Hari pertama ke sekolah baru. PASTI.

Alhamdulillah....tahun kedua wafi arryan masuk sekolah. Last year sekolah perpaduan...tapi setelah meneliti..si abang ni mahir sedikit bab alif ba ta, jadi kami buat keputusan hantar ke sekolah PASTI pulak...

Walau orang lain hantar ke sekolah swasta yang sampai ke petang, yang hebat-hebat, tetapi kami terima seadanya dan percaya sekolah kerajaan juga mampu ajar anak kita. Selebihnya adalah tanggungjawab ibubapa sendiri.

Malam lagi sudah pesan tidur awal..tetapi malam tadi ada cerita hantu..cerah pulak mata dia...aduhhh...kol 11 jugak kami tidur. Jam 6 pagi dia bangun dah. Pujuk biar dia semangat nak ke sekolah. Papa pakaikan baju baru, beg baru. Syukur semua berjalan lancar.

Sudah maklum..sekolah baru, dia tak biasa. Suami ku cakap mula-mula nangis juga sebab satu, jari dia luka bekas kena toreh dengan doktor buang nanah. Jadi risau kalau dia nak buang air atau makan. Plan asal nak daftar dan balik. Tetapi cikgu cakap its ok...ape lagi..menangis laaahhhh...siap beriba dengan cikgu. Aduhhh...

Balik sekolah, suami cakap dia suka. Esok nak pergi lagi. Alhamdulillah....cerdik anak ibu. Balik sekolah main tak hengat jari sakit. Sampai petang. Malam, makan pun sambil nak pejam mata.huhuhu...tidur dah si abang. Tamat lah cerita first day sekolah ahmad wafi arryan hari ini. Semoga abang lebih mahir dalam pelajaran abang. Ibu dan papa doa agar abang mudah terima apa yang diajar oleh cikgu.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Anak Kuning Lebih Sebulan Tanda Berpenyakit?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.