Unbaked cheese cake (ala2 new york cheese cake)

tadaaaa!!!
Ini lah dia kek yang aku berjaya buat...tp dengan bantuan kawan2 aku pya resepi jugak...kredit to MamaAdam dan kak umi....nway baru je dtg niat utk aku buat kek ni..ye la,tgk dorg pya kek,hampir melekleh aku terliur. hehehehe..aku pon suatu hari mengajak alamak..skema plak..ajak kak jue, rakan sekolahku utk teman aku g bli brg.





itu la antaranya.....ok...da byk melalut nih...mari kita ke resepi kek nya...aku amik dari kwn aku..tp ade yg aku alter ikut selera aku la..

ok..resepi d bawah aku amik dari kak umi....mintak copy paste yer akak!!!!

Bahan dasar:

  • 200 gram oreo hancur(senang citer 2 bungkus oreo yg panjang)
  • 50 gram butter - cairkan

Gaul sebati serbuk biskut dengan butter. Ratakan dan tekan dalam springfoam, biar padat. sejukkan selama 20 minit dalam fridge. (macam gambar di bawah pon gambar kak umi)

Bahan Filling:

  • 250 gm cream cheese
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 1/2 sudu besar serbuk gelatin
  • 100 ml air panas
  • 200 ml whipping cream
  • 60 gram gula(umi guna gula castor)
  • 100 gram biskut oreo yang telah hancur

Jom Cuba!

  1. Pukul whipping cream dengan mixer pada kelajuan tinggi hingga kental. Ketepikan.
2. Tuang air panas di dalam bekas. kemuadian masukkan serbuk gelatin dan kacau hingga benar2 larut. Ketepikan. (jangan masukkan gelatin baru air panas, gelatin akan berketul)

3. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dan gula hingga kembang.

4. Kemudian masukkan larutan gelatin dan jus lemon . Pukul lagi.

5. Masukkan whipping cream tadi, kacau secara kaup balik hingga sebati dan rata.

6.masukkan inti oreo dalam filling..aku xsuka rs oreo sgt jd xletak oreo dlm tu...

7. Tuang ke atas bahan dasar. Sejukkan dalam fridge semalaman. Hias dengan deco kegemaran.



siaplah...selamat mencuba yer kengkawan!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Anak Kuning Lebih Sebulan Tanda Berpenyakit?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.