Jaga Penampilan walau sarat mengandung!


Terbaca kisah-kisah teman-teman saya yang menggunakan supplement sama seperti saya. Senyum sorang-sorang sebab lihat penampilan mereka makin cun, makin muda remaja. Bukan mahu cerita tentang supplement ya...hanya selitan mengenai kisah mereka sama seperti saya yang sudah 2 tahun lebih mengamalkannya.
Berbalik pada kisah kehamilan dan penampilan diri. Benar kata sesetengah orang waktu mengandung ini kadang-kadang kita rasa leceh nak bersolek, nak bergaya. Tetapi pernahkan kita terlintas apa pandangan suami kita setelah kita hamil?

Ada sesetengah suami suka sangat keadaan isteri dia yang sarat hamil atau dalam keadaan hamil. Seri yang kelihatan itu lain dari yang lain. ada yang kata isteri makin seksi apabila hamil. Itu pendapat masing-masing. Lepas ni pakat tanya suami yer..hehehehe.

Bagi pendapat peribadi saya, saya lebih suka jaga penampilan diri semasa hamil lebih-lebih lagi. Entah lah, saya rasa selekeh sangat kalau tidak jaga penampilan semasa keluar dengan suami. Bagi saya, biarlah tidak terlalu pucat, biarlah kelihatan kemas, cantik pada pandangan suami. Suami mana yang tIdak bangga apabila orang tegur wahhh,isteri kau sejak mengandung makin berseri, makin cantik!!!

Saya bukan menyuruh anda bergaya sakan, cukuplah kita kelihatan segar, tidak pucat, menarik dan kemas berpakaian. Tutup aurat dengan sempurna. Cukup perfect bagi saya. Saya sedar, amalan pemakanan juga mempengaruhi kita. Jika dalaman sihat, luaran pasti nampak sihat. Biar suami asyik pandang je kita masa keluar....tak ke seronok?? Tak ada lah nak pandang perempuan lain masa itu..hihihih

Ingat yer kaum ku semua....lelaki mana yang tidak suka kecantikan. Jadi gunakan kecantikan dirimu untuk membuat dia terus terpikat dengan mu walau dalam keadaan hamil atau dalam pantang sekalipun. Kalau suami minta kita pakai tudung belit-belit, pakai lah kerana dia yang nak tengok isteri dia cantik. Tak salah kita berhias untuk jaga air muka suami kan...

contoh yang boleh kita tiru. Tidak lah pucat jer suami tengok
Last but not least, kalau puan-puan ada makanan tambahan yang sesuai, amalkan lah..jangan skip makan vitamin. Saya cakap sebab saya buat. Dan saya nampak kesan setelah konsisten mengamalkannya. Boleh LIHAT SINI, SINI untuk kisah lanjut. 

Ini adalah picture terbaru....8bulan sudah. Alhamdulillah.
5 bulan pregnancy. Sambut besday..hihihi
trimester pertama..lupa dah bape minggu..3 bulan kot.

Semua ada pilihan. Saya memilih untuk kekal cantik di mata suami. Walau tak cantik pada pandangan orang lain tapi suami suka, cukup bersyukur. Yang penting apa yang kita amalkan itu selamat, berkualiti. Jangan beli yang cantik dalam masa 1 hari, putih dalam masa 1 jam...jangan!!! Bahaya..merana badan nanti. Nak guna, cari yang selamat, terkenal dan diyakini. 

Nak tanya saya tips pun boleh....nak rahsia pun boleh....nak komen pun boleh. Feel free to do that. Ok..selamat maju jaya buat semua isteri-isteri diluar sana.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Perlu lakukan Angiogram untuk pesakit jantung?

Merawat Anak Demam Chicken Pox

Kudis Api Impetigo pula datang pada Umar.