Posts

Showing posts from September, 2015

Selamat Hari Ulangtahun ke 5 Arryan!

Image
S elamat Hari Lahir yg ke 5 tahun abang long!! 8/9/15.....masih segar dalam ingatan sewaktu melahirkan abang...bukan mudah nak melahirkan abang tetapi ibu ingat tempoh sakit ibu lahirkan abang hanya 1jam! Ibu minta maaf sebab tidak dapat buat birthday party untuk abang memandangkan banyak perkara yang datang sewaktu hari kejadian. Esoknya pulak adik demam..jadi ibu dan papa sempat belikan abang beberapa potong kek secret resepi yang abang suka. Ini adalah gambar abang semasa hari kejadian. Ibu sempat lah snap buat kenangan. Dia tidak minta hadiah tapi kami tetap rasa nak belikan hadiah. Kebetulan papa ada kerja diKL maka papa beli lah terus hadiah untuk abang. Beg dan pensel warna!! Abang nak beg boboiboy tetapi papa kata tak jumpa. Tidak mengapalah..hihihi. Pensel warna ni dah ada tau..tapi budak-budak kan...selagi boleh minta dan dapat yang baru, selagi tu dia nak. Rasa ibu nak buka kedai pensel warna tau dak?? Tetapi mostly hilang merata... Kenapa ada g...

Anas Mikael Part 3: Berpantang!

Image
Berpantang!!! Semua ibu-ibu rasa tertekan apabila dengar berpantang....errr..bukan berpantang ajal sebelum maut yer...hihihi...bukan juga pantang undur sebelum operasi...ehhh?? Hari sabtu aku melahirkan, bersamaan Nuzul Al Quran, Ahad tengahari kami berdua boleh balik..horayyyyy!  GAMBAR 1 Aku mula-mula agak cuak memikirkan penerimaan Umar (anak no 2) tentang baby yang baru keluar ni. Ye lah, sebelum ni dia memang tak suka aku pegang mana-mana baby..dah tu mana aku tak risau. Kang dia yang beriba, baby duduk bawah.  Tetapi, masuk je kereta, wahhhhhh!!! Semua teruja...yang itu jerit yang ini jerit "Baby!!" "bibi" "Baby " "Bibi..!" Alhamdulillah...Abang Umar suka sangat dapat baby! Kali ini, anak ke tiga, aku berpantang sendiri. Mak aku sudah tidak larat untuk travel dan dia juga baru sahaja membuat rawatan Angiogram jantung. Maka aku terpaksa berdikari sendiri. Dalam hati Allah sahaja yang tahu. Su...

Saat Kelahiran Anas Mikael Part 2

Image
Saat Cemas Di Dalam Kereta… 7pagi. Aku dan suami dah sedia nak ke hospital. Sakit dah tak tahan tiap kali contraction..tetapi boleh tahan sebab amalkan pernafasan tersebut. Angkut semua barang masuk kereta, angkut anak-anak. Dalam kereta nak hantar Umar, contraction dating..aku tak boleh cakap..tarik nafas..tarik nafas!!! Ya Allah….begini rasanya contraction yang cepat..aku doa dan doa. Selesai hantar Umar, suami pulak sakit perut!! Aduhhh..terus aku gelak….aku yang sakit, dia yang cuak..hihihii Suami kata dia kena patah balik rumah..tak selesa melepas hajat tempat lain..aku terpaksa menurut!! Laju suami aku bawak kereta...sebab aku ke sebab dia sakit perut?? Hahahhaa….gelak dengan dia..eh, nak datang dah contraction…diam...lepas contraction, sambung gelak.... Perjalanan ke rumah aku rasa lamanya...4-5 kali surge ni!! Menggila sakit ni..suami kata “ibu ni memang nak bersalin dah ni...muka berkerut semacam dah..” Tunggu pulak suami dalam kereta..aduhhhh..Ya Allah.......

Saat Kelahiran Ahmad Anas Mikael Part 1

Image
Saat Kelahiran Lama dah tunggu masa nak update kisah kehamilan Anas Mikail ni..tetapi asyik tangguh saje. Memang salah aku sebab elalu tangguh. Ketika minggu ke 39 aku mulai gusar memikirkan bila agaknya aku akan melahirkan. Takut juga kalau-kalau aku dipaksa bersalin jika terlebih due date. Doa sering aku panjatkan agar aku dimudahkan bersalin, tempoh kesakitan sekejap, cepat bersalin. Pelbagai aktiviti yang aku dah lakukan untuk mempercepatkan bersalin. Contohnya aku cuci toilet secara mencangkung, aku banyak berjalan, lipat baju, potong bawang, sayur semua mencangkung. Naik turun tangga..makan buah nenas, minum air gas (ini aku rela yer..bukan paksaan…jangan tiru jika khuatir gula..) hehehehe. Esok adalah hari aku cukup 40 minggu berdasarkan kiraan mesin scan. Aku makin cuak. Tanda-tanda melahirkan masih belum ada. Ada juga rakan-rakan yang cerita mereka ada juga bersalin 2-3 hari selepas due date. Aku redha. Tapi malam tu aku ajak suami beli pizza hut. Terla...