Tips perjalanan jauh bagi ibu hamil trimester ke 3
Assalamualaikum semua!!
Kebetulan saya akan ke Kuala Lumpur malam ini, saya terfikir apakah tips yang boleh saya amalkan semasa perjalanan jauh nanti. Di usia kehamilah sudah memasuki 31minggu rasanya hampir masuk zon tidak harus melakukan perjalanan jauh.hihihi
Lalu saya pun membuat bacaan dan kajian didalam internet dan ini yang saya dapat simpulkan dan berikan kepada ibu-ibu diluar sana sebagai panduan.
PaMaKarangkraf
Anda
tidak digalakkan berjalan jauh terutamanya perjalanan yang mengambil masa
berjam-jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Apatah lagi jika laluan yang
digunakan tidak rata.Ketahuilah, perjalanan jarak jauh yang dilakukan pada
akhir usia kandungan, mendedahkan anda kepada risiko kelahiran pramatang.
Sehubungan itu, wanita hamil yang kerap melakukan perjalanan jarak jauh turut
berhadapan dengan risiko yang sama.
Tetapi jika perjalanan terpaksa dilakukan juga, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum dan semasas melakukan perjalanan.
Tip-tip
dan panduan ini banyak berhubung kait dengan kaedah perjalanan yang bakal di
lalui dan jenis kenderaan yang akan di naiki.
Perjalanan menaiki kereta atau kenderaan darat
*
Pilih lokasi tempat duduk yang paling selesa dan memudahkan anda untuk meluruskan
kaki.
*
Pastikan pengudaraan di dalam kenderaan atau penyaman udara berfungsi dengan
baik.
* Bawa
bersama bantal kecil untuk di jadikan alas punggung.
*
Pakai pakaian yang longgar dan selesa serta mempunyai fabrik yang memudahkan
penyerapan peluh.
*
Beristirehat setiap dua jam sekali.
*
Pilih lokasi istirehat seperti R&R yang mempunyai kemudahan untuk makan,
minum, solat dan kemudahan tandas.
P/S:
Perlu
anda tahu bahawa ibu hamil mempunyai komposisi darah yang boleh mengakibatkan
pembekuan darah dalam saluran vena. Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya jika
darah beku menyumbat saluran paru-paru dan mengurangkan paras oksigen dalam
tubuh sehingga membahayakan nyawa. Secara tidak langsung bayi dalam kandungan
juga boleh diancam mudarat yang sama.
Perjalanan menaiki Coach atau Kereta api
*
Membeli tiket dengan memilih tempat duduk yang berdekatan dengan tandas bagi
memudahkan pergerakan anda. (Ibu mengandung kebiasaanya akan kerap ke tandas).
*
Elakkan dari mengangkat bagasi bersendirian. Sebaliknya mintalah bantuan orang
lain untuk membawa dan mengangkat bagasi anda.
*
Membawa pakaian sejuk untuk perjalanan malam.
Perjalanan menaiki Feri atau Kapal Laut
*
Maklumkan kepada doktor anda berkenaan perjalanan yang bakal anda lakukan.
*
Memaklumkan kepada doktor yang berada di dalam kapal bahawa anda sedang hamil.
Tunjukkan surat keterangan kesihatan dari doktor anda jika perlu.
* Jika
khuatir berkenaan mabuk laut, bawalah ubatan yang di berikan oleh doktor anda
bagi mengatasi masalah tersebut.
Perjalanan Menaiki Kapal Terbang
*
Usahakan untuk ‘Check in’ lebih awal dan minta tempat duduk yang selesa dan
memudahkan anda untuk berjalan atau untuk ke tandas.
*
Tekanan udara di dalam kapal terbang adalah rendah dan anda perlu banyak
meminum air bagi menghindari dehidrasi terutamanya sewaktu penerbangan jauh.
*
Gerakkan kaki setiap 15 minit bagi mengelakkan kejang kaki akibat penggumpalan
di pembuluh darah balik akibat terlalu lama duduk. Di antara kaedah pergerakan
ialah dengan meluruskan kaki, memutarkan pergelangan kaki dan menggerakkan ibu
jari.
*
Jangan khuatir tentang mesin pengimbas keselamatan yang perlu dilalui di setiap
pintu masuk Lapangan Terbang kerana ianya bukanlah sinar X yang boleh menganggu
keadaan bayi dalam kandungan anda.
IbuUmarArryan
Play Blackjack online at JTM's New Casino
ReplyDeleteThe game can be played for free at JTM's New Casino! 군포 출장샵 This exciting social 인천광역 출장마사지 casino game has 춘천 출장마사지 5 reels and 통영 출장마사지 20 fixed paylines which can be played on 거제 출장샵