Cabaran wean off (cerai susu badan)
Bismillah...selamat malam buat mereka yang belum tidur. Apa kes cikgu tak tidur lagi jam 2.30 pagi ni??? Haaaaa..ni la nak cerita kat uols....sejak dua menjak nih, aku terfikir bahawa aku perlu stop breastfeed Umar memandangkan Umar dah nak 2 tahun. Susu pun dah kurang sebenarnya.
Actually Umar nih jarang minum susu botol.
Aku rasa semua anak yang jenis Fully BF nih cenggitu perangai diorang. Botol hanya dirumah pengasuh. Susah weiiii..asyik nak melekap je 24jam. Nak bangun dari pembaringan memang masalah..last-last aku sendiri yang terlena. Dah tu, tak boleh tengok ibu baring-baring depan TV ..mula la nak menyelak..nak mengempeng aje kerjanya!!!
Lalu, bila tiba musim cuti ni, mak aku kata eloklah buat waktu cuti nih..sebab waktu nak melepas susu, anak akan menangis, tak lena tidur dan meragam tengah malam. Aku amik teknik bawang putih yang ditumbuk manja-manja..sapu dekat Miss N kiri dan kanan. Yg baki aku selit je kat Miss B_a. Pedih wooooo!!! Garlic nih panas dan pedih rupanya.
Bila Umar nak menyusu, dengan senang hati aku bagi. Siap offer lagi. Sekali dia rasa..muka tonyeh habis. Mulut ala-ala nak muntah..wekkkk...tak sedap aku cakap. Dia pun refuse terus dari menyusu. Aku offer air milo dalam botol. Minum pulak dia nih!! Tu pun puas pujuk. Habes pulak tu. .
Tapi kejap je lah. Sebab bila nak naik kereta kena basuh sebab bau kuat woo garlic nih. Tengah malam ni aku tekad tak nak beri BF dia. Aku cakap tak boleh sebab ibu letak ubat. Dia punya mengamuk..dekat 30 minit. Aku offer susu tak nak...aku pon campur milo. Pujuk pya pujuk dia minum. Abes 4oz baru lah dia pusing dam tidor balik. Sebab kenyang dan tak mintak dah BF. Fuhhhh..mencabar beb...tengah2 malam kena tahan mata sb dia mengamuk tak nak botol.
Tapi sejak 2,3 hari ni dia dah faham bila ibu cakap letak ubat dia akan fikir dan resah gelisah nak tidur. Kalau dia tak lapar dia akan tidur without susu. Kalau lapar akan minum jugak. Alahai....payah. tapi dalam kereta bagi jugak sb payah dia mengamuk.
Jadi...kepada ibu-ibu diluar sana...jangan putus asa dan kena kuat juga apabila niat mahu bercerai susu. Mana taknya..tengok wajah anak yang menangis sayu apabila tak dapat BF..luluh hati ni. Tetapi kena pandai lah pujuk dan alih perhatian mereka. Bagi anak saya pula walau jam 2pg, saya kena buat mata dia celik elok baru mood dia cool down dan dia boleh terima air susu milo...
Saya still dalam process. Bukan sepenuhnya lagi. Tetapi dah ringan sikit lah. Ok..stop disini dahulu..nanti sambung. Selamat malam ibu-ibu, readears semua!!!
hahaha..macam-macam ragam diaorang nak stop bf..nak ngepeng jer 24 jam jer.sabar je la..
ReplyDeleteAlhamdulillah...sekarang nak tidur siang sudah boleh tidur without BF...hanya minta susu botol...malam je bg sorok2 sb dia xsedar..hihihihi
Delete