Murah rezeki dipagi hari.
Tiada apa nak cerita tetapi tetap nak cerita.
Hari Isnin lepas, setelah lihat anak-anak murid masuk dewan untuk menduduki SPM, ku atur langkah ke kantin sekolah untuk sarapan pagi.
Sedang enak menjamu selera, datang kakak jurujual kantin tanya harga makanan semua guru-guru yang sedang makan disitu. Kami pelik! Kenapa pula? Katanya ada orang mahu belanja hari ini...Alhamdulillah rezeki di pagi hari.
Siapa kak? Tanya aku. Tu....tunjuk kakak itu ke dalam kantin..owh...Wakil Rakyat Dungun rupanya. Ustaz Hj Happandi. Orangnya sangat humble. Sebenarnya itu kali pertama aku lihat beliau secara face to face. Aku perasan lah ustaz ini masa pelajar SPM berkumpul pagi tadi. YB Dungun rupanya. Alhamdulillah. Baik orangnya dan nampak sangat beragama kerana beliau lebih dikenali sebagai Ustaz di sekitar Dungun.
Semoga ustaz dimurahkan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT.
Comments
Post a Comment