Cara Rawat Lelah @ Athma.
Salam....ha, kali ni nak cerita ttg LELAH/BATUK/ASMA pulak...banyak yang ibu search ttg lelah ni kt internet...banyak pendapat dan ini adalah yg terbaik ibu rs cara rawatan atau kaedah rawatan yang boleh dipilih...memandangkan anak ibu Arryan ada lelah sementara (Alah dengan hampas air tebu) jd ibu pon selongkar lah...) jom baca!! Anak-anak kecil yang berumur kurang 2 tahun biasanya hanya menghidap bronkiolitis. Ibubapa akan mendapati anak mereka selsema, dan inilah yang mungkin dikatakan bronkiolitis, iaitu virus menyerang dan membuat adanya lendir pada bronkiol anak (laluan udara dalam paru-paru yang paling kecil ialah bronkiol). Jika dibiarkan, dalam masa kurang 1 minggu, anak boleh mula kedengaran bersiul apabila mereka bernafas. Jika anda sudah ada pengalaman, anda boleh dengar jika lekapkan telinga ke dada anak, atau lebih baik jika anda boleh dapatkan stetoskop dan dengar di dada anak. Bronkiolitis ini mesti dirawat segera supaya tidak melarat ...