Sambungan Kisah setelah sebulan Wean Off (Cerai Susu)
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana usaha ku mendapat keizinanNya!!
Memang pada awalnya agak mencabar kerana aku juga hampir putus asa. Satu sebab beberapa hari selepas itu kami ke Kuala Lumpur selama 4 hari dan selama itu juga aku banyak BF dia sebab tak nak dia meragam di tempat orang.
Apabila balik terengganu aku kemabli tekad sapu kembali bawang putih disitu. Aku siap tunjuk ini lah ubat ibu. Aku bagi dia cium bau bawang yang semerbak itu. Memang muka dia tak nak habes pada bau itu.
Setiap kali dia mintak susu, aku cakap "Umar nak bau ubat ibu??"
cepat-cepat dia geleng kepala dan dia mintak susu botol. Lama kelamaan baru aku sedar yang dia dah lama tak menyusu siang hari dengan aku kecuali dalam kereta.huhuhuhu. Dan aku sedar, tiap kali dia mintak BF, cepat-cepat dia tukar mintak susu botol...alahai..kesian anak ibu. Tapi untuk kemudahan dia juga. Malam-malam aku perasan dia tak kenyang semata-mata BF..lalu aku paksa dia botol. No choise, lapar punya pasal dia minum dan tidur lena.
Hari ini, 23 Dis 2014, aku nak tidurkan dia....very simple...letak je dia meniarap atas tilam.ulit, tepuk, zikir sikit...lena sudah...Alhamdulillah. Pernah masa masak nasi aku baca sepotong ayat yang Ust Kazim Alias ajar dalam surah Yasin. Ayat yang ada kun fayakuun. Masa tu aku niat supaya Umar mudah untuk berpisah susu badan dengan aku. Semasa beri dia susu botol pun, aku doa supaya dia mudah untuk berpisah susu dengan aku. Alhamdulillah Allah mudahkan jalan aku.
Umar pun makin hari makin banyak minum susu. Dia minum susu yang campur dengan tamar koko atau milo. Apa sahaja lah sayang...Badan dah berisi. Ye lah..setiap kali dia rasa nak mengempeng, dia mintak susu, 5oz mesti habis.
Akhir sekali aku harap Umar semakin cerdik dalam memahami keadaan ibu selepas ini. Marah tu biasalah, aku tak nak manjakan dia sangat. If not susah aku nak handle dia dan abang yang juga turut mula jealous dengan adik. Sabor je lahhhhh....
gini lah gaya dia nak tidur, tepuk2 je bontot dia....hiihihi
Comments
Post a Comment