Bahaya Beri Bayi Bawah 6 Bulan Air Masak!!
Dulu, kita (bukan kita lahh..aku sendiri) slalu bagi air masak dekat Arryan ms die bayi..even baru lahir..kata orang tua bimbang die haus....tetapi bila aku g KK, ada nurse cakap..tak boleh bg air masak pada bayi yg bwh 6 bulan..ohhh..terkejut aku!! Sebenarnya kalau kita Breastfeed, kandungan air dah cukup dalam susu ibu tau...ok nnt aku cite balik bab tu..skg kita tgk dulu kesan sampingan yang boleh berlaku pada bayi:
Wahai ibu-ibu sekalian, janganlah anda beri air masak kepada bayi bawah 6 bulan yang fully breastfeed ye. Kalau orang-orang tua anda suruh beri air masak, anda boleh kongsikan pos ini kepada mereka ye.
1. Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil jadi apabila perut bayi telah di penuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat di berikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat.
2. Merencatkan Akal
Menurut Pakar Laktasi dari Kanada Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang di serang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'Kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tak bermaya.
3. Mengancam Nyawa
Risiko jangkitan kuman jika air yang diberikan adalah tidak bersih. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak di titikberatkan. Pencemaran boleh berlaku dari sumber yang tak selamat atau bekas air yang tak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang di hasilkan oleh susu ibu dan akan menyebabkan bayi kepada jangkitan.
4. Mengakibatkan Sawan Tarik
Bagi bayi yang berumur dibawah 5 minggu, pemberian air kosong yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, seterusnya mengakibatkan suhu badan bayi menjadi rendah dan terjadinya sawan tarik. Sindrom ini di panggil 'oral water intoxication'.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu di tambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.
Comments
Post a Comment