Tips Berpuasa Semasa Hamil
Sekarang sudah masuk 4 Ramadhan..jadi kita dah hampir dapat membiasakan diri dalam bulan puasa. Tetapi bagi ibu hamil mungkin mereka mengalami beberapa masalah yang berbeza dari kita. Mereka mungkin perlu mengambil beberapa langkah yang perlu untuk berpuasa dengan lancar.
Jom baca tips ini yang dipetik dari permatacintaku
Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?
Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.- Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
- Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
- Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat. Pilihan yang menjadi rebutan para ibu hamil sudah tentunya ESP (soy protein) :)
- Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.
Tidak mahu terhidrat dengan cepat? Pastinya Performance Drinks menjadi pilihan :)
Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?
Hubungi doktor anda jika:- Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
- Anda loya atau mula muntah.
- Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
- Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
- Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
- Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
- Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?
Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:- Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
- Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
- Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
- Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
- Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Jika anda ingin bersedia lebih awal, puasa dan sahurlah dengan set ini. Khas untuk mommies:)
Untuk sebarang pertanyaan, bole rujuk dengan saya di:
SMS@Whatsapp: 0134576329
Page: HealthyBeautyEasyLife
Harga yang akan ditawarkan sangat MELETOP untuk semua barang....
Comments
Post a Comment