Perkembangan Janin 19minggu!! Sudah menendang ke?
Alhamdulillah, hari ini checkup untuk minggu ke 19/20. Aduhai...tak sangka sangat! Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar sudah nak masuk bulan ke 5 kehamilan. Betul kata orang, apabila anak sulung, kemain kita ingat tarikh, minggu..setelah anak masuk 2, 3 tak sempat nak ikuti perkembangan kerana sibuk mengurus anak-anak yang lain. Sebelum tidur je sempat usap-usap perut. Masa tu baru terfikir, eh, kenapa hari ini baby kurang menimbul??Menegang??? Padahal kita sebenarnya tidak sedar dek kesibukan kerja harian.
Dalam
minggu-minggu sebelumnya, semasa dan selepas minggu ke-19 kehamilan anda, otak
janin anda berkembang luar biasa cepatnya. Sistem-sistem lain terus bertumbuh.
Saiz janin
sekarang sudah kira-kira 15 cm. (dah besar anak ibu)
Apabila hamil minggu ke-19, otak janin
tersebut tersusun dari berjuta-juta neuron motor. Neuron adalah saraf-saraf
yang membantu otot-otot dalam otak berkomunikasi.
Perkembangan yang
baru dan berterusan ini akan membantu janin membuat gerakan sengaja atau tidak
sengaja.(baby dah buat tarian dlm perut ibu ye)
Ia boleh menghisap
jarinya(dah ada lidah!)menggerakan kepalanya, atau membuat gerakan-gerakan lain yang mungkin
dapat dirasai oleh ibunya Pendengaran janin semakin baik ia menghampiri minggu
ke-19. (agaknya selalu dengar suara abang-abang die menjerit..hihihi)
Ia mungkin boleh mendengar suara-suara dan
perbualan dari luar. Suara dari luar sangat jelas didengarnya. Dia boleh
mendengar orang bercakap, bersenandung dan bernyanyi!
Kulit janin pada
minggu ke-19 ini ditutup dengan lapisan pelindung berwarna putih, berkilau
seperti lilin, yang disebut verniks. Di bawah verniks, bulu halus yang disebut
lanugo masih terus menutupi kulit.
Pada minggu ke-19
kehamilan, buah pinggang janin sudah boleh berfungsi. Air seni atau urinnya
dibuang ke poket ketuban Poket ketuban merupakan beg cecair dalam rahim yang
mengandungi janin dan air ketuban.
Plasenta ibu
mengandung kemudiannya akan membuang kotoran tersebut.
Kegemukan akan berlaku ketika hamil Itu
perkara biasa. Lemak merupakan bahagian terpenting dalam pertumbuhan dan
perkembangan janin sekitar minggu ke-19 kehamilan. Memilih lemak yang tepat
adalah perkara yang amat penting sekali.
Perubahan pada
Tubuh ketika Hamil 19 Minggu
Dalam minggu ke-19
kehamilan dan minggu-minggu sekitarnya, tubuh ibu terus berubah dan
menyesuaikan untuk dapat menampung pertumbuhan baru dan keperluan selanjutnya
dari janin.
Tubuh ibu semakin
banyak menghasilkan darah.
Sistem peredaran
darah ibu akan berubah, tekanan darah lebih rendah daripada kebiasaannya.(perlunya zat besi dalam badan ibu) Vitalea menambah darah, menaikkan HB darah
Akibatnya, keadaan
ibu mungkin akan merasa pusing, pening, mual-mual atau pengsan kalau anda
berdiri atau bangun terlalu cepat.
Pada sekitar
minggu ke-19 kehamilan, ibu mungkin anda mengalami hidung tersumbat, hidung
berdarah, dan sakit kepala akibat bertambahnya aliran darah.
Pelajari cara
menangani masalah hidung. Ibu mungki juga mengalami rasa perih atau pendarahan
pada gusi. Pelajari tentang rawatan gigi selama hamil.BACA SINI
Pada usia
kehamilan minggu ke-19, kapasiti paru-paru ibu terus meningkat dan boleh menyebabkan
ibu akan bernafas agak cepat atau mengalami sesak nafas.
pada minggu ini, rahim kira-kira 1cm atas pusat. Perut sudah mulai membesar dan ada kalanya mengalami ketegangan dan gatal. Ohhhh.....sedih memikirkan parut yang mula kelihatan. Parut yang lama sudah pudar hasil saya berESP. Nak tahu tak bagaimana ESP pudarkan parut???
Ok....tak sabar nak tahu perkembangan anak ibu hari ini....miss you baby!!!
sonoknyerrr pregnant, hehe~
ReplyDeleteSeronok plus takut nk bersalin walau sudah 2x. Kalau sis belum ada pengalaman, In shaa Allah nnt sis akan rasainya juga :)
Delete