Tips Berjalan Jauh dengan Kereta Compact dan Anak Ramai
Bismillahirrahmanirrahim..
Minggu lepas kami balik kampung Kelantan. Bunyi macam jauh je kan?? hihihihi....
Sebelum tu dah sembang dengan suami, kereta kita kecik..bagaimana nak urus tempat tidur budak-budak ni nanti baby keluar? Balik sekolah suami datang ambik, tunjuk seat kete yang dah direbahkan....(kami guna myvi) jadi kete compact ni bersambung seat dengan bonet kete. Eh, macam luas je kan? Anakku siap test tidur dalam tu.....
ini gambaran awal sebelum dilapik comforter |
Khamis malam tu, aku pun turun kemas apa yang patut dalam kereta. Lapik dengan comferter seat tu..biar tebal sikit, bantal ready dua. Jadi barang beg hanya duduk dipermukaan depan bonet..tepi pintu bonet tu je...maka muat lag 2 adik beradik tu tidur lurus kaki.
Mula-mula si angah agak akward kena tidur situ sebab selalunya menempek dekat ibu atas riba. Pujuk punya pujuk akhirnya setuju jugak. terpaksa luaska tempat tu sebab abang dia tidur buas sikit..adik statik je. Lena tak hingat dunia jugak diorang...Alhamdulillah....setel masalah kami. Tunggu baby keluar je..
TIPS BERJALAN JAUH DENGAN KERETA COMPACT
Tips yang daku ingin share ini bukan lah tips yang hebat-hebat, tetapi cukuplah bagi mereka yang anak 3,4 dan punyai kereta kecil macam Myvi, Jazz, Iriz, Axis, Viva dan seantero dengannya.
Pertama: Bergerak pada waktu malam. Bukan tengah malam khuatir pemandu mengantuk. Malam biasanya anak-anak mudah mengantuk, jadi mereka akan tidur dan kita tidak penat untuk melayan karenah mereka.
Kedua: Penuhkan perut anak-anak dahulu sebelum bergerak. Biar semua kenyang dulu. Baru mudah nak berjalan. Perut kenyang, mata mengantuk! NIce!
Ketiga: Sediakan tempat tidur yang selesa- Jika MPV boleh lah pilih-pilih seat tetapi jika kereta macam kami, kena buat bilik seperti gambar diatas. Kalau boleh siapkan bantal dan selimut.
Keempat: Barang bawa seminimum yang boleh sebab jika barang banyak, mana nak letak beg tu???
Kelima: Isi minyak penuh-penuh. Sebab kalau anak-anak kami, kereta berhenti je, mata terus bukak dan minta macam-macam...huhuhu...bersepah nanti bilik tidur diorang.
Keenam: tenaga si pemandu. Pastikan pemandu cukup tidur atau sediakan air minuman yang bertenaga...(jangan pulak beri redbull atau livita) Kandungan gula tinggi. Kopi...pun elakkan sebab kafien tinggi dan boleh menyebabkan sakit kepala bagi pemandu.
Pada pengalaman saya minggu lepas, saya beri air Cinch Energy Teamix Shaklee pada suami sebelum kami bersiap pulang. Air tu saya mix dengan ribena...Sedap pun sedap dan yang pasti tiada kafein, teh herba, teh hijau semua ada.
Suami cakap...tak mengantuk langsung. Walau kami bertolak jam 10malam..sampai kelantan almost 2pagi. Hebat kan???
Kenapa Cinch Energy TeaMix Shaklee tidak mengantuk???? BACA SINI
Esoknya kami bawak anak-anak jalan-jalan...sambil suami beli kain untuk menjahit! Ops...suami ku buat apa??? Menjahit??? Mesti teruja kan??? Tunggu next entry lah saya update kisah Suamiku Encik Tailor!!
Layan gambar lah pulakkkkkkkk!!!!
Air dalam botol tu wajib sorang satu sebab mudah..tak tumpah..kecik kiut je. |
Eh..ada dua je...hihiihhi..next time ku update lagi yaaa!!!
Pengumuman!!!
Pengguna Shaklee sekalian...Jom pakat borong stok vitamin anda sebelum kedatangan GST beberapa hari lagi. Pembelian tamat sehingga 6 petang ini (29/3/15) sahaja dan HQ akan stop beroperasi sehingga 1 April 2015.
Jangan Lepaskan Peluang anda untuk dapat lebih menjimatan harga vitamin!
Comments
Post a Comment