Apa Yang Ibu Bekerja Perlukan Dalam Kehidupan Seharian Mereka?


Kenapa saya kagum dengan ibu yang bekerja? Maksud saya kerja diluar rumah. WAHM (Working At Home Mother dan suri rumah entry satu lagi ya!!)

Semasa dalam kereta saya terdengar di dalam radio mengenai apa yang dilalui oleh seorang isteri juga ibu yang keluar bekerja. Apabila difikirkan balik, memang agak banyak yang perlu dilakukan oleh mereka dan banyak juga yang perlu dikorbankan oleh wanita hebat ini. Pertamanya, mereka perlu korban masa bersama keluarga dirumah. Kedua, korban waktu tidur oleh kerana menyediakan segala keperluan anak dan juga suami sebelum ke tempat kerja. Ketiga korban tenaga melakukan segala aktiviti dipejabat dan juga dirumah, dan banyak lagi yang saya belum senaraikan.

Pagi-pagi sudah bangun berkejar menyediakan sarapan kepada anak (jika bersekolah) untuk ke sekolah. Menyediakan pakaian anak-anak. Lebih cepat jika suami turut sama sibuk membantu isteri. Alhamdulillah. Di tempat kerja pula sudah menimbun kerja yang menanti. Rehat hanya sempat makan dan solat..itu belum masuk bab ibu menyusu dan pumping time.

Balik ke rumah sudah petang, dalam hati apalah anak-anak makan hari ini? Jika sempat balik masak untuk makan malam, jika tidak bungkus mana yang perlu, kadang-kadang ada suami yang pulang waktu malam. Anak berada di pusat 'transit'. Kesian kan??

Balik..lihat rumah, pakaian belum basuh, takkan nak lihat sahaja???? Mesti jamah juga sedikit, bagi hilang kekusutan dimata. Kadang-kadang baju kerja pun belum bertukar. Masak ala kadar untuk anak dan suami.

Malam, sediakan persiapan esok atau lauk-lauk esok pagi, basuh baju, lipat baju jika sempat...yang mana berbisnes online, kena juga jenguk bisnes sebentar. Tidur dalam jam 11 atau 12 malam. Dan begitulh rutin harian. Ishhh..jika seorang ibu yang buat semua itu memang kerah tenaga sampai habis. Bagi saya, juga bekerja, saya perlukan tenaga bantuan untuk kekalkan stamina saya. Yelah....semua yang bekerja mesti rasa penat yang amat bila sampai rumah. Nah, waktu ini yang saya katakan saya mahu tenaga tambahan untuk saya siapkan tanggungjawab hakiki dirumah.

Bagi saya, ini yang saya ingin kongsikan, saya pengguna Shaklee, maka saya mula mengamalkan vitamin setelah saya lahirkan anak kedua. Saya tidak rasa penat langsung!! Juga selepas masuk kerja, saya teruskan ambil vitamin. Alhamdulillah disebelah petang saya lebih bertenaga dari sebelum ini. 

Ini yang saya ambil...sekarang pun ambil..preggy 4 bulan ;)




B complex ini sangat bagus untuk ibu bekerja supaya lebih beri tumpuan semasa bekerja, elakkan stress ditempat kerja dan dirumah, mengelakkan gangguan emosi apabila terlalu penat, mengelakkan gangguan tidur..jadi boleh tidur lena sebab kita rasa tenang. Juga elak keletihan, tingkat selera makan.

Vita-Lea Shaklee - Multivitamin Hebat

Mengandungi 23 vitamin dan mineral kiritikal yang mampu menampung keperluan badan manusia seharian. Multivitamin Vita-Lea Shaklee menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten ekslusif untuk shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan seluruh sel. 

Sangat sesuai untuk:

- Mereka yang mengamalkan diet harian tidak seimbang
- Mereka yang mementingkan kesihatan
- Wanita berkerjaya 
- Meningkatkan sistem imun
- Lelaki - semua peringkat umur
- Wanita baru bersalin
- Wanita yang menopous

Satu lagi peneman setia saya, pemberi tenaga saya - Energizing Soy Protein


ESP nih, memang saya jamin 100% memberi tenaga berpanjangan. Jika tidak sempat minum pagi, bawa je minum dalam kereta atau pantry office. Bancuh dengan air suam atau air yogurt sejuk....macam-macam. 

Ini resepi terus saya beri ------->>>>>>  RESEPI SEDAP ESP

Sekarang anda sudah tahu rahsia saya....jika anda juga ingin jadi wanita-wanita hebat, mari kita pentingkan kesihatan badan kita dahulu, kemudian barulah mudah uruskan kehidupan harian kita, stress pun tidak, malah rasa sama sahaja dari pagi sampai petang.

Selamat bekerja semua!!!!!!!!!!!!

zairul akmal-921126
0134576329-whatsapp/sms/call
fb: Zairul Akmal


Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox