Kesan selepas ambil supplement: Krisis Pemulihan
Pernah tak anda mengalami perubahan pada tubuh badan selepas anda mengambil supplement? Contoh seperti:
- Deman?
- Naik jerawat yang banyak?
- Pening
- Sakit kepala
- Gatal-gatal
- Lenguh2 badan
- Sakit kepala?
- Muntah?
Jangan risau..itu adalah tanda2 badan anda mula bertindak balas dengan supplement yang anda ambil. Ia memberi reaksi positif terhadap vitamin yang anda ambil.....di sebut HEALING CRISIS!!!!
Apa itu HEALING CRISIS @ Krisis Penyembuhan??
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis
penyembuhan?
A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan
yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah
rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk
menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang
hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau
sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis
penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului
dengan krisis penyembuhan.
Q:Mengapakah krisis penyembuhan
selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar
dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien
itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini
akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran,
menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan
berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak
pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani
proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang
berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak
karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan
anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di
sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan
menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Q:Adakah krisis penyembuhan
petanda yang baik?
A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda
yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar
berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin
teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia
ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan
yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat
sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari
perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Q:Adakah setiap orang akan
mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu
akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan
tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan.
Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi
krisis penyembuhannya.
Q:Secara umumnya, berapa lamakah
tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan
individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin
berbulan lamanya.
Q:Ramai orang bertambah baik
selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil
makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan
pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth.
Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada
sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
1.
Tidak
mengamalkannya setiap hari
2.
Tidak
mengikut dos yang telah di cadangkan
3.
Takut kepada
krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
4.
Pemakanan
yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
5.
Mengalami
penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
6.
Mengalami
keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan
mahupun makanan tambahan
7.
Mengalami
masalah emosi
Krisis Penyembuhan Penerangan /
Penyebab
·
Sakit kepala
yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
·
Demam, tidak
cukup rehat Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
·
Cirit-birit,
meningkatkan pergerakan Petanda bagi menyahtoksin, usus, najis berbau, air
kencing berbau menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
·
Kembung
perut Sistem penghadaman yang lemah
·
Ruam, kulit
gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak
sihat dan system pembersihan
·
Penghasilan
lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak kahak juga
adalah petanda bagi menyahtoksin
·
Pendarahan
Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan darah
·
Rasa sakit
pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
·
Meningkatan
rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalaTidur
yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah
·
Kitaran haid
yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang, perubahan waktu kitaran haid,
kegatalan penyakit buasipada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
·
Lapar,
Pening Tekanan darah rendah, anaemia
·
Loya,
sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
·
Edema
(membengkak) Masalah buah pinggang
Cara Atasi HEALING CRISIS??
1.
Banyakkan
minum air (lebih dari biasa)
2.
Kurangkan
pengambilan dos vitamin atau ambil selang sehari
3.
Jangan
berhenti ambil vitamin
4.
Bersabar dan
positif
5.
Berdoa agar
dimudahkan.
Comments
Post a Comment