Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?


Bismillah. Sewaktu menulis entry ini hati sedang kerisauan mengenangkan keadaan mak yang baru sahaja dimasukkan ke hospital disebabkan masalah jantung. Rasanya ini sudah kali ke 5 atau 6 emak masuk hospital dan kali ke dua masuk wad jantung di Hospital Kota Bharu.

Sebenarnya doktor pun tidak dapat menyatakan secara details tentang masalah emak. Hanya yang kami tahu sekarang keadaan jantung emak lemah dan mudah mendapat serangan jantung. Sesak nafas, sakit dada, itu yang selalu mak rasa. Dan serangan berlaku sekitar 12 malam ke atas.

Hati siapa tidak risau sebab emak berada dikelantan, manakala aku berada di Terengganu. Cuti pun sudah habis dan mostly ambil semasa balik tengok emak dan juga masalah kesihatanku sendiri yang sedang hamil 33 minggu sekarang.

Sebelum ini doktor menyatakan bahawa emak perlu menjalani pemeriksaan jantung yang dipanggil ANGIOGRAM. Aku sendiri tidak tahu apakah angiogram tu? Lebih menyayat hati HKB tidak menyediakan perkhidmatan itu. Kalau ada pun di HUSM yang dikira swasta. Kos nya?? ALmost 6K!!!! Itu pun kena beratur...aduhhhhh....bukan masalah duit sekarang. Masalah masa!

Kalau hospital swasta..memang hapus 20k. Ini di hospital Pakar Perdana Kelantan. Hospital lain mesti lebih kurang je. Aku terfikir bagaimana dengan Institut Jantung Negara? Kena bincang lebih dengan family.

APAKAH ANGIOGRAM?

Ini adalah penerangan paling mudah saya dapat:

Sebelum pesakit dapat disahkan mengalami penyumbatan di salur darah ke jantung, para doktor kardiologi akan memeriksa pesakit melalui kaedah 'Angiogram'. Sejenis pewarna digunakan untuk dimasukkan ke dalam salur darah melalui pangkal peha dan saluran tersebut terus ke salur darah di jantung. Dengan cara memasukkan pewarna, para doktor akan dapat melihat bahagian salur darah yang mana tersumbat dan dibahagian mana perlukan rawatan memasukkan belon ataupun spring. Ada juga pesakit yang terus di rujukkan pada Doktor Pakar Kardiotorasik bilamana pesakit tersebut memerlukan rawatan pembedahan pintasan jantung.

Ini pula bahasa lebih rumit tetapi details:

Untuk ujian angiogram koronari, tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada melalui di celah pangkal paha atau salur darah pada lengan. Pewarna akan disuntik melalui kateter ini dan imej pembuluh darah jantung diambil bagi mendapatkan gambaran yang jelas untuk bahagian yang tersumbat. Namun, prosedur ini mempunyai risiko tersendiri seperti alahan pada pewarna, pembedahan kecemasan, angin ahmar, serangan jantung dan denyutan jantung tidak stabil.
Selepas angiogram dilakukan, doktor akan berbincang dengan pesakit dan keluarga mengenai pilihan rawatan terbaik berdasarkan keadaan pembuluh darah jantung seperti:
  • Ubat-ubatan
  • Pembedahan pintasan pembuluh darah jantung
  • Angioplasti koronari: kaedahnya sama seperti angiogram di mana kateter akan dimasukkan melalui saluran darah pangkal peha atau saluran darah di lengan.
Mengapa Perlu lakukan Angiogram?

Mengapa doktor saya mencadangkan angiogram? Terdapat beberapa sebab mengapa doktor anda mencadangkan angiogram. Selalunya pesakit akan mengalami tanda-tanda salur darah jantung tersumbat: sakit dada ketika rehat atau sakit dada semasa melakukan aktiviti. Sekiranya terdapat tanda-tanda berkenaan dan faktor risiko yang mencukupi, anda disarankan untuk menjalani angiogram. Selain itu, pesakit yang pernah mengalami serangan jantung juga turut disarankan menjalani angiogram. Selalunya, beberapa ujian akan dijalankan oleh doktor sebelum menyarankan prosedur ini kepada anda. 

Jika setelah menjalani angiogram, doktor dapati ada salur yang tersumbat, pesakit akan disuruh melakukan angioplasti.

Apa itu angioplasti? Angioplasti adalah proses di mana doktor akan cuba untuk membuka penyumbatan salur darah jantung menggunakan belon khas atau ‘stent’. Ia hanya akan dilakukan sekiranya doktor merasakan bahawa prosedur ini akan mendatangkan kebaikan kepada anda dan tiada alternatif rawatan lain. Kebiasaanya doktor akan merawat sumbatan yang melebihi 70% (diameter salur darah) melalui kaedah angioplasti kerana sumbatan yang kurang daripadanya pada lazimnya tidak mengganggu aliran darah di dalam salur darah jantung berkenaan. Sumbatan yang tidak serius ini biasanya akan dirawat menggunakan ubat-ubatan.


Begitulah serba sedikit penerangan yang membolehkan aku sendiri faham tentang jantung dan angiogram ini. Harap kami dapat usahakan sesuatu untuk emak nanti. Semoga Allah permudahkan urusan emak dan beri yang terbaik buat emak.

Untuk pembaca semua: Jika ada yang tahu KOS rawatan ANGIOGRAM dimana-mana hospital mohon beritahu saya yer. Sebab saya pun tengah survey harga disetiap hospital. Thank you in advance!

Comments

  1. Disyorkan cuba produk Tasly Danshen Plus, herba 100% untuk lancarkan salurdarah dan alhamdulilah bnyk testimoni yg tak perlu jalani bypass atau stent.

    Insyallah jika ada keizinan mak akan sembuh..amin

    Cuba KLIK

    www.taslysihat.com.my atau GOOGLE search produk ni :

    TASLY DANSHEN PLUS

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ke....tq for the recommendation. nnt boleh bincg dengan adik beradik. :)

      Delete
    2. oh yer ke....tq for the recommendation. nnt boleh bincg dengan adik beradik. :)

      Delete
    3. Saya esok InsyaAllah buan Angio dan harap cost kurang 30k sebab saya punya cover 30k je.Semoga dipermudahkan.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. betul ke ubatan ni....takut ada yang mati nanti

    ReplyDelete
  4. Bgaimana keadaan mak awk skrg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selepas buat angiogram dah lama mak tidak kena serangan sakit dada. syukur :)

      Delete
    2. ada tak doktor ckp kesan sampingan setelah lakukan angigram?

      Delete
    3. maaf nak tya lepas buat angioplasty mak awak da ok sihat smpai skrang ke

      Delete
    4. Ya allah takutnya dengar tpi untuk kesihatan🥺 20/9/2021 awaiting angiogram..sakit jantung di usia 27 tahun😓😓😭😭 di waktu covid tanpa family disisi😭😭

      Delete
    5. Date angiogram dah pun berlalu..boleh kongsi tak..ape yg berlaku sebelum dan selepas angiogram..sya menanti tarikh 5/1/22 giliran sya plak..

      Delete
    6. Alhamdullilah selepas buat smuanya kembali pada pulih normal..xperlu takut sbb xda rasa sakit

      Delete
    7. berapa lama awak tunggu untuk dapat tarikh angio ye?

      Delete
    8. Ada yang lagi muda umur 27.sya bru umr 30an 10/9/22 msuk hospital injap jantung bocor'belah kiri atas bawah'kanan atas'3saluran bocor'dah Buat angiogram bulan lepas'saluran xde tersumbat'cuma tunggu hosptal serdang pngl untk tukar injab.mungkin lama lgi kot nk sampai giliran😁😁

      Delete
  5. Cuba pergi ke Hospital Serdang, sana khas utk sakit jantung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul hosp serdang bole tapi queue kena la tahan sikit..ramai..sy pun patient serdang..baru lepas wat angiogram d ijn..free je..serdang yang refer hehehehe..angioplast tak dapat buat lagi sebab sumbat dah 99%...waiting next plan dari doc..yg rasa nak ambil suppliment, HENTIKANLAH..ingat, penyakit jantung ada 40++ jenis..jangan nanti mudarat ke tempat lain..saranan sy dptkan dulu rawatan..kenali daya tahan bodi sebelum nak guna suppliment..berpuluh hosp sy pegi, belum ada doc yg sarankan guna suppliment kecuali yg bervitamin..pelikkan bila sakit, reti cari doc atau hosp atau klinik..napa tak cari penjual suppliment tu je minta bedah ke atau ubati sakit tu jika suppliment diorg baus..tu taktik diorg bagi laris brg dgn nyatakan org itu ini makan/minum produk dia jd bagus..sume kincingg...

      Delete
    2. Buat angiogram di IJN kalau xde GL pun free ke?maaf sy tanya utk penjelasan terperinci

      Delete
    3. Angiogram punya kos dkt hosptl government brapa? Free ke kna byar

      Delete
    4. berapa ye kos buat angiogram dkt hosp serdang??

      Delete
    5. Saya pun Baru buat angio Di IjN pada bulan April lepas dan dipasang stent, cost dekat rm30k juga...alhamdulillah ada GL, Ada bertanya pada dr tentang suppliment, punca dan pantang. Drama kata seribu org seribu punca, badan lain.lain.. ada org boleh makan itu, ada org tak boleh makan ini..jadi Dr kata makan lah apa pun janji berpada dan beringat. Ubat jangan miss dan elakkan suppliment kalau boleh.

      Delete
    6. Saya baru buat angiogram pada 24/8/2024, paling terbaru, masuk belon dan satu stent di Hospital Serdang. Bil yang diberikan RM2500+490 sahaja.. Satu gunakan GL Kad Pesara isteri. Alhamdulillah, percuma sahaja. Kes saya dari Hospital Melaka, naik ambulance lagi, tengahari balik Melaka, warded lagi dua hari di Hospital Melaka dan boleh balik rumah

      Delete
  6. Esok pagi saya kena angiogram sbb arteri tengah tersumbat 95%...buat di kmc alor setar.. kos melebihi 25k...utk arteri dua dan tiga 10k setiap satu...guna insuran takaful berkelompok....

    ReplyDelete
  7. angiogram cuma pemeriksaan jantung jer manakala angioplasti baru la proses memasukkan stent kan hahaha aku baru kena serangan jantung bulan oktober 2019 kena buat angigram pada 08.01.2020 aku isi borang perubatan jpa 1/2009 , borang mysalam(aku layak), borang peka B40 , akan mintak dana perubatan melalui doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brape lm tggu lulus Borg jpa tu...sbb somi sy Dr Kt 4@5 bln btl ke

      Delete
    2. X pasti puan saya wat 20hb nov 2019 htr form jpa smpi ni x de jawapan lg

      Delete
    3. encik,klu buat angiogram tu boleh mintak ke bantuan mysalam tu?termasuk jgk ke yg dlm 45 penyakit kritikal tu?

      Delete
  8. Angiogram kos dalam rm6k
    Angioplasty kos dalam rm25 utk 1 stent..

    ReplyDelete
  9. Angiogram - RM2500 gomen subsidi bayar cuma RM100 termasuk warded, mcm2 test dan ubat2an
    Stent 1 unit RM7000 - gomen subsidi 50% cuma perlu bayar RM3500

    Sy baru buat 6.1.2020. Alhamdulillah tiada yang tersumbat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy baru buat angiogram di hospital govt kelmarin 13/1/2020 tp jantung sy ok..tiada masalah tersumbat..chk out dr hospital byr rm36 je

      Delete
    2. Berapa lama menunggu giliran?

      Delete
    3. Buat kt hopital mana tu 36 jek

      Delete
  10. Boleh saya tau, en.jay masih berkhidmat dgn kerajaan atau pesara ye? Sbb pemahaman saya en.jay buat pembayaran ye 50% untuk stent 1, & angio tu percuma kerajaan bayar.

    ReplyDelete
  11. Boleh tahu, mak buat angiogram dimana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole call saya utk syer pengalaman puan iza,0162034643

      Delete
  12. Saya baru masuk stent di htta charge seratus lebih je duduk tiga hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. HTTA kt ipoh ke tuan/puan? Boleh tahu proses refer ke htta dari hospital mana?

      Delete
  13. Saya baru buat angiogram 3 mac lalu di Hos Serdang. Ada satu sumbat sebelah kiri ( LAD) terus masok stent. Masok wad satu malam. Kps bayar RM50.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan buat angio di H.Serdang sebelum PKP, berapa hari dok di HS sebelum dsn selepas buat angio. Berapa harga buat angioplastic utk satu stent? tk

      Delete
  14. Siapa2 boleh share makanan apa yg diamalkan lepas buat stent ? Dan supplement mmg kene stop ya ? Even supplement utk kurangkan kolestrol ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada yg lebih baik dr bersenam secara konsisten
      ..walaupun cuma berjalan saja.

      Delete
  15. Saya baru buat angio sebulan yg lalu di PPUM
    Alhamdulillah 3 tersumbat
    Baru buat dua yg 90 & 80%
    Yg 60% belum buat

    InsyaaAllah slps buat sakit dada semua hilang
    Doakan saya sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahu tuan berapa kos rawatan pasang stent. Tuan Pakai GL ke?

      Delete
    2. Gl atas nama sendiri ke tu.blh dptkan kepastian

      Delete
  16. Saya baru buat angiogram
    2 hari sudah...kos 2335...guna GL...bayar 66 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah untunglah kerja kerajaan..

      Delete
    2. Mak sy ade buat angioplasty . Ade 5 blockage kat artery, angioplasty bulan Sept, 2019. Alhamdulillah smua ok. Awal2 dulu every 2 week kena check up ngan doc, tp skrg dh every 3 months full check up skali ECG. Alhamdulillah semua baik. Kami buat kat CVSKL & check up di KPJ Perdana. Highly recommended kat 2-2 hospital ni. Doc sgt baik & cepat.

      Delete
  17. Saya baru buat apoinment utk buat ct scan angiogram kos dlm RM 1000++ dlm rm 1050 gitu dr bagitau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ct scan angiogram di bp ipoh

      Delete
    2. Baru aja buat angioplasty 28.10.2021..pasang 3 stent..nak tahu..penjagaan selepas tu...masih terkejut tak pernah sakit ..2 hari sakit dada pi pantai terus masuk icu...terus buat...

      Delete
    3. Hi boleh saya tahu brp lama awak tunggu untuk dapat tarikh untuk angio?

      Delete
  18. Mak sy pun br doc IJN bgtau kn buat angio nie..tp masalah mak sy injap bocor..doc buat produser tu patient xsedar kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon baru lepas buat angiogram cuma bayar rm62 dkt hospital krajan'cuma tunggu hspital serdang untuk operate injab jantung saya 3 saluran bocor

      Delete
  19. Assalaamu'alaikum....
    Saya terkena serangan jantung pada 28hb.Nov.2021.
    Saya dibawa ke hospital Pekan jam 1.30 tgh hari dalam keadaan tidak sedarkan diri.
    Alhamdulillah saya kembali Sedar jam 5.45 petang hari yang sama..
    Keesokan hari nya iaitu pada 29hb.Nov.2021 jam 8 Pagi saya di bawa ke Htaa Kuantan untuk urusan Angiogram...hasil nya saya di sahkan alami 3 saluran tersumbat melebihi 70 peratus...1 saluran 60 peratus.dan berapa saluran yang lain bawah 30 peratus...
    Alhamdulillah dibawah pengawasan berapa orang doktor di Hospital Pekan saya discharge pada 3hb.Disember 2021...
    Terima kasih Dr Athirah.Dr Syafiqah Dan para pembantu..

    Pada 29hb Disember.2021 jam 1.30 tengah hari..saya rasa kurang selesa..bertemankan..Anak saudara saya bergegas ke Hospital...jam. 4 petang Doktor sahkan saya alami serangan jantung Kali ke Dua..Dan Kali ini di bahagian bawah..hasilnya.4 saluran jantung saya telah tersumbat..2 atas Dan 2 dibawah...

    Para Doktor berusha untuk lakukan Angioplasty secepat mungkin.malangnya Htaa terlalu padat ..


    Alhamdulillah
    Pada 30hb.Dis.saya diberitau oleh Anak sulong Dan Adek lelaki saya mereka akan pindahkan saya ke Kuantan Medical Center..
    saya. dibawa ke KMC pada 30hb..dis.2021
    Dan pehak KMC iaitu Prof Dr AZARISMAN Shah Dan teamnya akan buat Angioplasty pada Isnin 3hb.Jan.2022..

    Alhamdulillah
    Saya selesai buat angioplasty pada 3hbJan2022.
    4stent selesai kurang lebih 2 jam..
    Alhamdulillah terima kasih Allah
    Terima kasih .. doktor Dan pasukan nya...



    ReplyDelete
  20. Saya dah masuk stent di hosp swasta...kos semua sekali 25k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat fi hospital mana ye Tuan

      Delete
  21. Tarikh pasang stent 11/3/2023
    Ptg 12/3 discharge...sumbatan saluran 70,%

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Angiogram di hospital pantai sg petani lbh kurang rm 3200 termasuk wad . Angioplasty for single stent lbh kurang 20k

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox