Hari Produktif Sedunia.


Salam semua. Misi nak mebuang sarang labah-labah pada blogku ini. Rasa almost 6months uols I left my blog empty. Poor me 😧

Untuk sekian kalinya..update kali ini berkisar mengenai kehidupan ku setelah......setelah cuti sekolah bermula. Jadi surirumah sepenuh masa ye. Best yang amat 😄

Okay. Baby? Oh..baby Alhamdulillah sudah 5 bulan lebih. Pandai banyak dah. Meniarap sambil bergolek-golek hingga jatuh dari TILAM. Bukan katil sebab kami dah 3 tahun tanpa katil. Huhuhu. Pandai gelak bila orang agah. Pandai beli jiwa orang bila nak orang dukung. Pandang je penuh kecomelan die. Ishhhhhh!!! Geram pulak.

Dah banyak hari kain baju tidak berlipat. Ada 2 bakul 1 baldi..1 dekat ampaian. Uols imagine lahhhh. Tetapi belum sampai tahap gali dalam bakul yer. Masih ada dalam almari masing-masing. Well daku ni kategori rasanya tak rajin sangat bab kain tetapi lebih rajin sikit didapur sendiri. Dapur orang I tak reti sikit. Setiap hari memang tak miss breakfast lunch...malam kadang-kadang je. Suamiku tidak gemar makan beli luar. So terpaksa lah masak tetapi memang untung banyak. Sihat pun sihat.

Nak dijadikan cerita. Bakul-bakul tu selalu ku pandang. Mengeluh. Bila la nak lipat. Pandang lagi. Alih kedudukan mereka je. Hahahaa..sentuh tidak. Pemalasnyaaaa. Suatu pagi..hari ini lah. Lepas solat subuh dalam 6.20 gitu..hihi..aku tekad nak lipat jugak!!😬 So kebetulan Tuan Anas ni bangun, aku angkut dia duduk depan TV tengok Halaqah. Tekad. Lipat sambil layan si Anas. Lipat...susun..atur..5orang termasuk aku ada la dalam 7menara aku susun. Hehehehe.

Finally..jam 8 lebih siap semuanya!!!! Bakul kembali kosong. Aku pun terlebih rajin terus simpan baju baju dalam almari masing. Siap boleh kemas almari sendiri lagi. Wahhhhh...bangga!!! Tetapi bukan untuk siapa siapa..untuk satisfaction sendiri jugak. Mata dah tak berbulu tengok kain-kain.

Tips???? Senang je...pagi ni suami dah sarapan siap2 nasi goreng ikan yang aku simpan dalam rice cooker tu. Buat malam tadi. Banyak. Tinggal cedok je. Panas lagi. Untuk kids pulak aku goreng roti canai segera...goreng nugget..kentang. Siap! Nugget tu aku letak dalam roti buat ala-ala burger. 3kali anak sulung aku minta! Sedap kot...ini resepi mertua aku. Sedap pulak. Tq mama😄

Ni ha gambar. Update pakai hp so gambar kat bawah yer....

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Anak Kuning Lebih Sebulan Tanda Berpenyakit?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.