SeLaMaT UlangTahun Kekanda Tersayang!

Bismillah....hari ni rajin pulak nak mencoret moret. xpe..ms rajin ni buat lah zairul..hehehehe..
ok..berbalik pd tajuk d atas..yes..today is my love's birthday. yang ke...28 ye sayang?? ibu n arryan nk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat papa tersayang. 
Papa....bukan sekadar ucapan birthday sahaja..tp ade byk lg.
Ya, papa kami ketua yang terbaik.
Dia takkan biar kami lapar, kami menangis.
Dia takkan kata TIDAK bila anak n ibu meminta.
Dia garang, PLKN, tapi kami semua tetap mahukannya bila2 masa.
Dia suka mengusik, tapi kami suka.
Dia sentiasa menyokong ibu.
Dia sentiasa sayangkan ibu n Anak..
Dia suka belikan kami apa yang kami minta, sedangkan bajunya sendiri tak pernah bertukar.
Dia marah ibu kalau ibu terlewat sembahyang. Dia selalu ingatkan ibu jgn tidur dalam keadaan terhutang pd Tuhan. (belum sembahyang).
Dia naughty, tapi kalau dia diam kami susah hati.
Dia seorang yang menyenangkan hati.
Dia berani. sesuai dgn ibu yang penakut.
Dia jarang sakit. Dialah yang selalu jaga kami.
Dia yang siapkan keperluan ibu. Dia tukang isi air masak,buat susu tgh malam klu ibu penat.
Dia sangat istimewa. sangat. dan kami takkan boleh sangkal itu.
Dia itu adalah imam kami. Dan kami sangat memerlukannya setiap saat.
Dia itulah PAPA~~Ahmad Faiz B Ibrahim..

Kami sangat sayangkan papa kami...Ya Allah..Engkau berkatilah hidupnya,berikan lah kesihatan tubuh badan pd papa kami,murahkan lah rezekinya, rahmatilah apa yang dia lakukan untuk keluarganya.dan panjangkan lah umurnya..Amin...


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox