Selamat Hari Ulangtahun ke 5 Arryan!

Selamat Hari Lahir yg ke 5 tahun abang long!! 8/9/15.....masih segar dalam ingatan sewaktu melahirkan abang...bukan mudah nak melahirkan abang tetapi ibu ingat tempoh sakit ibu lahirkan abang hanya 1jam!

Ibu minta maaf sebab tidak dapat buat birthday party untuk abang memandangkan banyak perkara yang datang sewaktu hari kejadian. Esoknya pulak adik demam..jadi ibu dan papa sempat belikan abang beberapa potong kek secret resepi yang abang suka.



Ini adalah gambar abang semasa hari kejadian. Ibu sempat lah snap buat kenangan. Dia tidak minta hadiah tapi kami tetap rasa nak belikan hadiah. Kebetulan papa ada kerja diKL maka papa beli lah terus hadiah untuk abang.


Beg dan pensel warna!! Abang nak beg boboiboy tetapi papa kata tak jumpa. Tidak mengapalah..hihihi. Pensel warna ni dah ada tau..tapi budak-budak kan...selagi boleh minta dan dapat yang baru, selagi tu dia nak. Rasa ibu nak buka kedai pensel warna tau dak?? Tetapi mostly hilang merata...


Kenapa ada gambar laptop comel ibu ni?? Kerana mahu update blog tentang abang lah ibu kehilangan seribu keping gambar dari phone ibu!!! wawawawawa.... Ibu nak transfer gambar tetapi hanya ada card reader maka kena lah ngap oleh virus tersebut...kelu..pilu tersedu ibu melihat hanya ada 153 keping dari 1k gambar......!!!!

Hm..tetapi cepat jugak ibu bangkit bali..cehhhhh...walau semua gambar newborn baby hilang, tetapi baby masih ada depan mata ibu..ibu tetap syukur. Anak-anak masih ada...masih boleh ambil banyak-banyak memori. Okay..ibu dah buat back up..huhuhuhu

For abang, ibu dan papa ucap selamat menjadi abang yang baik, selamat menjadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata, patuh, terang hati, bijak, penyayang. Ibu faham abang kadang-kadang protes sebab selalu kena mengalah tetapi kami ganti balik dengan perkara yang dia suka.

Kami akan terangkan pada dia kenapa dan mengapa perlu tolak ansur. Beri dia faham kenapa adik dan baby perlu itu dan ini. Alhamdulillah Wafi Arryan mempunyai otak yang cepat dewasa. Cepat faham walau kadang-kadang dia pun ada rasa cemburu. Lumrah lah itu sebagai abang atau kakak.

Jom layan gambar anak ibu si hero yang lasak lagi manja dengan papa. 

Waktu ini terpaksa beri Ipad pada adik umar dan ibu umpan dia beli jeans dengan duit raya, Baru boleh senyum.


Seronok berhari raya. Jumpa ramai sepupu. Suka sebab ada baby baru!

Ibu dalam pantang, maka papa bawa mereka jalan-jalan. Tiap2 malam kuar mereka ni. hihihi
Newborn wafi arryan!

Comments

  1. Selamat hari jadi arryan....semoga menjadi anak yang sholeh...aamiin...

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir...semoga jadi anak yg cemerlang dunia & akhirat..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir arryan. semoga murah rezeki

    ReplyDelete
  4. hai...Yaya Cendana BW (NO.5) dari blog uzu Emas Putih BW sini....dah follow sini...harap sudi follow yaya blek.. :) mohon komen murni di sini...tq... :)

    http://www.yayacendana.com/2015/09/review-telur-pindang-nordin-terkenal-di.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox