Tips untuk tangani anak hyperactive
Sering kali dalam perhatian ku apabila ada kanak-kanak yang agak jenis tak reti duduk diam nih....aku perhati jer. Macamana mak ayah mereka handle anak yang begini. Tapi tak dapat dinafikan memang penat nak melayan kerenah mereka.
Berlari-lari, melompat-lompat..berhenti apabila tidur!! fuhhhh! Mencabar yang amat!
Tetapi sebenarnya kita patut bersyukur kerana anak yang bergerak aktif ini mempunyai otak yang bergerak pantas sepantas badan mereka. Otak mereka berlari hokayyy..bukan berjalan. They always think and keep thinking all time. Bagus lah untuk pperkembangan mereka.
Nak banding dengan anak yang diam, pasif, tengok TV jer 24 jam....lagi haru begitu. Tak tahu perasaan mereka bagaimana, bila otak mereka berhubung.
Di sini saya sediakan tips yang saya dapat dari IBU NURSYA yang amat mudah kita nak praktikkan kepada si anak.
TIPS CARA CARA
MEMBIMBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF
ü
Untuk
menyampaikan sesuatu kepada anak-anak Hyperaktif ni , ambil perhatian dia dulu,
pastikan kita bertentang mata bila cakap dengan dia. Kena cakap dengan dengan
jelas dan terang. “Danish, dalam eroplane tak boleh lari-lari panjat-panjat
tau, nanti kakak chantek marah”
ü
Latih
sikit-sikit tentang disiplin seawal umur 2 tahun. Means bila dia dah faham
bahasa perantaraan kita. “Danish.. kalau main ludah-ludah lagi.. nanti ibu
masukkan cili dalam mulut yek!”
ü
Kena
sentiasa berwaspada! Sebab apa-apa yang dia nak buat kadang-kadang agak
membahayakan. “Nenish campak kangg!!” Kalau ada orang cakap “Berani
campaklah..” huh… memang kompem dia akan campak betul-betul punya k.
ü
Kalau
dia terlalu hyper.. jangan denda atau pukul disebabkan perangai dia yg hyper
tu. “Jangan la lompat-lompat.. aku lesing karang budak nih! ” Seeloknya.. kita
counter dengan pujuk, bukan marah.
ü
Jangan
melabel / panggil anak-anak hyper ni dengan “Degil lah budak ni!!!”, “ehh dia
ni nakalnyerrr!!” atau “budak ni kenapalah nyusahkan orang jek yek??” Tak boleh
cakap macam tu. Ibarat kita berdoa.. nanti lama lama makbul karang doa tu kang,
camana? Cara senang pi ambil wudhuk kalau dah tak boleh handle sangat atau
blood dah go terlebih upstairs!
ü
Tukar
perkataan “jangan” kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan;
Contoh : “Danish jangan lari-lari la..” tukar kepada “Danish, cuba Danish jalan
elok-elok.. kalau lari-lari nanti kalau terjatuh kang camana? licin tau tu” Seterusnya teruskanlah dengan
ayat yang sama sampai kali ke seratus lapan puluh lapan!
ü
Berikan
kasih sayang. Bukan manjakan ok!
ü
Kena
sentiasa beri tarikan baru kepada benda yang sebelum ni dah biasa dia buat.
Contohnya, mula-mula bagi dia main colour-colour. Start guna crayon.. dah lama
sikit bagi kaler luna.. dah lama lagi bagi magic colour.. lama-lama dinding
rumah jadi mural. Baju ada sign autograph artis!
ü
Jangan
bosan cakap benda yang sama hari-hari. Untuk kali ke dua ratus tujuh puluh:
“Danish.. Jangan la cabut-cabut bateri remote tu..” (eh! kata jangan cakap
‘jangan’ tadi??) hahaha..
ü
Di
depan anak, cakap dgn orang lain dia adalah anak yang baik. Macam bodek ke..
dan jangan ungkit-ungkit kesalahan yang dah lepas dia buat. (ooo.. baru aku
tahu tak bole rupanya..) ehe..
ü
Selain
daripada toys dan games, ibu bapa kena kreatif create dan pelbagaikan aktiviti
dia. Contohnya bela binatang, arnab ke.. ikan ke.. takpun, tanam pokok ke..
teropong bintang ke.. apa-apa lah..
ü
Ketika
sedang berada dimeja makan dan kita meminta mereka makan sendiri. Mungkin dia
akan main-main dengan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan . Jangan marah dia! Yang harus dilakukan adalah
menyuapkan mereka dengan sabar dan penuh senyuman.. Huh..
ü
Puji
kalau dia buat sesuatu yang baik. Puji secara spesifik tau.. Contohnya : “Haa..
baru good boy macamni.. lepas main pandai pun kemas sendiri…”
ü
Cari
kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul.
ü
Last
sekali dari segi apparel, jangan pakaikan baju kaler oren. Dari psikologi
warna, warna oren boleh merangsang secara aktif
tindak-tanduk dan kelakuan anak
dan akan menjadi hyperaktif! baru tau yang ni..
DOA
ITU PENTING!
Amalkan baca
surah An-Nasroh dan baca ’Ya Latif’ sebanyak 7 kali Lepas tu hembus di
ubun-ubun kepala anak masa tengah tidur sambil gosok-gosok ubun-ubun kepalanya.
Banyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya
Rahman’ berulang-ulang. Untuk melembutkan hati… Insya Allah.
Amalkan baca doa
NABi DAUD sebanyak 3 kali.
“YA ALLAH LEMBUT
KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU
LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI”
dan hembuskan
pada makanan atau minumannya.
Di harap ibubapa yang mana anak mereka hampir termasuk dalam kategori ini boleh lah amalkan tips diatas. Kita juga kena melatih diri kita jadi sabar, lebih positif dalam mengangani anak-anak hebat ini.
Love,
Ibu Umar Arryan
Comments
Post a Comment