Kejang kaki sewaktu hamil. Merbahaya?


Kaki kejang semasa hamil merupakan satu perkara yang kerap juga berlaku terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu 
malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 

Saya juga mengalaminya pada kehamilan ke tiga ini. Masa mengandungkan anak pertama dan kedua tidak lah terlalu ketara kaki kejang pada waktu malam tapi kali ini mungkin makin banyak pergerakan maka makin kerap berlaku kejang kaki.

Mengapa Kaki Kejang Semasa Mengandung?

  • Ibu hamil kekurangan kalsium dan magnesium kerana diambil oleh bayi dalam kandungan
  • Nutrien yang diserap oleh ibu terpaksa dikongsi bersama bayi.
  • Tekanan rahim yang makin membesar pada saraf kaki serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Apabila ibu banyak berjalan, berdiri lama asid lactic akan terbentuk pada otot betis dan akan menjejaskan pengaliran darah dengan baik.
  • Lebihan fosforus (terdapat dalam daging proces, air bikarbonat, makanan snek) 

Bagaimana cara mengurangkan kesakitan semasa kaki kejang berlaku?

  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Cara Untuk Mengelakkan kaki kejang Semasa Mengandung?

  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

  •  Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.
  • Tinggikan kaki semasa tidur
  • Pengambilan sumber kalsium sebelum tidur. Ini yang saya sering lakukan. BACA SINI

Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan?

Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika: 

  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;
  • betis anda membengkak.
zairul
0134576329

Comments

  1. thanks dengan info ini. perkongsian yang bagus.

    ReplyDelete
  2. Boleh dicuba nanti.satu info yang sangat berguna.tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Anak Kuning Lebih Sebulan Tanda Berpenyakit?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.