Ujian Allah VS Duit Syiling
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik
mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti
melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu
dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh
dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa
yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan
menyimpan dalam koceknya .
Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling
berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya
dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka
bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya
menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras
paling bawah.
Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian
mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu
mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di
atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah ,
lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg
terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah
merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya
batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba
mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling
) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan
syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg
berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya
setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak ,
menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.(Renungan kita
bersama)
Jadi ingat lah, bukan musibah sahaja cara Allah memanggil
kita tetapi kesenangan juga adalah ujian. Nikmat kesihatan, nikmat senang
adalah berbentuk ujian..maka sentiasa bersyukur dan beringat lah kita semua
selaku hambaNya yang lemah.
Comments
Post a Comment