Awasi pergerakan bayi dalam kandungan

Dah nampak gambar?? Ini lah yang akan kita..eh..saya bincangkan hari ini...Macam nak bersyarah pulak.hihihi

Okay..straight to the point. Isu ini saya nak share sebab sudah terjadi pada diri saya sendiri minggu lepas. Buat pengetahuan semua, saya sekarang masuk 29 minggu kehamilan. Anak ke 3. 2 minggu lepas saya alami migrain sakit kepala yang teruk selama 3 hari berturut-turut. Sakit sangat hanya Allah yang tahu. Cahaya tidak boleh, bunyi tidak boleh. Berdenyut macam nak pecah!!! Waktu itu saya rasa baby sudah mula kurang aktif. Saya lah yang rasa tapi diamkan dahulu. 

Selepas berehat (MC) saya ke majlis adik ipar tunang, 2 hari di Kuala Lumpur. Balik Terengganu terus ke sekolah. Sakit kepala masih ada sisa-sisa. Hari Rabu saya rasa baby makin kurang aktif, waktu malam pun dia tidak kuat menendang and so on. Saya kira memang cukup 10x pergerakan tetapi saya tetap risau kalau apa-apa terjadi.

Lalu hari Khamis serah diri di Hospital Dungun! Oh, ada cerita bakal di kongsi tentang Hospital Dungun. Doktor buat pemeriksaan jantung baby, Alhamdulillah semua selamat. Kadar denyutan jantung baby mengikut umur beliau. Saya bersyukur sangat. 

Sebab itu saya mahu kongsi dengan ibu-ibu semua tentang bahaya ambil ringan tentang pergerakan bayi dalam kandungan. Mari kita sama-sama baca!!!

GERAKAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Apabila kehamilan masuk 28 minggu, para ibu disuruh untuk menanda / mengira pergerakan janin dalam kandungan untuk menentukan kadar kesihatan janin. Gerakan yang normal (aktif) menandakan yang janin mendapat cukup oksigen dan nutrisi dari si ibu.

Bagi ibu-ibu yang baru, perkara ini bukan mudah untuk pastikan sebab tiada pengalaman dalam mengenalpasti pergerakan baby kita. Sebab itu saya rasa entry ini penting bagi bakal-bakal ibu yang masuk trimester ke 3.

Menurut doktor ahli kandungan dan kehamilan dari RSIA Bunda, Indonesia, Dr Taufik berkata gerakan yang meningkat atau menurun seketika merupakan petanda adanya perubahan kedudukan janin. Pergerakan itu mungkin membahayakan janin.

Ada kemungkinan janin kekurangan nutrisi atau oksigen hingga membuatnya memberontak dengan bergerak secara agresif. Ibu perlu waspada sekiranya bayi bergerak secara aktif mendadak, kemudian makin berkurang dan terus menurun.

Pada keadaan yang normal, janin bergerak 1-2 kali dalam tempoh 1 jam. Gerakan itu berbentuk macam-macam dan sering dirasakan oleh si ibu. Adakalanya gerakan bayi yang kecil boleh menyebabkan keadaan songsang. Maka pesanan buat ibu hati-hati ketika mengurut perut kerana khuatir janin akan terlilit tali pusat semasa berputar.

Pergerakan janin akan lebih mudah terasa jika ibu berbaring atau berehat dan jika ibu makan dan minum yang cukup.

Tanda yang bahaya juga jika pergerakan janin mulai berkurang bahkan tidak sama sekali. Penilaian awal mungkin berkalunya kematian janin dalam rahim.

Kematian janin dalam rahim (IUFD) adalah 20 minggu ke atas. Antaranya adalah kerana komplikasi uri (plasenta) dan tali pusat, penyakit hipertensi, anomali bawaan, infeksi dalam rahim dan lain-lain.

Pergerakan yang perlahan (tidak aktif/ tidak cukup 10 pergerakan) perlu dicurigai kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini seperti kematian. Antaranya ialah ibu mengeluh tidak terasa pergerakan bayi, perut terasa mengecil, payudara mengecil.

SAYA TIDAK MERASA GERAKAN BAYI SAYA HARI INI; PATUTKAH SAYA BIMBANG?

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Jika mahukan kepastian, ada beberapa cara untuk meransang bayi supaya bergerak:

  • Angkat kaki ke atas dan relaks. Bayi kadang-kadang tertidur semasa kita sibuk bergerak dan terjaga apabila kita berehat.
  • Baring mengiring (dengan mengampu perut) dan jangan bergerak. Ini dapat membantu anda menumpukan perhatian pada pergerakan bayi.
  • Minum air yang sangat sejuk. Bayi anda mungkin dapat merasa perubahan suhu dalam badan dan cuba untuk mengelak daripadanya.
  • Buat bunyi bising. Mainkan muzik dengan kuat atau hempas pintu dan lihat tindak balas daripadanya.

Jika bayi anda mula bergerak selepas anda melakukan perkara diatas, anda dapat tahu yang bayi anda tidak apa-apa. Tetapi teruskan memantau pergerakannya. Jangan berlengah-lengah untuk berjumpa doktor sekiranya anda merasa pergerakan berbeza dari luar biasa.

BILA HARUS SAYA BERJUMPA DOKTOR? KE HOSPITAL?

Terus ke hospital sekiranya:
  • Bayi anda tidak mula bergerak apabila dimainkan bunyi bising atau ransangan lain.
  • Pergerakannya berkurangan secara mendadak atau beransur-ansur selama beberapa hari (ini kes saya). Pergerakan berkurang mungkin bayi anda tidak mendapat oksigen atau nutrient yang mencukupi. Mungkin juga anda memerlukan rehat yang maksima (kes saya)

Terdapat beberapa cara bagaimana pihak hospital atau doktor dapat mengenalpasti keadaan bayi dalam kandungan anda.
  • Memantau kadar dengupan jantungnya (saya lalui proses ini)
  • Imbasan untuk mengukur saiz bayi dan cecair amnion
  • Jika ada keraguan mengenai tumbesarannya, imbasan khas yang dipanggil Doppler akan digunakan untuk memeriksa aliran darah keluar dan masuk ke dalam badan bayi.

Comments

  1. Saya nak tanya saya sekarang 26 minggu lebih saya selalu merasa kan gerakan baby tapi sekarang saya rasa gerakan baby makin perlahan .adakah bahaya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox