Saat Kelahiran Ahmad Anas Mikael Part 1


Saat Kelahiran

Lama dah tunggu masa nak update kisah kehamilan Anas Mikail ni..tetapi asyik tangguh saje. Memang salah aku sebab elalu tangguh.
Ketika minggu ke 39 aku mulai gusar memikirkan bila agaknya aku akan melahirkan. Takut juga kalau-kalau aku dipaksa bersalin jika terlebih due date. Doa sering aku panjatkan agar aku dimudahkan bersalin, tempoh kesakitan sekejap, cepat bersalin.

Pelbagai aktiviti yang aku dah lakukan untuk mempercepatkan bersalin. Contohnya aku cuci toilet secara mencangkung, aku banyak berjalan, lipat baju, potong bawang, sayur semua mencangkung. Naik turun tangga..makan buah nenas, minum air gas (ini aku rela yer..bukan paksaan…jangan tiru jika khuatir gula..) hehehehe.

Esok adalah hari aku cukup 40 minggu berdasarkan kiraan mesin scan. Aku makin cuak. Tanda-tanda melahirkan masih belum ada. Ada juga rakan-rakan yang cerita mereka ada juga bersalin 2-3 hari selepas due date. Aku redha.

Tapi malam tu aku ajak suami beli pizza hut. Terlalu nak makan pizza yang bercheese!! Bulan puasa kan masa tu..malam patut dah kenyang tapi nak jugak makan. Lalu lepas solat kami berempat ke Pizza Hut. Aku sendiri keluar order.hihihi

Balik makan…oh..nikmatnya!! Terima kasih sayang!!

Ohhh..lupa nak beritahu. Aku naik tangga sambil berlari anak malam tu..hahahaha..

Jam 3pagi aku tersedar sebab terasa sakit perut. Hati berbolak balik. Ishhh..ni sakit kejap ni…tidur lah dulu…
4 pagi..tersedar lagi…aaahhh..malasnya nak sahur..bangun minum susu + ESP. Tidur kembali.
6pagi – Aduhhh..sakit yang tak boleh lena ni….naluri kuat mengatakan macam dah tiba masa. Aku bingkas bangun mandi. Masa mandi pun terasa mengeras yang memulas.

Selesai solat subuh, aku kejut suami solat dan beritahu beliau yang aku sudah rasa sakit-sakit. Dia terus bangun mandi dan solat. Sambil menanti suami, aku mula siap-siap barang. Basuh pinggan, botol-botol Umar, kemas apa yang patut sambil melayan contraction.


Setiap kali contraction, tarik nafas melalui hidung, hembus dalam tekak…(udara tak keluar dari hidung atau mulut) tapi hembus ke dalam tekak dan buat bunyi seperti berdehem tapi panjang sepanjang nafas dihembus. Huhuhuhu..tak tahu uols faham ke tak. Tujuan? Melambatkan proses hembusan nafas kita..supaya baby kekal dapat oksigen sewaktu contraction. Ulang dalam 3x. Alhamdulillah contraction tak rasa terlalu sakit.
Ada masa aku mencangkung, tangan sangkut pada kerusi..dan tarik nafas 3x.

Aku dapat rasa yang contraction ini sudah less than 5minit sekali!!!! Sebab baru je lepas main tarik nafas..dah dating lagi surge itu. Penat!! Aku teringat kisah minum milo+sesudu margerin. Aku terus bancuh dan minum satu gelas. Makan??? Tak lalu….

Sambungan……..

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox