Selamat Datang 2015, Selamat Jalan 2014
Alhamdulillah....syukur kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup di tahun 2015 yang semua orang tahu serba mencabar sekarang.
Saya turut merasai kebimbangan menghadapi tahun-tahun berikutnya. Kerana semakin umur kita bertambah, semakin dekat kita dengan ajal kita. Sedangkan masih cukup kah amal yang dilakukan? Bersyukur kerana Allah masih beri saya kesempatan untuk melalukan lebih amal dan lebih banyak bertaubat padaNya.
Selamat datang 2015!!! Semoga tahun ini membawa beribu erti bagi kami. Ye..keluarga kecil kami. Semoga tiada lagi halangan dan cubaan untuk memisahkan kami. Tipulah tiada halangan dan cubaan, tetapi saya berdoa agar kami sama-sama tabah, cekal dan kuat hadapi semua itu bersama. Bersama anak-anak dan keluarga kami.
Membuka lembaran baru 2015....takut sebenarnya. Tetapi perlu ada azam, perlu ada objektif untuk majukan diri. Semoga perniagaan suami bertambah baik, bertambah maju, bertambah rezeki kami yang akan bertambah ahli awal bulan 7 nanti. In shaa Allah!!
Akan ku usaha untuk tempuhi cabaran dunia sekarang. Pelbagai kenaikan yang akan berlaku sedikit masa nanti. Sudah bersediakan kita??? GST...Minyak..harga barang..semua memberi kesan kepada kita di era 2015 ini. yes..itu lah yang sedang saya usahakan. Pendapatan sampingan yang akan membantu kita untuk terus seiring dengan arus masa.
Selamat tinggal 2014 yang banyak kenangan menemani ku...pergilah jauh-jauh..jangan datang lagi..bawalah semua kenangan itu bersamamu. Jangan toleh ke sini lagi....
Semoga kedatangan tahun baru, membuka beibu erti, rezeki, kejayaan buat kami.
Tak sabar rasanya menanti kedatangan anak kami yang ketiga awal Julai nanti. Semoga baby baik-baik sahaja didalam sana..ibu cuba jagamu sebaik mungkin sayang!!
Comments
Post a Comment