Pengalaman warded Hospital Dungun, Terengganu.


Alhamdulillah....hari ini dapat juga daku menaip entry mengenai kisah dan pengalamanku sewaktu warded Hospital Dungun baru-baru ini.



Sebelum ini sudah banyak cerita yang aku dengar tentang pengalaman masing-masing dimasukkan ke wad Dungun ni. Mula-mula aku rasa cuak jugak memandangkan 2 tahun lepas adalah kali pertama yang akan aku jejaki ke hospital tersebut untuk bersalin.

::::::KISAH 2 TAHUN LALU::::::::


AL kisahnya sewaktu 37 minggu, aku telah  warded disini kerana gerak bayi tidak comel. Lalu 3 hari aku berkampung disini. Aku ni memang takut dengan nurse sebab takut kalau buat salah mereka naik angin(maaf nurse!) dan aku sangat berhati-hati ketika bercakap.

Tetapi, sedihnya, apa yang aku dengar tidak sama dengan apa yang aku alami sewaktu 3 hari disini. Alhamdulillah aku rasa sangat okay berada di hospital ini. Jangan kata aku tak jumpa nurse yang lain, aku dah jumpa 3 jenis shift diorang dah...pagi..petang..malam.. you name it!! Tetapi syukurnya semua mereka sangat lah baik dan ramah!!

Okay..mungkin itu pengalaman mereka yang bersalin. Now, aku ditakdirkan bersalin hari ke 3 aku disitu. Again, aku masih punya rezeki yang baik apabila mereka semua melayan aku (sama dengan yang lain) dengan elok sekali. Siap ada sister yang datang pesan kalau sakit sangat nanti beritahu nurse yer! Aku tidak ambil wad kelas 2 pun. Aku lebih selesa bertemu rakan-rakan lain di katil-katil sebelah dan hadapan. ada kawan sikit! 

Waktu bersalin pun okay bagi aku...walau lepas itu aku perlu duduk atas wheelchair dan naik ke katil sendiri. Bagi aku...biasalah itu..aku masih boleh handle. Misi pun tengok masa kita nak naik katil tu. Baby pun mereka beri pada aku setelah aku selesa diatas katil. Tengah malam, baby menangis ada juga misi yang datang jenguk tanya masalah aku. So far, aku sangat syukur dengan rezeki layanan hospital yang Allah beri!!!

:::::KISAH 2 MINGGU LALU:::::


Sekali lagi aku masuk ke wad Kenanga iaitu wad bersalin tetapi bukan untuk bersalin, hanya pantau jantung baby. Kali ini aku memilih masuk bilik kelas 2 kerana keadaan sekarang yang panas, membolehkan aku buka tudung sewaktu tiada pelawat. Kalau kat luar, tiap masa ada pelawat keluar masuk...azabbbb!!

Mula-mula cuak jugak...sebab nurse macam semua orang lain dah. Harap lah mereka semua okay! Itu doa aku. Again....aku masih beruntung kerana mereka semua memberi kerjasama yang baik. Mungkin keadaan pesakit di wad tersebut tidak ramai dan tidak memberi tekanan pada mereka. Ini lah dinamakan rezeki masing-masing.

Aku tidak mahu lebih, tetapi aku sangat bersyukur andai aku tidak tertekan sewaktu keadaan kita sendiri sangat tertekan sewaktu menanti untuk melahirkan. Terima kasih nurse-nurse Wad Kenanga yang pernah menjaga aku 2 tahun lepas dan 2minggu lepas. Diharap aku masih bermurah rezeki disitu untuk 2 bulan akan datang. In shaa Allah.

Untuk mereka-mereka yang berada di dungun, yang belum pernah masuk hospital Dungun, terutamanya Wad bersalin...Jangan takut, jangan fikir bukan-bukan. Sebenarnya apa yang kita fikir dan khuatir itu adalah satu doa, jika buruk yang kita fikir, maka buruk lah keadaan itu. Doa bukan sahaja untuk mudah bersalin tetapi doa juga agar kita dipertemukan dengan mereka-mereka yang mood sentiasa baik, tenang, helpful semasa merawat kita. Semua itu memberi keselesaan buat kita. Doa lah...sebab Allah akan beri yang terbaik buat anda!! Dia akan atur supaya semua mengikut yang kita minta atau terbaik buat kita.

Okay....sekian..tamatlah kisah dan pengalaman ku berada di Hospital Dungun, Terengganu. Sebuah hospital yang agak lama dan satu-satunya hospital di Dungun. 

Layan gambar sikit...hihihihihihi :)






Comments

  1. Tahniah kak.. Perkongsian yg menarik.. Sy nak tanya, suami boleh temankan x dlm labour room?

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak.. Perkongsian yg menarik.. Sy nak tanya, suami boleh temankan x dlm labour room?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lah..lambat reply.. something wrong jd pd blog ni..boleh dear.

      Delete
  3. assalam sis..labour room nya ada berapa..misi dtg jenguk2 tak...wad kelas 2 aircon ke kipas sis. ada bilik air sekali kan. maaf byk tanya sis 😅

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.

Merawat Anak Demam Chicken Pox