalam ruangan FB ibu-ibu muda yang bertanya tentang masalah susu merudum, susu sedikit, bayi tidak puas menyusu. Saya faham sangat perasaan ini kerana saya pernah alami situasi seperti kalian. Tetapi first of all saya mahu ucapkan TAHNIAH!!! Kerana anda berniat untuk memberi anak anda susu ibu dimana susu ibu adalah sus yang paling bagus untuk si manja.
KENAPA SUSU SEDIKIT SEMASA DALAM PANTANG?
Pertama sekali, bagi ibu-ibu yang ekslusif beri susu ibu semasa dalam pantang, (tidak campur susu FM) susu badan anda sememangnya apabila perah(pump) akan dapat 1 atau 2 oz sahaja. Ini kerana bayi kita menyusu dengan kerap semasa berada dengan kita. Ada yang setiap 1jam baby nak susu, ada sepanjang masa mahu mengempeng 24jam.
Jangan stress yer ibu-ibu, kerana perut bayi waktu itu amat kecil dan susu kita pula sangat mudah hadam, bayi cepat kenyang dan bayi akan cepat lapar. In that case, kilang susu kita akan selalu dikosongkan dan apabila terisi, bayi pula minum. Maka apabila kita pump, susu yang tinggal tidak lah banyak. Itu sudah memadai untuk bayi diusia itu. (susu kita cukup untuk usia bayi pada waktu itu)
#####Ibu yang stress, sedih, tertekan juga menyebabkan susu anda berkurang! So sentiasalah jaga emosional anda waktu itu yer!!
BAGAIMANA MAHU STIMULATE SUSU UNTUK SIMPANAN APABILA BEKERJA?
1.Back to the basic, susu akan keluar apabila adanya supply and demand. Ibu-ibu perlu lebih faham, kaji apa itu supply apa itu demand!
Demand (permintaan) - Iaitu kekerapan bayi mengosongkan breast anda. Banyak baby minum, banyaklah ruang kosong kilang susu anda.
Supply (penawaran) - Apabila breast kosong, isyarat akan hantar ke otak menyatakan yang perlu isi susu dalam breast anda. Jadi, makin kerap breast kosong, makin banyak susu akan dihasilkan oleh kilang.
2. Pemakanan
Bagaimana pemakanan mempengaruhi jumlah susu yang dihasilkan?
Boleh BACA DISINI untuk penerangan lanjut kerana saya mahu explain tentang topik yang lain.
3. POWER PUMPING
Okay....apa itu power pumping? Tak pernah dengar pun. Baiklah...saya akan terang serba yang saya tahu dan faham.
Bila waktu yang sesuai melakukan Power Pumping??
Dalam usaha menambah kuantiti susu perahan yang mahu
disimpan untuk kegunaan bayi sepanjang bekerja, anda digalakkan untuk melakukan
teknik power pumping sekerap yang boleh. Sekali dalam sehari sudah memadai.
Jika mempunyai banyak masa terluang anda boleh melakukannya lebih daripada
sekali dalam tempoh 24 jam. Waktu yang paling sesuai untuk melakukan power
pumping ialah pada waktu tengah malam kerana pengeluaran hormon prolaktin
adalah sangat tinggi pada waktu itu. Walaupun begitu, tidak kiralah ia dilakukan
pada waktu siang atau malam, apa yang penting anda selesa dan dapat
melakukannya dalam keadaan yang tenang.
Bagaimana teknik power pumping dilakukan??
Pam tunggal (Manual)
Pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10minit. Kemudian
beralih kepada payudara kiri pula dalam tempoh yang sama iaitu 10minit. Tukar
semula ke payudara kanan selama 10minit dan seterusnya ke payudara kiri selama
10minit. Lakukan secara berterusan selama 1jam.
Pam Berganda (Double)
Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10minit.
Kemudian rehat selama 10minit dan sambung semula mengepam untuk 10minit lagi.
Setelah itu rehat 10minit dan pam lagi selama 10minit sehingga cukup tempoh
untuk 1jam.
Berapa lama perlu melakukan teknik power pumping??
Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat
selama 3-7 hari (bergantung kepada individu) sehingga dapat hasil yang
diinginkan. Dalam pada itu, perlu anda ingat bahawa walaupun pada peringkat
awal susu yang diperolehi berkemungkinan hanya setitik dua tetapi jangan
panik!!Anda dinasihatkan untuk terus melakukannya. Lazimnya, kesan daripada
amalan power pumping akan mula kelihatan dalam tempoh satu hingga ke dua
minggu. Tidak dinafikan ramai yang tidak dapat bertahan untuk menerskan kaedah
ini. Pada pendapat mereka sesuatu yang leceh dan memakan masa yang lama. Bak
kata pepatah "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan". Percayalah
usaha yang diiringi kesungguhan dan kesabaran secara berterusan akan menjadi
tonggak kejayaan yang tidak terbanding nilainya. Apa yang pasti, anda akan
berpuas hati dengan hasil yang bakal diperolehi kerana ia telah banyak membantu
para ibu merangsang semula penghasilan susu ibu.
Pengalaman saya melakukan power pumping....tengah malam saya pernah buat semasa bayi tersedar atau selepas menyusukan bayi. Buatlah power pumping dengan sabar kerana agak memenatkan apabila kita pump hanya satu dua titik yang keluar, kadang-kadang hanya angin yang keluar tetapi jangan berhenti. teruskan, itu satu-satu cara kita stimulate susu untuk dihasilkan dengan lebih banyak.
Kadang-kadang terpaksa berhenti untuk susukan anak kemudian sambung balik. Mencabar tetapi hasil selepas itu memang berbaloi. Saya siap buat timer lagi untuk pastikan cukup 5 minit.
Jadi, buat ibu baru sila jangan stress dan buatlah apa cara sekalipun untuk pastikan anak anda diberi susu ibu selama yang boleh. Selagi ada rezeki Allah bagi dalam susu ibu, beri lah, makan lah apa-apa supplement untuk kesihatan badan anda.
LOve,
Ibu Z
Comments
Post a Comment