Apa jadi kalau uri dibawah semasa mengangdung?
Plasenta previa (placenta praevia) adalah uri berada berhampiran atau meliputi serviks (pintu rahim). Uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan bukaan rahim atau os iaitu dimana laluan bayi akan keluar.
Pada peringkat awal kehamilan, masalah uri dibawah merupakan perkara normal. Biasanya uri akan berubah normal ke atas setelah rahim anda makin membesar. Jika uri tidak berpindah ke atas dan masih berada berhampiran pintu rahim pada minggu ke 28 dan ke atas, ia dipanggil Placenta Praevia (PP).
Kedudukan PP ini mempunyai 4 Jenis:
Kedudukan PP ini mempunyai 4 Jenis:
PP Type 1
Low Lying - Uri berada dibahagian bawah rahim tetapi tidak menutupi bukaan rahim. Jaraknya antara uri dan bukaan rahim kurang dari 2cm dalam ultrasound scan.PP Type 2
Marginal - Uri menyentuh tetapi tidak menutupi bukaan rahim
PP Type 3
Partial - Uri menutupi sebahagian bukaan rahim
PP Type 4
Complete - Uri menutupi seluruh bukaan rahim
Add caption |
Apa yang akan berlaku sekiranya uri dibawah?
1) Pendarahan tanpa rasa sakit
- Uri dibawah boleh menyebabkan pendarahan yang teruk semasa mengandung atau semasa bersalin. Pendarahan ini berlaku tiba-tiba dan tidak sakit semasa trimester kedua atau ketiga. Pendarahan boleh bermula sedikit atau sederhana dan boleh menjadi teruk. Pendarahan boleh terjadi diawal minggu ke 20 tetapi paling biasa di trimester ketiga.
2) Kedudukan Bayi Tidak Normal
- Kedudukan bayi mungkin melintang / Songsang atau oblique. Pada tempoh kematangan kehamilan, kedudukan kepala bayi perlu berada di atas rongga pelviks.
3) Tanda-tanda Kelahiran Bayi Pra Matang
- 1 dalam 5 wanita mempunyai masalah placenta praevia juga mempunyai tanda-tanda kelahiran pra-matang seperti pengecutan rahim. Ini meningkatkan risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan.
4) Tiada sebarang gejala
- Sesetengah wanita tidak mempunyai sebarang gejala. Uri dibawah hanya dikesan setelah melakukan ultrasound.
(saya berada ditahap ini dan sedang dalam pemantauan...sekarang type 1/2. Tunggu 2minggu lagi untuk repeat scan dengan pakar. In shaa Allah tiada apa-apa berlaku.)
Bagaimana Jika Anda Mempunyai Uri dibawah?
Jika anda berada ditahap 3 atau 4, anda mungkin perlu melahirkan secara pembedahan. Jika anda Type 1 atau 2, anda masih boleh melahirkan secara normal.
Jika diusia kandungan anda 28-30 minggu uri masih dibawah, maka doktor akan melakukan sekali lagi ultrasound scan untuk membuat pemantauan ke atas uri Type 1 dan 2. Jika masih dibawah, anda akan dirujuk ke pakar.
Jika type 3 dan 4, setelah pakar mengesahkan, anda perlu berada dihospital (warded) pada usia kandungan 34 minggu untuk pemantauan pakar dan mengelakkan berlakunya sebarang pendarahan.
P/S: Bagi yang beragama Islam, masih banyak masa bagi kita untuk melakukan solat hajat dan berdoa banyak-banyak agar kedudukan uri beralih di kedudukan atas supaya kita boleh melahirkan secara normal. Kita ada Yang Maha Kuasa, mintalah padaNya dengan bersungguh-sungguh. In shaa Allah semuanya selamat. Amin.
Comments
Post a Comment